Saya call Makcik Ita, bgtau saya punya due date dan bertanya adakah dia available pada date sekian sekian... kemudian saya tanya pasal pakej dan harganya. Rupanya2 Makcik Ita ni pernah dipublish di Internet tentang perkhidmatannya. Jadi, saya terus book dia awal2, walaupun due date lagi 2 bulan, sebab ramai jugak customer yang due date awal bulan April nih. Kemudian Makcik Ita kata kira saya ni dah kompom la booking, and suruh saya call dia bila dah selamat bersalin nanti.
Sepanjang 3 hari sesi urutan, aktivitinya adalah seperti berikut:
9.30am - Makcik Ita sampai depan pintu umah saya, husband dia yang hantarkan. Makcik Ita bawak sekali daun-daun yang perlu direbus untuk bahan mandian ibu. Daun-daun seperti serai wangi, sirih, pucuk kaduk, mengkudu, daun pandan, kunyit terus, daun cekor (ish cakap perak pulak) and ntah daun apa lagi bentuk macam tanduk rusa pun ada. (Hari pertama sahaja. Hari kedua dan ketiga Makcik Ita tak bawak dah.. mak dah budget dedaun semua tu cukup untuk 3 kali rebusan)
9.35am - Makcik Ita suruh rebus semua daun2 untuk mandian ibu, sementara itu dia bersedia untuk mandikan Aleesya. Dia bukak baju, cuci montot, mandikan Aleesya dengan air suam. Sedikit air sebelum mandian diambil untuk tujuan Mandian Hayat bayi. Ada la Makcik Ita baca2 sket masa mandikan Aleesya tu. Aleesya diam jek masa mandi.. siap berenang-renang lagik.
9.45am - selepas mandikan Aleesya, saya siapkan baju sambil Makcik Ita sapukan baby oil kat seluruh tubuh Aleesya. Lepas tu Aleesya diurut2 dari atas ke bawah, depan dan belakang.. Aleesya diam jek, suka kena urut2 mcm tu. Aleesya digosok2 untuk menghilangkan kulit yang mengelupas2 nya, terus kulitnya nampak halus dan licin.
Masa ni saya tengah lecek2 anggur merah, untuk dapatkan jusnya.. 3 biji anggur merah yang telah direndam dengan air panas, dilecek. Lepas tu Makcik Ita akan suapkan jus anggur dalam 2 sudu kecik camtu pada Aleesya. Anggur ni untuk ilangkan penyakit kuning, cantikkan kulit, lembabkan bibir, Insyallah. Akibat terlalu best diurut, Aleesya terlena dalam bedungan. Best sangat la tuh! (Mama yang jeles)
10am - Air rebusan dedaun dah siap, saya diarahkan mandi dengan air rebusan tadi campur sket air biasa agar suhunya suam2 gitu. Lepas tu saya pulak diurut. Wah.. alangkah bestnya, patut la Aleesya pun terlena. Habis berderap segala tulang temulang yang longgar. Sakit pinggang pun hilang. Segar rasanya.
11am - Saya dibungkus dalam selimut dan ditungku. Fuh, terasa macam dikukus pun ada. Tapi mmg berkesan la cara bertungku dia, apa2 yang tersumbat semuanya kembali lancar.
11.45am - Perut saya disapu dengan minyak panas kemudian saya dipakaikan barut (jenis yg banyak telinga, Makcik Ita bawakkan, sebab saya nak beli terus, harga barut tu Rm40.) Kemudian kepala saya diurut2, rambut disentap untuk mengeluarkan angin, kemudian disapu minyak rambut sebelum diikat kemas2. Urutan muka juga Makcik Ita buat untuk menaikkan seri selepas bersalin. Segar biji mata.
11.55am - Makcik Ita pun balik, Aleesya masih tido. Saya pun makan tghari then join Aleesya tido. Heheheheh..
