Wednesday, April 8, 2009

Week 39 - Let Me Out, Mama !!!

Minggu ni patutnya baru minggu ke 39... so assume ada lagi 1 weekend la nak enjoy dok kat umah. Walaupun maternity Leave dah submit, tapi problem kat opis tu still derang tak leh solve sendiri, kena hakuuuu jugak yg solvekan dari umah.. Haih... so, Sabtu kena la buat keje sket...

So, tinggal la hari Ahad je nak berpoya2 ngan hubby. Sebbaik sebelum tu sempat tengok Fast and Furious 4 kat TGV KLCC.. tengok wayang sambil2 kira contraction. macam biasa la.. contraction memang every 5 minit, tapi tak sakit pun contraction nya. Pukul 9am ada rasa sakit cam period pain kat abdomen, and kul 12pm ada spotting (cam lendir putih + brownish). Alamak... adakah ini yang dipanggil showing? Hmm tak pe la... kluar makan dulu.. contraction pun rasa cam period pain, tapi leh tahan lagi la.. So, tengahari tu kluar gi makan Ayam Penyet Ria kat Sunway.. balik ikut federal sebab nak singgah sepital. Dah makan kenyang2 (seperti tak de apa yg akan berlaku) pastu balik singgah la kat wad bersalin PPUM, kul 4.03pm masa tuh. Memandangkan klinik tak bukak time weekend, nak evaluate brapa opening, kena la register masuk wad dulu.
Masa evaluate, perot dipasang CTG - alat kesan contraction ngan fetal heartbeat dan dicatatkan di atas graph. Disebabkan baby asyik moving je, so graphnya jadi tak lawa... selagi graph tak cantik, saya tak dibenarkan kluar dari wad bersalin untuk ke wad antenatal. So, kena la tunggu sampai graph cantik, lagipun saya baru 1cm opening. Tangan kena cucuk drip, MO sebotol. Kul 7.30pm saya di transfer ke wad antenatal dulu, sementara nak tunggu 'bukak'.
Tangan kanan yang bengkak pasal med student tersalah set line masa nak cucuk drip masuk. So, tangan ni rejek... bengkak da.. So, drip masuk kot tangan kiri yg ditebuk oleh doktor, bukan med student dah.
Ni saya selepas ni masukkan ke Wad M1, Antenatal Ward. Masa ni dah kul 7.30pm.. makan malam disediakan kul 6pm tadi, so nurse suh hubby gi beli makanan bungkus (assuming saya ni, orang yg beranak pertama, lambat lagi nak branak, so bleh la nak makan2 dulu), pastu bg saya makan. Hubby belikan mee goreng mamak, saya mkn separuh jek, alas perot. Sebenarnya sedey sebab kena tido kat ward, hubby tido kat umah huhuhuhu.. tak pe la.. Hubby balik kul 9.45pm camtu... tinggal la saya kat ward. Area katil saya tu ada 4 katil, 3 berpenghuni, semua dipisahkan dengan tirai2. Aktiviti saya, dok kat katil, catit interval contraction and kick chart. sambil2 tu, minum setengah jag air suam.. sebab nurse kata saya ni kurang air (bibir dah kering, tadi wad bersalin kat bawah tu kuat ekonnya). Contraction tetap selang 5 minit, yang berbeza cuma sakitnya saja.. makin lama makin sakit. Tapi still boleh tahan lagi la. Kul 11.51pm, hubby call nak say good nite, saya jawab dengan nada tgh tahan sakit jek... saya kata saya masih ok, just tgh tahan sakit contraction. Hubby pujuk suh saya tido. Lepas letak tipon saya pun cuba la tido.. tapi tak leh.. tiap2 kali rasa contraction, saya terpaksa melompat turun dari katil dan berjalan mundar mandir keliling katil untuk melegakan rasa sakit. Akhirnya saya dah tak tahan, contraction terakhir yang saya catitkan 12:17am.. lepas tu saya terpaksa tekan butang kecemasan panggil nurse.

"Nurse, saya rasa mcm ada 'benda' dah nak kluar nih....".
"Baring.. baring kitaorang check.."
"Kalau baring, memang terkluar ni nurse, saya kena lompat2 ni..."
"Baring mengiring ke kiri dulu.. kiter check.."

saya pun baring ngiring ke kiri, pastu slowly telentang bila contraction ilang, Nurse check, pastu trus jerit "ULI!ULI ! Hantar bawah skang gak.. kepala dah ada kat bawah dah ni..." trus katil saya ditransform dan bergerak... nurse usung katil saya ke lif, nak turun bawah.. ke wad bersalin. Saya masih mengiring atas katil, tgh tahan contraction. Derang usung trus sampai satu katil kosong kat wad bersalin, sambil jerit2 "ULI! ULI! Ada 2 patient ULI". Saya disuruh lompat ke katil ijau yg diletak sebelah nyebelah ngan katil usungan saya tadi. Lepas lompat tu, derang nak 'set' kan kedudukan kaki saya.. BRUSSSSSHHHH. "Sorrryyyyy !!!!!!" kata saya. Air ketuban saya dah terpecah, kena semua orang yg tgh busy nak adun kaki saya tu... kesian derang.. lepas tu bermula la episod sorakkan moral staff2 wad bersalin...

"LAGI! LAGI! LAGI! BAGUS! BAGUS! BAGUS! SKITTTT LAGI! YEAH!!!!"

3 comments:

  1. bebehhhhhh....best la kan dah kuar beby...hehe tu la kiter cakap jap jer lg nk tunggu.... okla gak sorak kan nurse spital tu, doc ngan nurse kiter sorak camni" yalla Nur yalla yallaaaa" (go nur goo go) hahaha dah panggil kiter Nur bukan ina hikhik...

    ReplyDelete
  2. congrats anisss...kejap je la hg meneran kan..bagus2 senang beranak hehehehe

    ReplyDelete
  3. tahniah anis...bestnyer baca citer anis...ina siap gelak lagi. anyway, alhamdulillah, semuanya selamat...senangnya anis bsalin ek...

    ReplyDelete