Thursday, September 18, 2008

Patah kaki weh...

BUKAN.. bukan kaki saya yang patah.. hehehehe

Akibat kedegilan nak puasa jugak2 Isnin lepas, Selasa tu terpaksa amik EL sebab tak berdaya langsung nak membangunkan diri nak pegi keje. Isnin tu dah munta*h2 teruk lepas berbuka. Kluar balik laksa seurat-seurat lalu kat tekak. Pedis btol. Keciwa. Selasa tu hubby kata try la tak payah puasa 1 hari je dulu, tgk ok ke tak... So, kompang la puasa saya lagi.. duduk umah sensorang, hubby gi keje. Huhuhuhuhu.... terkurung jek kat umah sendiri, nak online pun tak leh. Sebbaik ada 3G, leh gak poke-poke kat Facebook Mobile. YM pun YM Mobile jek. Bosan ah, sampai panas la tipon tu dikeje kan... tak sukanya duduk sensorang kat umah, terasa lambatnya masa berlalu... Dah brapa kali tido jaga tido jaga, blom sampai time hubby balik keje lagi. Adeh...

Walapun tak leh posa, tapi selera makan memang takde langsung. Melepet je la kat umah... terkebil-kebil sampai hubby balik. Hubby balik ngan selsema and batuk. Alamak... jangan la dia pulak tak sihat dalam keadaan kiter lemah2 camni, sapa nak jaga sapa pulak nanti??

Hari Rabu cuti Nuzul Quran, yeah.. leh sambung rilek lagi kat umah. Cuaca kat luar sangat panas... hubby terus demam, panas badan dia. Dah terbongkang je 2-2, tak larat bangun. Mcm mana ni? Ayoyoyoyoyo... Tapi kesian tengok hubby puasa time demam-demam ni, digagahkan jugak diri ini mencari sesuatu untuk hubby time berbuka nanti. Amik tipon.. nyet nyet nyet..

"Hello, MacDonalds Delivery? Saya nak buat pesanan. Ye, saya nak order ..... "

Lepas call MacD delivery, terbaring balik kat sofa, hubby dah occupied katil. Kesian plak tengok dia, lemah jek. Sok suh dia gi klinik la. Amik antibiotik. Telan ubat flu pun tak jadi apa nih, heran gak. Kejutkan hubby untuk berbuka, laju jek dia makan Chicken McDeluxe, kiter jugak yang terkial-kial nak menelan. Takot-takot jek.

Pagi Khamis, bawak hubby gi klinik. Doktor bagi antibiotik, ubat selsema, demam, batuk. Doc kata kalau by Sabtu tak baik, mai klinik balik, suspected denggi pulak. Ayoyoyoyoyoyo Bie... Mintak-mintak demam biasa je la.. jgn la teruk lagi daripada tu. Hubby MC, tapi saya kena gi keje. Waduh?? Kena drive sorang-sorang gi keje ni. Hubby tanya, saya leh ke drive gi keje sensorang? Kena try la. Sejak peknen, saya elakkan dari drive, sebab drive buat saya stress. Tapi apa bleh buat. Selasa dah ponteng, takkan nak ponteng lagi? Drive je la pelan-pelan. Kalau mabuk masa drive kang, bukak tingkap bwarf je kat tingkap kete.. ( Sorry ye hubby, hubby baru je hantar kete gi car wash semlm). Tapi saya cuba la drive sejauh yg boleh, seperlahan yang boleh. Dah terbiasa tak pakai seat belt masa dok sebelah (senak perot kalau pakai seat belt sebenarnya), tapi takkan nak drive tak pakai seat belt lak kan? Pakai je la. Uih, ketat nya. Ok, Bismillah hirrahmanirrahim... heh, berdesut pegi nya.

Walaupun dah lama tak drive, tak kekok sket pun, macam dah diprogram. Dan seperti biasa kalau dah dapat steering, kaki mesti nak menekan minyak, satu tangan kat gear, satu tangan je jaga steering. Sebbaik pagi ni takde idiot drivers atas jalan. Pantang btol kalau ada jenis bawak kete slow macam nenek tua tu, memang rasa nak cocok je bontot kete camtuh. Tetiba telinga menangkap bunyi enjin yang aneh kat blakang, wah ada Skyline kelabu cuba mencocok di belakang rupanya. Tekan minyak lagi.... yahhh!!!! Mwahahahaha (ni ketawa masa terlupa sekejap yg awak tu peknen !!) Lepas Skyline tu masuk simpang lain, bawak cam biasa balik. Insaf la balik... isk isk isk... memang tak leh tinggal la tabiat nak racing nih... 20minit je dah sampai opis, tapi ssssyyyyyyyhhhhhhh..... jangan cakap kat hubby okey. :D

Hubby, cepat la baik demam.... nak awak drive saya pegi dan balik keje..... sapa nak jaga saya nih??? HUhuhu ~~~

3 comments:

  1. RE:ANIS DAH BRAPA WEEKS????MMG DOC TAK KASI KITA PUASA KER???
    MAYBE ZAI MASIH BARU OK KOT KALAU PUASA ERK???
    ANIS BILA DUE???
    ZAI MAY TAHUN DEPAN...

    ReplyDelete
  2. hi Zai,

    Anis baru masuk 11 weeks minggu ni.

    Masa jumpa doktor biasa (bukan gynae) on 6weeks, dia kata bleh je kalau nak puasa, takde masalah. Tapi lepas 2minggu puasa (week 8 and week 9), Anis sakit abdomen bhg bwh, gi jumpa gynae (bukan doktor biasa hari tu), gynae memang tak bagi puasa la..
    sebab baby dalam prot tu tengah developing, dia perlukan semua jenis zat dari makanan yang kiter makan... tu le criternya.

    Kalau Zai larat puasa, puasa la.. Anis asik muntah2 je time bebuka, so, badan jadi lemah2.. sebab takde makanan langsung.

    Jaga diri ye.

    ReplyDelete