Friday, May 29, 2009

Everybody gets a piece of Aleesya



Green envelopes from MAXIS akhirnya sampai ke rumah !! Yey! Apa ada dalam green envelopes ni? Hmm... mari kiter lihat..


1 envelope hijau yang besar ada 4 gambar Aleesya yang sama, sementara 3 envelopes kecik sket mengandungi 3 sets of gambar Aleesya dalam bentuk magnet. Ye, fridge MAGNET.


Depan gambar Aleesya, printed on glossy paper, blakangnya magnet lembut.


Yang ni gambar printed on FujiFilm Crystal Archive Paper. Each gambar berukuran saiz IC (1R), sesuai untuk disimpan di dalam wallet. Sebelum ni saya penah order print gambar hubby tgh makan cream puff Beard Papa, buh lam wallet saya :D. Gambar saya tengah makan lolipop pun ada 1 set saya print pakai servis ni. Skang leh buh gambar Aleesya pulak.


Seterusnya, kiter potongkan gambar set magnet-magnet tadi... Magnet tu lembut, boleh potong pakai gunting biasa je (kalau nak potong la)..


Pastu tempekkan kat fridge. Taadaaa... dah siap...


Maka lepas ni, fridge saya akan jadi seperti sebuah album lah... hehehehe....

Satu set magnet untuk Tok ngan Tok Wan kat Penang, satu set magnet untuk Atok ngan Opah kat Ipoh.

Oh ye, nak tahu mana saya order printing ni? Senang jek, kalau anda seorang pengguna MAXIS.
Sila ke http://photo.maxis.com.my/userGuide.aspx.

1) Tangkap gambar pakai handphone berkamera anda.
2) Send MMS gambar tersebut ke 22666.
3) Register dan Update alamat surat-menyurat anda di http://photo.maxis.com.my/Login.aspx.
4) Tunggu green envelope sampai ke rumah anda.


Untuk pricing, dia kira mcm ni :

  1. 4R photo paper (4 same pictures) = RM2
  2. 4R photo paper (4 different pictures) = RM3
  3. Magnet = RM4
  4. Photo frame = RM4
Untuk order (1) di atas, MMS je 1 gambar ke 22666.
Untuk order (2) di atas, tulis PIX untuk setiap MMS yang dihantar (total 4 MMS gambar lain2)
Untuk order(3) di atas, tulis MAG untuk setiap MMS yang dihantar. Kalau hantar 4 gambar, tulis MAG untuk setiap MMS. Kalau hantar 1 MMS tulis MAG sahaja, dia print 4 gambar yang sama.
Untuk order (4) di atas, tulis FRM untuk setiap MMS yang dihantar.

Lepas order, anda boleh check order status anda kat website. Status like processed, printed and delivered. Senang je kan???

p/s: untuk orang yang banyak amik gambar tapi malas nak pegi kedai print tu, ehem ehem.. sila la transfer gambar yg berkenan ke hp pastu MMS je ke 22666. Hehehehe...

No comments:

Post a Comment