Friday, October 31, 2008

Panjangnya Q !

Yang sebenarnya konpius. Kat Pusat Perubatan UM (UMMC) ada 2 klinik asing. Yang tahu, kalau bab2 peknen ni, klinik ginekologi (gynae-clinic). Sebab masa miscarriage dulu, direfer ke clinic nih. Masa bulan puasa lepas, datang buat appointment kat gynae-clinic ni, dia kata kalau nak check-up monthly/ weekly pregnancy yang tak de masalah, gi klinik Ibu Mengandung, kat bangunan Wad Bersalin. Oh! Ada tempat lain untuk urusan peknen ni rupanya....

Jadi, appointment ngan gynae ni untuk org yang dulu pernah miscarriage or ada masalah dalam peknensi. Ok la, buat je la satu appointment ngan gynae. Sementara itu, kena jugak register kat Klinik Ibu Mengandung ni untuk check up. Jadi setelah disahkan oleh gynae yang peknensi saya kali ni tak de masalah, saya pun bercadang nak register la untuk check up di klinik ibu mengandung...

Masuk2 je... tempat menunggu kat situ penuh.. penuh ngan ibu-ibu mengandung. Mak aih, sungguh ramai.. nasib baik la saya datang hari ni nak isi borang je dulu. Trus number saya dipanggil di kaunter mengisi borang. Soklan pertama nurse kat kaunter tu: "Nak bersalin di mana?" Alamak... sebelum ni blom decide lagi nak bersalin kat mana.. ingatkan nak register check up je kat UM ni. "Rasanya bersalin di sini la kot (kot je)" "Kenapa kot?? Tak kompom lagi?" Saya sengeh je la.. hangguk je la kata nak bersalin kat situ...

Jadi nurse tu pun bagila borang yang nak diisi. Sikit je mende yang nak kena isi. Dia suruh isi kat umah lagi. Dia check2 hari apa yang ada kosong untuk selitkan saya untuk screening. 26 November 2008 baru ada kosong, itu yang paling awal. 26 November? Sebulan lagi tu.. hahaha.. ingatkan kalau gi register masa 16wk, dapat la buat screening terus. Rupa-rupanya kena masuk barisan jugak.. adeh... 26 pun 26 lah. Tu la.. hegeh2 lagi.

Borang registration yg dah diisi perlulah disubmit pada 26 Nov nanti bersama:

1) Surat jaminan daripada majikan atau suami : Untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, kakitangan swasta (yang berdaftar dengan PPUM sahaja)

2) Wang pendaftaran- Pakar : RM41 (Warga negara), RM82 (bukan warganegara)
- Bukan pakar : RM31 (warganegara), RM62 (bukan warganegara)

3) Wang pendahuluan: RM500 (Warganegara), RM1000 (bukan warganegara), kakitangan kerajaan (Percuma)

4) Kad pengenalan pesakit (Asal) dan kad pengenalan suami (Asal atau salinan)

5) Kad kedatangan hospital (sekiranya ada)

6) Spesimen air kencing terbaru (fresh) untuk pemeriksaan

7) Surat rujukan doktor dan laporan ultra sound (jika ada)

Semua dokumen dan spesimen ni hendaklah diserahkan ke Kaunter 1 pada hari temujanji. Tak payah amik nombor, just letak je kat kaunter 1 dan tunggu sehingga dipanggil.

Nama akan dipanggil untuk:
a. Ujian air kencing
b. Timbang berat badan
c. Mengambil ukuran tinggi
d. Tekanan darah tinggi

Lepas tu dikehendaki hadir ceramah dan Penyusuan Susu Ibu dan lain-lain di bilik 8

Darah akan diambil untuk:
a. Kumpulan darah
b. kepekatan darah merah (haemoglobin)
c. VDRL
d. HEPATITIS
e. HIV
f. Glucose Challenge Test (CGT)

Seterusnya akan diperiksa oleh doktor. Pemeriksaan yang akan dibuat ialah:
a. Mengambil sejarah kandungan - doktor akan menemubual untuk mengambil catatan sejarah kandungan
b. Ujian "Pap Smear"
c. Pemeriksaan fizikal
d. Pemeriksaan kandungan

YIKES !!!! Banyaknya dia nak buat masa screening nih... macam nak pitam je rasanya.. takpe.. ada sebulan lagi nak prepare diri :P

Wednesday, October 29, 2008

hahahaha.. it tickles !!!

