10 March 2009 - Saya dijadualkan untuk suntikan Anti Tetanus (ATT) kedua hari nih. So dah ready nak lenguh lengan kiri selama 2 hari. Seperti biasa, sampai di Antenatal Klinik, Ground floor Wad Bersalin PPUM kul 8am, amik number untuk urusan pembayaran. Tunggu tak sampai 10 min, number dah dipanggil.. hubby tak muncul2 pulak, tadi dia drop saya and pastu gi parking kete.. mesti tgh cari parking agaknya. Tak pe lah, saya proceed je la dulu.. Dah bayar bayaran rawatan susulan sebanyak RM6. Lepas tu kena ke ruangan menunggu B untuk check up routine.
Urine dipstix: OK - Normal
Weight: 64.5 kg (last visit was 61.2 kg)
B/P : 128/ 78 - Normal
Lepas check up routine, saya SMS hubby cakap saya dah nak gi cucuk ATT kat bilik no.9. Kot2 la hubby datang cari saya kat ruangan B pulak nnt. Cucuk ATT tu sekejap je, saya pun tak perasan bila nurse tu start cucuk.. sibuk bersembang ngan nurse tu.. hehehe.. Lepas cucuk, saya tunggu depan bilik doktor pulak. Saya SMS hubby lagi, bgtau saya kat depan bilik doktor. Tak lama lepas tu baru nampak hubby masuk situ... ingatkan hubby dah gi keje trus tadi... sebab dia tak reply pun SMS2 saya. Hubby kata dia dah SMS manager dia, kata sampai opis lambat sket pagi nih... ooohh.. so bleh la hubby temankan saya masuk jumpa doktor jap gi. Bleh la tulis nama hubby kat dalam Time Slip.
1072 - bilik 5. Hmm.. doktor mana agaknya kali nih? Doktor perempuan muda, Dr. Zahrah namanya. Dia tanya: "Rasa tak baby kicking?" "Rasa, selalu." jawab saya. Dia suh baring, nak check prot. Dia bagi dengar heartbeat baby. 140. Dia sukat prot, pastu dia tekan2 rasa2. "Apa position baby nih doktor?" saya pulak tanya doktor soalan. "Kepala baby dah ke bawah dah... dah masuk sikit." "Tak payah buat appointment ultrasound ke doktor?" "Biasanya kiter ultrasound masa baby kecik lagi je.. skang dah besar, susah nak nampak apa pun..." "Oooo... "saya angguk je. "Ok, kiter jumpa lagi 2 minggu, masa tu dah cukup bulan.. then kiter jumpa tiap2 minggu ye.. vitamin ada lagi?" "Ye, vitamin saya cukup lagi, doktor. Mintak Time Slip ye doktor, ngan husband saya skali... ni no. IC husband. Terima kasih ye."
Lepas selesai jumpa doktor, saya ke Kaunter 3 kat depan untuk set next appointment lagi 2 minggu. So, my mext appointment will be 24 March 2009. (lepas kenduri kawen Ida kat KK). Time slip doktor bagi sampai kul 10am, masa tu baru kul 9.05am hehehe.. rayau2 jap ngan hubby sebelum amik kete kat parking and balik opis...
Jadi jumlah check up kali ini ialah: RM 6 sahaja. Hehehe...
No comments:
Post a Comment