Jadi, appointment ngan gynae ni untuk org yang dulu pernah miscarriage or ada masalah dalam peknensi. Ok la, buat je la satu appointment ngan gynae. Sementara itu, kena jugak register kat Klinik Ibu Mengandung ni untuk check up. Jadi setelah disahkan oleh gynae yang peknensi saya kali ni tak de masalah, saya pun bercadang nak register la untuk check up di klinik ibu mengandung...
Masuk2 je... tempat menunggu kat situ penuh.. penuh ngan ibu-ibu mengandung. Mak aih, sungguh ramai.. nasib baik la saya datang hari ni nak isi borang je dulu. Trus number saya dipanggil di kaunter mengisi borang. Soklan pertama nurse kat kaunter tu: "Nak bersalin di mana?" Alamak... sebelum ni blom decide lagi nak bersalin kat mana.. ingatkan nak register check up je kat UM ni. "Rasanya bersalin di sini la kot (kot je)" "Kenapa kot?? Tak kompom lagi?" Saya sengeh je la.. hangguk je la kata nak bersalin kat situ...
Jadi nurse tu pun bagila borang yang nak diisi. Sikit je mende yang nak kena isi. Dia suruh isi kat umah lagi. Dia check2 hari apa yang ada kosong untuk selitkan saya untuk screening. 26 November 2008 baru ada kosong, itu yang paling awal. 26 November? Sebulan lagi tu.. hahaha.. ingatkan kalau gi register masa 16wk, dapat la buat screening terus. Rupa-rupanya kena masuk barisan jugak.. adeh... 26 pun 26 lah. Tu la.. hegeh2 lagi.
Borang registration yg dah diisi perlulah disubmit pada 26 Nov nanti bersama:
1)
2) Wang pendaftaran- Pakar : RM41 (Warga negara), RM82 (bukan warganegara)
- Bukan pakar : RM31 (warganegara), RM62 (bukan warganegara)
3) Wang pendahuluan: RM500 (Warganegara), RM1000 (bukan warganegara), kakitangan kerajaan (Percuma)
4) Kad pengenalan pesakit (Asal) dan kad pengenalan suami (Asal atau salinan)
5) Kad kedatangan hospital (sekiranya ada)
6) Spesimen air kencing terbaru (fresh) untuk pemeriksaan
7) Surat rujukan doktor dan laporan ultra sound (jika ada)
Semua dokumen dan spesimen ni hendaklah diserahkan ke Kaunter 1 pada hari temujanji. Tak payah amik nombor, just letak je kat kaunter 1 dan tunggu sehingga dipanggil.
Nama akan dipanggil untuk:
a. Ujian air kencing
b. Timbang berat badan
c. Mengambil ukuran tinggi
d. Tekanan darah tinggi
Lepas tu dikehendaki hadir ceramah dan Penyusuan Susu Ibu dan lain-lain di bilik 8
Darah akan diambil untuk:
a. Kumpulan darah
b. kepekatan darah merah (haemoglobin)
c. VDRL
d. HEPATITIS
e. HIV
f. Glucose Challenge Test (CGT)
Seterusnya akan diperiksa oleh doktor. Pemeriksaan yang akan dibuat ialah:
a. Mengambil sejarah kandungan - doktor akan menemubual untuk mengambil catatan sejarah kandungan
b. Ujian "Pap Smear"
c. Pemeriksaan fizikal
d. Pemeriksaan kandungan
YIKES !!!! Banyaknya dia nak buat masa screening nih... macam nak pitam je rasanya.. takpe.. ada sebulan lagi nak prepare diri :P
No comments:
Post a Comment