28 Oct - Ada appointment kat gynae-clinic UM. Gynae pompuan tu baik, lemah lembut je.. jawab semua soalan. Saya dah tulis 5 soalan atas kertas, tunjuk je kertas tu kat dia, dia bwk gi bilik scan trus. :D Sekali lagi... dengan bangganya... imej KEPALA je. Sekian, terima kasih.



1) baby movement - Memang nampak la dia nguit-nguit... lambai2 kat screen... (heh ye la tu!)

2) baby size - BPD: 34.3mm (16w 4d) btol la.. ikut minggu..

3) baby heartbeat - nampak le something glowing yang ada 4 chambers.. kecik besar kecik besar.. laju.. tapi dokter tak guna doppler, so tatau heartbeat ratenya brapa..

4) baby gender - Ni memang dokter tak kompom leh nampak.. memang tak nampak pun.. so still unknown lah.

5) placenta location - still low. But not to worry, nanti, InsyaAllah.. placenta tu akan naik sendiri.

Itu saja le, lepas ni tak de appointment ngan gynae clinic dah.. sebab dah nak register kat antenatal-clinic pulak.. huhuhuhu... next month baru screening. Mak buyung yang terhegeh-hegeh. :D

Tuesday, October 21, 2008

Gathering of Mak Buyungs

18 Oct, geng bebudak soksek KL ajak gi 2D1N BBQ gathering kat The Regency, Tanjung Tuan, Port Dickson. Walaupun 2 of them tengah sarat peknen, tapi semangat nak berBBQ tu tetap ada.
So, petang tu kami pun bergerak la ke PD dalam kul 3.30pm, lepas balik dari open house b12 kat Sentul, kemas2 beg sket, then off we go. Sampai sana kul 4.45pm, not bad la.. dah le tersalah kluar Exit Port Dickson (sepatutnya Teluk Kemang, lagi dekat). Jalan pun clear je, tak de masalah. Cuaca pun baik. Sampai sana, Ina dah amik kunci apartment, so mintak kunci kat Ina, naik atas jap.. rilek2 dulu sebelum jenjalan kat swimming pool and pantai.

pic 049
Lepas balik dari bermain pasir kat pantai, menikmati pemandangan sunset dari balcony bilik kat apartment yang kita orang duduk tu.

pic 059
Dah malam, bersiap sedia untuk BBQ. Baju merah tu Ash, kelabu Yani, Alya - anak Yani and saya.

pic 093
BBQ dah start, hubby tolong tengok2 kan ayam ngan potatoes.

pic 105
Keesokan paginya... hubby masih bergulung tido.. Orang nak ajak turun mandi swimming pool kat bawah ni...

pic 113
Tidur dan bangun tidur diiringi oleh deruan ombak. Sungguh best suasana kat situ.

pic 116
Hubby dah bangun. Dengan rambut terpacak2 menikmati keindahan pantai dan bayu laut yang nyaman..

pic 121
Saya yang masih serabai, baru bangun tido.. menikmati angin pagi kat balcony.

pic 192
Pemandangan pantai yang cantik dan relaxing...

pic 160
Dari kiri, Yani (due Dec 2008), Ash (due Apr 2009) and Ina (due Jan 2009)

pic 266
Mak buyung line up - Yani (due Dec 2008), Anis (due Apr 2009), Ash (due Apr 2009), Ina (due Jan 2009)

pic 273
Geng soksek KL: Anis, Yani, Erna, Ash , Ina
Kids: Alya (Yani's), Nisreen (Erna's), baby Hakim (Erna's), tiada dlm gambar Afiq (Ina's)

Hopefully, gathering tahun depan.. akan ada 4 more kids kat depan tuh. And tahun depan punya planning, 3D2N kat Damai Laut pulak. Hahahaha...

