Tuesday, March 10, 2009

week 35 - Alamak! Alamak! Alamak!

Jumaat, 06 March 2009 kena balik Kuala Kangsar pasal ada kenduri kawen kazen. Sebelum balik tu timbang: 62kg... ok la tuh... Sebelum balik tu jugak ada beli sehelai baju besar kat pasar malam, kononnya nak pakai masa kenduri tu nnt la.. besar baju tuh, saiz 42.. sebab beli kat pasar, malam so lepas beli balik la baru nak test.. masuk2 je dalam baju tu.. alamak! sendatnya.... ngam ngam aje... ala.. segan pulak nak pakai masa kenduri tu nnt... So bawak jugak la baju2 yang biasa pakai gi opis tu, just in case kan. Buat spare. Memang pakai tu je la pun sepanjang time kenduri, tak jadi le pakai baju baru beli tu.. :P

Masa kenduri tu, as usual, saya menyelit jugak la nak amik gambar pengantin. Amik gambar pelamin ngan bilik pengantin.. 5 minit je, tak tahan panas + ramai orang kat dalam umah. Time nak kluar, cari2 sandal Bata Comfit coklat bertali itam saiz 8 dah tak ada pulak! Alamak!! Sandal dah ilang... Hubby pun try le jenguk2 kot2 ada orang tersarung sandal saya... Siap suruh DJ buat announcement cari kot2 ada orang tersalah sarung sandal... tapi apakan daya.. yang tinggal hanya la sandal Bata Comfit coklat bertali maroon saiz 6! Mesti org ni sedap2 je pakai sandal saya yg luas dan nyaman itu. sakit kaki saya sebab terpaksa menyelitkan kaki yang besar ini ke dalam sandal saiz 6! Lepas kenduri, hubby ajak gi beli sandal lain, kat kedai Bata. Kesian sangat dia tengok saya jalan terhencut2 dengan sandal tak cukup panjang dan melukakan kaki tuh.
pic 026
Mak buyung yang kehilangan sandal (the best I ever had plak tuh).. pinjam slipar hubby, hubby pakai trompah.. wakakaka..

pic 029
Masa DJ tgh announce pasal sandal ilang...

pic 107
Berpeluh-peluh mak buyung ni... lencun dah...

Lepas habis kenduri saya balik semula ke KL awal, sebab nak elak jem dan dapat rehat 1 hari sebelum appointment check up kat ante-natal clinic 10 march. Memang tidur je 1 haru nak ilangkan penat... nak masak pun malas, mkn kat luar jek. Saya makan McChiken sebijik, double cheese burger sebijik... malam mkn nasik lauk sardin. Lepas tu timbang... 64 kg ! Alamak! Esok nak check up pulak nih..

1 comment: