Sunday, September 14, 2008

Hello World !!

Buat appointment ngan gynae kat Klinik Wanita SS, Sri Sentosa. Memula ingat nak gi klinik Mediviron (GP biasa, bukan specialist in gynae) kat depan umah tu je, sebab setakat nak 'pinjam' ultrasound machine nak scan tgk baby je. Tapi hubby insist jugak nak bawak gi Klinik Wanita SS (Sri Sentosa) tu sebab situ memang klinik untuk sakit puan, gynae, scan, dan sebagainya. So.. ikut je la choice hubby. Nervous jugak, sebab tatau doktor nya laki ke pompuan, segan ngan doktor laki.

Masa buat appointment tu pagi, doktor masuk tengah hari kata Aci yang jaga kat registration tu. Ok la.. bleh balik umah guling2 dulu. Kul 2pm pegi klinik tu balik, doktor tak sampai lagi.. on the way Aci tu kata lepas dia call henpon doktor tu. Ish.. doktor ni datang dari mana lak eh? Apsal dia tak lekat kat klinik? Aci tu sorang je dari tadi.. patient lain pun tak nampak... takut jugak nih. Kul 3pm, kami pi lagi klinik tu lepas pusing2 gi New Town. Sesaat lepas kami letak buntut kat tempat menunggu, ada couple Melayu turun dari Ford Escape, terus masuk klinik tu. Yang laki bawak kotak vacuum, yang pompuan bawak beg gynae association. Oh, doktor tu rupanya. Hubby kata doktor pompuan kot, sebab yang bawak beg tu pompuan. Fuh.. lega la sket.

Lepas buat registration kad, dengar suara perempuan melayu tadi panggil nama. Hubby pun ikut masuk sekali. Sebelum duduk kat kusi sebelah meja doktor, sempat gak jeling ala Ziana Zain kat hubby... jelingan yang membawa maksud "Eh ?? Gynae dia laki la !!!" Tapi cakap dalam ati je la... hubby paham, dia hangguk mulut muncung ke kusi, suh duduk jek. Ok la.. tak kisah la.. Ittakullah je la.

"Apa masalah?"

"bla bla second pregnancy. Last period bla bla July. Now 10week. bla bla first pregnancy miscarriage at 11week bla bla spotting and bleeding, on bla bla Jan this year. Now no spotting or bleeding yet, but having bla bla abdoment pain."

"Don't worry, everytime after miscarriage, u will have 30% more chances to have normal pregnancy."

"Yeah, I read that somewhere. But can I have an ultrasound scan just to sedapkan my hati?"

"Boleh.. boleh.. come with me. This way."

Oh, ada bilik lain untuk ultra sound ke.. ingatkan tadi kena baring atas katil sebelah vacuum yang blom kluar dari kotak tu. Hehehe.. Hubby ikut kat blakang, tolong pegang handbag. Dah baring, dah buh gel sejok tu atas prot, gosok-gosok, adjust adjust bagi clear sket.. nampak la satu bebola. Dalam bebola tu ada benda mengerekot. Kurus jek.

"Mana heartbeat nya doktor?"

"Tak nampak lagi.. kecik sgt ni. Yang dulu tak nampak heartbeat ke?"

"Tak, doktor tak dapat cari heartbeat yang dulu jugak. Tapi masa tu dah bleeding."

"....." doktor tu diam jek. Masih cuba gosok2 nak bg nampak heartbeat. "Maybe next month bleh nampak heartbeat."

"Saya puasa for the past two week. Tu yang saya risau tu.."

"Kenapa puasa? Dalam Islam pun kata perempuan pregnant tak payah puasa. Baby ni very precious, kena jaga dia. You have to take food, vitamins continously. Mana boleh tak makan. bla bla bla bla bla bla..."

"Ooo... saya malas nak ganti puasa bebnyak doktor.. hehehehe" (tersengeh)

"Ada movement, nampak tak baby to moving? The placenta seems ok, kat atas. Baby pun nampak no problem. To avoid from spotting or bleeding you have to stop making love temporarily. And take food daily. I think tak de masalah... don't worry."

Dah settle semua, doktor bagi 5 jenis ubat. Ubat muntah, ubat contraction (kalau rasa sakit rahim), ubat bagi kuat servik, multivitamin, ubat pedis ulu ati Gaviscon Liquid untuk asid prot.
Ala.. banyaknya ubat... ingat nak pinjam ultrasound machine je tadi.. kekekeke... Tak pe la.. dah kena leter panjang ngan gynae tuh... mentang2 la aku sorang jek patient dia hari ni, lama btol dia tahan aku kat dalam tu. Tapi tak pe la, janji dapat tgk baby, and she is OK. Sorry ye Bie, 2 minggu posa, Bie kurus jek. Kekeke...


photo from: babycenter.com

2 comments:

  1. bebeh..take care ok...
    tuh la bebeh tak yah posa laa...
    bagi khasiat byk2 kat bebey tuh....
    kiter pon tak posa beh...sehari jer posa pastu kiter rasa cam beby malas nak gerak....jadi risau terus gi makan hehehe....ganti posa tuh pikir lain beh ....muahahaha

    ReplyDelete
  2. hehehe... ingatkan dapat la posa penuh sebulan... :P

    Takpe la.. dapat puasa penuh 13 hari je pun jadi la... kurang sket bilangan nak ganti nanti. Hehehe...

    ReplyDelete