Saya amik pakej 3 hari. Boleh amik 5 hari, seminggu atau 2 minggu kalau suka. Urutan sehari = RM80 + RM 10 transportation pasal Makcik Ita berulang sendiri dari umah dia ke umah saya. Insyallah, kalau ada rezeki, saya nak amik Makcik Ita ngurut penutup pada hari ke 45 nanti, termasuk mandi air bunga untuk menaikkan seri.
Kalau korang berminat, ni no tipon makcik Ita: 013 3254384. Service yang disediakan memang berbaloi untuk wang anda. (cewah, promote pulak :P )
cantik plak bath tub tu kan... ekekekekeke...
ReplyDeleteHi Anis,i try call nombor makcik ita tu tapi tak dpt,bunyi mcm fax line,u ada nombor lain ke utk contact dia? I desperate nak tukang urut, hari tu jumpa tukang urut, dah la caj RM70 satu hari, die cuma urut I dgn sapu ubat kat perut, itu je.Harap you boleh tolong,TQ.
ReplyDeletethanks anis ....moon misti cuba la kalau cam nih kasik buang semer angin kus kus
ReplyDeletesis, makcik ita ni kawasan mana dia tinggal?
ReplyDeletePrincess Lovelia,
ReplyDeleteMakcik Ita ni tahun 2009 dia duduk kat Tmn Puchong Prima. Skang tatau la dok situ lagi ke tak... Cuba call tanya.
Salam,
ReplyDeleteJust nak share... Bulan lepas sy ada call Mak Cik Ita utk book dia bln 2 nnt.. Harga dia masih sama mcm 2009 lg... RM90 utk sehari... tp nak tanya dgn Anis sket... tungku dia sediakan ker or kita sediakan sendiri? Anis tau x ada sesapa yg guna khidmat dia... nak minta testimoni... huhuhuuhu... Oh ya... just nak update no tel dia... dia masih pki no 0133254384 tuh... tp dia ada no lain jugak 0129362913..
AdD Buchat,
DeleteKalau ada tungku sendiri, boleh pakai tungku sendiri.
Kalau takde tungku, Makcik Ita ada jual tungku elektrik, RM30.
Boleh suruh dia bawak sekali masa nak urut nnt
Terbaik lah makcik ita ni
ReplyDeleteAs salam..
ReplyDeleteNak tny..RM80 tu urut shj atau termasuk semua mandi herba,bertungku,berbengkung?
RM80 termasuk semua. Yang tak termasuk cuma RM10 transportation and RM40 saya beli bengkung baru dari MAkcik Ita.
DeleteSalam.untuk memudahkan anda untuk mencari tukang urut di sekitar putrajaya, puchong, seri kembangan dan yg berdekatan bolehlah hubungi kak yan 012-3307419 ye..
ReplyDeleteMakcik ita masih available.da book die utk bln 11.harga dah 100 sehari sbb umh sy kt puncak jalil.klu puchong still 90.transportatiom still same RM10.no fon bole try kt atas tu yer
ReplyDeleteMakcik ita masih available.da book die utk bln 11.harga dah 100 sehari sbb umh sy kt puncak jalil.klu puchong still 90.transportatiom still same RM10.no fon bole try kt atas tu yer
ReplyDeleteAda comment tak pasal service dia? Dulu saya pgil tukang urut taoi lepas datang dua kali dah hilang batang hidung...bazir je beli bengkung dari dia rm50....:(
ReplyDeleteAda comment tak pasal service dia? Dulu saya pgil tukang urut taoi lepas datang dua kali dah hilang batang hidung...bazir je beli bengkung dari dia rm50....:(
ReplyDeleteTukang Urut selepas bersalin. Pkej lengkp urut,tangas/sauna herba dan tungku perut.berbaloi. kak suri 0123449417
ReplyDeleteI
Rase2 makcik ni mengurut lagi x?
ReplyDeleteSaya tak pasti.. Dah 5 tahun tak jumpa dia...
Delete