Macam biasa, gambar2 di sini.

Thursday, October 16, 2008

14 week and 5 days



Yeah, I know. Is this the best ultrasound image that I can get? Unfortunately, yes. I know, it's a lil bit disappointing, but what the heck, I'm still proud of it. :D
Sebelum doktor tu berniat nak snap, elok je nampak kepala, tangan, kaki, movement dan a glowing heartbeat. Then doktor tu sukat panjang x lebar. Then suddenly baby jadi malu, and curl. Bila doktor try dapatkan image yang lebih clear, dia pusing pulak... malu.... last2 ni je yang doktor tu dapat snap.. gambar kepala.

What else written there ?
AC - 15
HC - 14.3

Placenta low lying
BPD @ 14wk/5days gestation

(N) Size


Translation:

Abdominal Circumference (AC) measures the mother's belly in cross section. Especially later in pregnancy, it is used as an indicator of fetal weight and growth. Sometimes, serial measurements are taken to ensure an accurate reading.

BPD stands for Biparietal Diameter and is an ultrasound measurement taken of the baby's head (from side to side). Along with the Femur Length (FL) and Abdominal Circumference (AC), it is used to estimate the fetal weight.

Femur Length (FL) often is measured along with AC and BLD measurements. The femur is the longest bone in the body and measurement of this bone is taken to estimate fetal growth.

AC, BPD and FL are combined in a formula to estimate fetal weight. While most ultrasound machines contain calculators, here is the formula used to figure the fetal weight: 1.4 X BPD X FL X AC (all in centimeters) - 200 = Fetal weight. (This is an estimate and becomes less accurate as baby gets farther from about 5.5 lbs.)

HC indicates Head Circumference. Babies of the same weight can have different head sizes.

A normally situated placenta:


Figure1. The placenta is situated at the top of the uterus well clear of the neck of the womb (cervix).

A low placenta at 18 weeks:

Figure 2. The placenta is situated low in the uterus. In 95% of patients however the placenta "moves up" in later pregnancy.

Ye, hopefully placenta tu akan moves up soon, as the baby grow. Sementara itu, saya dilarang mengangkat sebarang benda berat dan dibenarkan bermalas-malasan untuk mengelakkan kejadian bleeding. Hmmm.... nothing to worry about, be happy :D. Second trimester ni, agak memenatkan di mana saya sering keletihan dan kepucatan. Aih... rasa nak balik tidur je.

Tuesday, October 14, 2008

No more High Heels !!!

11 Oct, kompeni hubby ada 25th anniversary dinner kat Grand Cayman, 10th floor, Sunway Resort Hotel. Kelam kabut jugak... sebab dress code nya 'Formal'. Alamak.. mana la nak cari dinner dress diwaktu yang singkat ini. Lagipun dinner dress mostly seksi2 belaka... jadi.. saya pakai je la baju kurung raya yang ada glitter-glitter sket tuh. Dinner kan kena glitter2.. hahaha.



Petang tu kul 3pm gi basuh rambut, dah kejong rambut lama tak gi basuh kat kedai. Pau hubby RM50 psl tak sempat nak gi bank. Kluar2 kedai rambut dengan rambut baru... hujan turun mencurah-curah. Kete park seberang jalan lak tuh.. hahaha... serkup je rambut baru ngan plastik spare (plastik emergency kalau muntah), pastu redah ujan lebat. Kuyup jugak la rambut baruku, hahaha..

