Thursday, November 27, 2008

Screening and New Booking - Ouch !!!

Dulu saya citer je apa yang akan berlaku masa appointment saya dengan Antenatal Clinic. Skang saya sertakan gambar-gambarnya sekali sebab baru je lepas first screening and check up kat Antenatal Clinic, UMMC.

Pukul 7.20 pagi saya dah terconggok kat ground floor wad bersalin UMMC, menunggu Kaunter 1 bukak kul 8am. Hubby gi park kete, pastu dia ikut teman saya.

1) Borang yang telah lengkap diisi - check
2) IC isteri - check
3) IC suami - check
4) Kad biru hospital - check
5) Laporan doktor/ ultrasound - check

Lepas submit kesemua di atas di Kaunter 1, saya pun duduk menunggu di Ruangan Menunggu A sehingga nama dipanggil.

"Bayar RM31 untuk rawatan hari ini. Kiter suruh bukan pakar check dulu, kalau ada masalah baru kiter refer ke pakar (RM41), ye?"

Dah bayar RM31 dan amik resit. No. giliran 4003 jugak disertakan.

"Skang pegi Kaunter 4, tunggu nama dipanggil, bayar deposit RM500 ye."

Menunggu dihadapan Kaunter 4 sehingga nama dipanggil. RM500 dihulur, resit pun diberi. Penerangan tentang deposit:
  • Simpan resit elok2, in case kalau bersalin kat tempat lain, boleh refund. Show resit + surat beranak baby.
  • Deposit hanya untuk bayaran bersalin. Kalau ada lebih, akan dikembalikan selepas bersalin. Kalau tak cukup, bayar lagi lepas bersalin.

Saya tanya jugak dengan polisi wad bersalin ni sikit-sikit.
  • Biasanya kalau bersalin normal, RM500-600. Kalau operation, RM1200-1500.
  • Labor room share, so husband tak leh masuk (sonok ah hubby, mmg dia tak mau tgk nnt).
  • Kalau labor room tu ada sorang saya jek, baru hubby leh masuk. Kalau tak, hubby tunggu kat luar je, bila dah lepas labor baru nurse panggil masuk untuk cam/ tengok baby.
  • Wad bersalin kat sini melayan semua bakal/ ibu-ibu sama rata. Tak de kelas 1, kelas 2 ke. Gomen ngan non gomen pun campur, tak pilih kasih. Kaya miskin, dilayan sama rata. Makanan pun semua sama je, tak de menu lain-lain.
"Ok, amik no. 4003 ni, pegi Ruangan Menunggu B kat blakang ni, tunggu sampai nurse panggil nama. Nanti nurse akan buat check up ye."

Saya pun pegi la ke Ruangan Menunggu B. Ramai dah orang kat situ. Tapi tempat duduk masih banyak la. Hubby pun ikut skali. Nampak nurse tadi bwk fail saya kluar, ada no. 4003 atasnya. Then nama saya dipanggil. Nurse tu interbiu sket tanya ada sakit kencing manis tak? Darah tinggi tak? Penyakit lain? Parents punya penyakit pun dia tanya. Pastu dia bagi borang Rutine Check Up.

"Adik bawak borang ni, pegi buat ujian air kencing kat kanan sana, sukat berat dan tinggi, pastu gi buat ujian tekanan darah tinggi kat sebelah kiri."

Saya pun pegi la ke meja nurse tempat ujian air kencing. Kluarkan la sample air kencing fresh yang dia suruh bawak siap2 dalam botol. Nurse tu suh bukak botol, dia nak celup2 test stick. Hahhaha.. cam Nini Celup! Celup! Pehtu dia suh buang kat toilet. Then datang balik, timbang berat and sukat tinggi. Dia pun isi la borang tadi tu. Tinggi: 160.4cmBerat: 52.2kg. Pesal timbang kat rumah 50kg je eh?



Lepas tu saya buat ujian tekanan darah tinggi pulak, kat meja nurse sebelah kiri. Sekejap je, 127/68, lepas tu nurse tu suruh duduk dulu, tunggu sampai nama dipanggil. Dah 8.30am, hubby nak gerak gi keje.
Hubby pesan, "Nanti amik darah, jangan pitam, jangan pengsan ye?" huhuhuhuhu...

Setelah menyedapkan hati sendiri, nama saya kena panggil. Nurse tu masukkan borang rutin tu dalam fail, bwk kluar 3 borang baru bersama 3 tabung uji. Dia suruh semak nama atas borang dan atas tabung uji tu, btol ke tidak. Dah semak. Betul. Pastu dia terangkan pasal Pap Smear. Katanya ada option nak buat sekarang or lepas bersalin. Dia bagi pamphlet pasal Pap Smear, suruh baca.

"Adik pegi Bilik No.9, kat blakang skali, amik darah. Lepas amik darah, letak borang ngan tabung uji 3-3 ni dalam bakul ijau kat atas meja ujung tu, nampak tak? Lepas tu adik duduk dulu, tunggu sampai nama kena panggil, untuk dengar ceramah Penyusuan susu ibu."

Saya pun mencari-cari Bilik no.9 kat hujung hall tu. Dup Dap Dup Dap.. dalam bilik tu ada sorang nurse, tengah jaga tabung uji penutup kelabu. Saya ketuk pintu, tanya mana tempat untuk amik darah? Nurse tu kata masuk dalam, doktor tengah tunggu. Doktor muda, perempuan Melayu. Senyum jek. Saya pun duduk, sua tangan kiri untuk dikorbankan.

