Tuesday, April 14, 2009

Post-natal - Day 9

Lepas bersalin, kena berpantang la pulak... selain tu ada lagi yang kena dilakukan...
Merujuk kepada buku Pantang Larang Sebelum, Semasa dan Selepas Hamil - memang panjang ceritanya. Tapi Mari kiter tgk apakah istilah-istilah baru yang saya pelajari semasa berpantang.

Bertungku - besi yang dipanaskan sampai berwarna kemerahan kemudian dibalut dengan kain pelekat lama kepunyaan hubby (sorry ye hubby), kemudiannya diletakkan di atas perut dan anggota badan lain yang terasa seperti nak di BBQ dengan besi panas. Sambil2 tu bleh la nak stone grill apa2 ada tungku tu...

Berbarut - perut yang gelebeh di sapu dengan minyak panas hijau bertajuk Minyak Tapil cap wanita dan kemdian diikat kuat dengan tarikan dan simpulan2 maut dengan tujuan untuk 'kembali ke bentuk asal'. Memerlukan kemahiran mengikat tali kapal.

Basuhan air garam - 10 ke 15 sudu besar garam kasar atau garam gunung dicampurkan dengan sebaldi air panas, kemudian dikehendaki berendam di dalamnya selama 15-30minit sehingga 'tempat yang luka*' menjadi kecut. Kaedah sama seperti membuat ikan masin.
(*samada dijahit akibat ceaserean, episiotomi atau terkoyak sendiri)

Ikatan rambut - Rambut disapu minyak dan sikat dengan kemas dan rapi. Kemudian ditarik sekuat2nya ke bahagian atas kepala sehingga kening juga turut tertarik ke tepi dan ditocang gaya ala Samurai. Diikat dengan kuat agar bentuk tocang kekal walaupun dalam kedudukan berbaring atau tidur.

Berurut - Bermula dari bahagian kaki sehingga la ke bahagian kepala, semua bahagian di sapukan dengan minyak (nasib baik wangi) dan diurut dengan lembut (kekadang agak kejam jugak). Pengurut akan mengalihkan perhatian dengan bercerita mengenai kehidupannya atau memberikan tips dan rahsia utk menawan semula hati suami selepas bersalin. Salah satu keistimewaan berurut ialah tangan anda akan ditarik dari belakang sambil pungkur anda dipijak, tangan ditarik ke songsang tepi secara paksa sehingga tulang belakang anda berbunyik PRAPPPPP!! Semua tulang temulang yang longgar akibat proses pelahiran akan pulih semula seperti sedia kala. Alangkah leganya..

Parap pilis - sejenis sebuk busuk yang dicampurkan dengan air panas, dikacau rata dan kemudiannya dilumurkan ke keseluruh tubuh sehingga boleh dihidu dari berbatu-batu jauhnya. Tujuannya ialah untuk menghalau serangga (atau manusia, terutamanya suami) dari mendekati diri anda.

No comments:

Post a Comment