Hubby kena sampai Sunway Resort kul 6.30pm untuk tolong-tolong sebelum majlis start. So, sarung baju, sapu bedak je. Sebab kang nak singgah Sunway Pyramid nak beli set eye shadow ngan blusher (sejak kawen, tak pakai eye shadow ngan blusher dah), alamak.. kasut ! Kasut apa nak sarung gi dinner ni? Takkan nak pakai slipper flat ni je kot. Itu je yang selesa. Hmm.. korek-korek almari, jumpa la kasut hight heel nikah thn lepas. Sarung-sarung muat lagi. Tapi kena hati2 ni, jgn terpelecok plak. Kang sapa yang malu? dah le lama tak pakai.. peknen plak tuh.



Control-control la bila dah ber high heel tu. Sakit betis tatau nk cakap. Vericose vein ke hape ke.. ntah la.. rasa cam dah bersimpul je urat betis. Haaa.. pakai lagi high heel. Tak sedo diri yang awak tu peknen. Malam tu tido, haa amik ko, krem 2-2 belah kaki serentak... aduuuui...

Ok, citer apa ada kat dinner tu mlm tu di ringkas kan dalam bentuk gambar. Saya setuju nak gi dinner ni pasal 1 jek, pasal hubby masuk Singing Competition antara Department kat opis dia. Saya tak penah dengar hubby nyanyi, ni la first time nak dengar dia nyanyi. Huu berdebar gak..


Tengah tunggu kat luar dewan. Masa ni saya sorang je pompuan melayu yg baru sampai.

Table T27, blakaaaang skali. Yang lain tu semua teammate hubby.

Programme dan menu list.



Appetizers. Sedap tol Idako sutun mulut muncung tuh, saya amik 2!

Sharks fin soup. Lepas makan ni, trus muka jadi panas.. jantung pun pam laju jek. Nyaman...

Chicken pulak.. sedap jugak. (asal chicken je mesti saya suka)

Hong Kong Style Patin - ni pun sedap jugak.

Bean curd, broccoli, mushroom vegie.. saya suka jugak, sebab vegie.. heheh

Prawn, calamari, topped with pine nuts. Pine nuts tu rasa mcm kuaci.. lazat!
Lepas ni patutnya Fried Rice (nasi goreng ikan bilis je pun, saya makan sesudu jek pasal dah kenyang) then Honey dew sago with vanilla icecream as dessert (saya mkn semangkuk, nyaman). Tapi saya tak amik dah gambar pasal terpegun dengan aturcara yang seterusnya. Lagipun suasana masa tu gelap, tangkap gambar apa pun tak nampak... sebab tengah melayan mini konsert..


Michael Jackson? Almost la... enjoyable.. semua penonton terpukau sepanjang show dia. Superb!

Dia ada tukar2 baju (macam hindustan lak) tapi gambar kureng memuaskan.. ye lah, zoom dari belakang, dah le gelap lak tu... Lepas persembahan MJ ni, Singing Competition lak.

Ni la rupa orang yang tak nak menyanyi tu, monyok je. Terpaksa jugak la nyanyi.. penat dah prektis seminggu...

Hubby dah naik pentas, tengah decide sapa nak kena pegang mic. Dia tak pandang audiences langsung time ni. Hehehe

Hubby tengah nyanyi, masa ni nak ujung2 lagu dah. Oh ye, lagu I'm leaving on a jet plane.

Lepas habis singing competition tu, ada Lucky Draw pulak. Ingatkan dapat le set comforter king size ke, set pinggan corell ke, food mixer ke, 2nd Grand Prize plasma 42" ke, 1st Grand Prize 5D4N Hong Kong Disneyland ke... hmm tapi kureng luck la.. dapat samsung 4GB MP4 player jek. Kuikuikui...