"Sakit tak amik darah?" Saya tanya pasal saja nak borak-borak nak ilangkan takut. Bila takut, urat saya kecut, darah susah nak kluar nanti.
"Sakit. Jarum, takkan la tak sakit.." sungguh berterus terang doktor muda ini.
"Bagi tangan kanan.." doktor tu mintak tangan kanan saya. Tamau tangan kiri.
"Naper tak cucuk tangan kiri ni?" Saya konpius.. sayang tangan kanan saya.
"Urat tangan kiri ni kecik, tangan kanan besar skit bintat dia. Stretkan tangan ye..".

Cucuk. Kembang kempis idung control ayu menahan sakit. Seminit je, peh tu dia kluarkan, isi 3-3 tabung uji tadi. Plaster. Siap.


dah siap isi 3 tabung darah.. diuji untuk Kumpulan darah,kepekatan darah merah (haemoglobin),VDRL,HEPATITIS,HIV. Glucose Challenge Test (CGT) saya akan kena buat pada next check up, bila dah 24wk. Result lab test ni, pun saya tatau. Hahahaha...


Lengan kanan yang menjadi mangsa..

Lepas kluar dari bilik no.9, rasa cam nak pitam. Duduk sekejap, amik ekon. Susun pernapasan. Dah hilang warna warni dalam penglihatan, baru jalan mencari bakul ijau untuk letak borang yg dah dichop dan tabung uji yang masih hangat berisi darah. Dah letak. Duduk. Tunggu.

Nama kena announce untuk pergi ke bilik no.9 untuk mendengar ceramah Penyusuan Susu Ibu. Bilik no.9 lagi? Dalam bilik ceramah tu ada 10 kerusi, so, 10 orang je bleh masuk dalam 1 sesi ceramah. Demo pakai patung baby and flushy breast. Ceramah tu sejam. bagus jugak dengar ceramah ni, baru tahu macam mana nak breastfeed baby dengan betul, perah susu dengan betul, simpan susu dengan betul. Bukan main sumbat je. Abis ceramah beli buku sepuluh ringgit.



Lepas tu pamphlet Kelas Pendidikan Kesihatan Klinik Atenatal untuk pasangan suami isteri diedarkan. Sesiapa yang berminat, boleh book mana2 Sabtu yang berkenan (kelas diadakan setiap alternate Saturday, 8am-2pm - minum pagi disediakan. Bayaran RM50). Saya tak book lagi, nak balik tanya hubby, bila dia nak gi. Lepas abis ceramah, tunggu sampai no. dipanggil untuk jumpa doktor pulak. Sambil menunggu tu, saya main Nintendo DS dulu. Tengok org lain pun sibuk main PSP..


2-2 ni tengah sibuk main PSP atas perut masing-masing. Merah and baby blue.

Ting Tong: 4003, bilik 12. No. saya dah kena panggil. Saya masuk dan duduk. Dr. Lee ngan nurse tak nampak la nametag dia apa. Doktor interbiu. Macam-macam la dia tanya, dari A-Z. Pastu dia suruh baring kat katil, dia nak periksa perot. "Kecik je" to remark dia, bila dia tengok dan rasa-rasa perot saya. Then dia dengar heartbeat baby pulak pakai Doppler.

"Baby ni asik bergerak. Heartbeatnya tenggelam timbul" Dia bagi saya dengar.. ada bunyi heartbeat, tapi selang seli ngan swoosh swoosh swoosh.. bunyi baby tu bergerak sini sana.



Then doktor check breast pulak. Tak de apa yang abnormal. Then dia check nadi. Check my heartbeat. Tarik napas.. lepas.. tarik.. lepas.. Then dia check pergelangan kaki. Lepas tu dia bagi prescription vitamin asid folic ngan ferrous fumarate.



Lepas periksa segala, kecuali Pap Smear yang saya tak dapat decide nak buat bila (sekarang atau lepas bersalin), doktor suruh saya pegi buat appointment kat Bilik Ultrasound, Tingkat 3. Lepas pegi tingkat 3, turun balik ke farmasi untuk amik vitamin tadi, dan ke Kaunter 2 atau Kaunter 3 untuk appointment check up seterusnya 24 Dec nanti.


Appointment ultrasound saya pun di set ke 24 Dec. Olo.. tak dapat saya tengok org yang tendang2 saya nih, minggu ni. Tak pe.. kiter gi klinik biasa la scan nanti. Nak tengok jugak orgnya!

Kad appointment saya dah upgrade jadi 2 keping, distaple sekali.

So, saya akan update pasal check up ni, lagi sebulan dari sekarang. Total duit yang saya kluarkan untuk check up kali ini:

Rawatan - RM31
Deposit - RM500 (share ngan hubby 50-50)
Buku - RM10
Lab Test - RM5
Vitamin - RM10

4 comments:

  1. complete sungguh info kali ni yek... selamat la mamat sorang tu tak payah masuk masa labour. share labour room tu cemana ek... kalau ramai nak bersalin semua dalam bilik sama ke gitu?

    ReplyDelete
  2. yup, nanti kat sebelah pun ada screaming woman.. boleh la lawan sapa jerit paling kuat. Separated by curtain je. At least tak le sunyi/ malu sangat kalau ada member kat sebelah, kan? Namanya pun 'dewan' bersalin. :D kekekeke

    ReplyDelete
  3. aiyo... boleh ke maintain ayu aka tak sumpah seranah masa deliver nanti...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. sapa la nak maintain ayu masa tgh deliver... WAJIB menyumpah seranah punya... jerit/ maki la apa pun masa tuh, orang lain takkan marah punya lah.. hehehehe

    ReplyDelete