Tu je la citernya... Sebbaik sepanjang saya makan semua makanan di atas, tak berlaku sebarang tragedi wek wek. Perut behave pulak malam tuh. Hehehe... Tapi sakit betis tak tau nak cakap la.. adui la.. siap ngan melecet lagi, walaupun dah plaster siap2 jari2 yang berpotensi nak melecet tuh. aduiii.... insaf insaf! Tapi saya enjoy! Kena tunggu lagi 5 tahun baru dapat dinner camni lagi. Hubby, work harder la bg dapat award Employee of the year tuh, dapat reward RM10 000 !!! Ngeee....

Gambar-gambar yg lain bleh tgk kat sini.

Tuesday, October 7, 2008

Dah Raya !!!

Sekejap je dah abis puasa. (Cewah, macam la puasa penuh :P ) Dah raya.
Nasib baik la masa nak dekat raya tu, kurang dah muntah2... just perot tak bleh kosong je... rasanya nak abis dah kot morning sickness ni. Lega sikit rasanya.

Isnin sebelum raya tu balik Ipoh. Sampai je Ipoh, mak masak gulai remunggai. Alamak, gulai feveret nih, tapi tak leh makan byk2 pasal remunggai ni berangin. So, makan sikit je la.. mak heran kenapa lauk feveret ni tak abis plak kali ni. So terpaksa la explain kat mak, takut angin, kang termuntah. Memang lepas makan remunggai tu, rasa nak muntah pun, ter wek wek wek je kat dapur, mak ingat pasal geli masuk toilet umah dia. Mak suh ayah cuci toilet pakai Dettol, bagi wangi. Laaa... mak, ayah... bukan nak termuntah pasal tu la... ni nak termuntah pasal lain, eh cemana nak cakap kat depa eh?

Last2 mak sendiri tanya... peknen ke? Haah. Dah brapa bulan? 3 aku jawab. Fuh.. lega pun dah bagitau. Lalalalala...

Total 17 hari la kena ganti puasa tahun ni. Banyak tu. Sempat jugak la jadi tukang merasa (dan meratah) rendang ayam yang mak masak petang tu untuk raya besoknya. hahaha.. Malam tu berbuka last dengan bihun sup. Sedap bihun sup mak, tambah berkali kali. Esok raya, sambung makan lagi. Malam raya lepas penat tolong mak memasak, tido awal, sok nak bangun awal, nak balik beraya kat K.Kangsar.


Sarung ketupat nasi (beli siap, 50sen 1) dan sarung ketupat palas yang kami anyam sendiri.


Dengan hubby di pagi raya. Masa ni dah sampai K.Kangsar.


Rantai raya tu nampak je besar, tak berat pun.. :p


Kontrol ayu di pagi raya..


Tgh makan kerepek sambil men-cover prot :D


Beraya kat umah Pak Teh, Mont Kiara. Baju kebaya yang besar (saiz M) untuk men-cover prot supaya kurang menonjol.


Pos control ayu.


Tengah makan briyani ayam ngan hubby. Sedap, 2 kali saya tambah.


Gambar di mana saya gagal men-cover prot. Kantoi suda, nampak da prot saya...


Amik gambar depan cermin yg besar...

Parents nak beraya ke Seremban - Pilah on raya ke 4 tu. So, on the way nak gi Seremban, derang singgah, hantarkan jambu bertih yang saya idam-idamkan yang dipetik fresh oleh abang saya dari kampung dia kat Grik, jauhnya gi cari jambu nih. Akhirnya, dapat jugak saya mencicah jambu bertih. Huuu ~~ seronotnya. Mekaseh mak, ayah, abang.. tolong carikan.


On the way balik dari Pilah, mak singgah Kg. Salai. Mak shopping keli salai (feveret saya ni), puyuh salai, dan paling special, kancil salai. Haaa... ni la rupanya kancil salai tuh. Comel tak??




Elok je bersimpuh atas pinggan. Masak lomak cili api, sodap nih.

Itu je la criter raya saya tahun ini. kalau nak tgk lagi banyak gambar2, pegi tgk sendiri kat Flickr saya. Sekian, terima kasih.