Tuesday, September 2, 2008

Puasa.... piu piu piu...

Jumaat lepas after lunch KFC, mulut jadi tak sedap. Minum air byk2 nak bg ilang rasa pahit tu.. tapi tersedak pulak. Terus batuk2 sebab tahan nak munt*h kat opis, sampai satu opis tu dengar, termasuk boss.

Boss YM tanya "Are you OK?"
"No, I am not OK"
"Go back-lah!"
"I have to wait for my husband, I don't think I can drive alone"
"I will arrange Gerby to send u back"
"Ok then. Thank u"

4.15pm Gerby hantar balik umah, then dia pun terus balik umah dia kat bukit jalil. Nasib baik Gerby bawak slow jek.. dia pun risau aku munt*h dalam kete dia plak kalau dia bawak giler2.. tapi aku dah sediakan plastic bag spare, just in case ter-munt*h dalam kete dia ke..

Sabtu and Merdeka Day tak gi mana2... rehat je kat umah. Tergolek-golek je kat bilik or kat depan tv. Tak munt*h2 pulak... heran... Rasa macam dah ok, nak kluar gi beli barang2 dapur and makanan segera, prepare untuk puasa sok and shopping baju raya hubby (huhuhu.. shopping baju ngan sluar dia sorang jek, sebab dia sorang je yang dah gaji, kiter blom.. tunggu je la). Balik dari shopping tu, pening2 lalat dah dalam kete, rasa tak sabar nak sampai umah, nak munt*h.

Malam tu semangat nak gi Terawih kat masjid Sri Sentosa, gi ngan hubby. Sampai awal, sembahyang Isyak and Terawih kat tingkat atas. Memula ok, tapi masa nak masuk 2nd round Terawih tu, peha cramp la plak! 2-2 belah lak tu! Imam tu bleh dikatakan laju la jugak... kalau ada nenet2 tua ikut, aku rasa nenet tu pun surrender. Memula ingat nak ikut sampai 20, tapi ngenangkan peha dah jammed ni, buat 8 je. Pastu habiskan Witir sendiri2 kat saf blakang. Ramai jugak yang buat 8 aje rupanya... Dah abis Witir, masa turun tu, turun slow2 je.. kaki rasa cam kayu, mcm baru lepas kena denda lompat katak round 1 padang. Tak pe la, tunggu je hubby habiskan sampai 20, sebab tadi kata kat dia nak tunggu sampai abis. Lepas cari kasut tu, jalan hincut2 gi kat kete, nampak hubby terjenguk2 cari2 kat area orang pompuan dok turun. Laa... dia pun buat 8 je rupanya! Hehehehe... dia sakit prot, nak balik umah cepat.

Pagi tu sahur kul 4.50am.. sahur roti cicah Milo jek, hubby macam biasa, sahur maggi ayam cendawan + cili api. Makan acid folic ngan minum susu Anlene 4X sekotak. Mintak2 leh tahan sampai petang, tak munt*h2. Kaki dok cramp lagi, so sambung guling2 atas katil je.. Isnin yang cuti la katakan...

Alhamdulillah, sampai ke petang tu ok jek tak de munt*h2, walaupun prot pedis masa kul 1pm camtu. Biasa la tu... Gi bazaar ramadan kat seksyen 27 shah alam, hubby nak cari nasik ayam percik kat tempat biasa. Kiter beli nasik kerabu ngan 2 chicken wings. Berbuka kat umah, start ngan chicken wings, nasi kerabu, pastu penutup chicken wings 1 lagik. Pastu mulut start rasa tak sedap.. alamak.. ni yang tak syok ni. Tak dapat gi Terawih la malam ni. Suh hubby gi sorang la kalau dia nak gi, dia kata nak temankan aku kat umah.. OK :) Bawak2 baring untuk ilangkan rasa tak selesa kat perut tu, angin agaknya.. Tapi 9.30pm tak leh tahan dah.. berlari ke toilet walaupun peha sakit lagi.. abis... kuar balik nasik kerabu feveret. Piu piu... lapar balik... lembik trus. Hubby masakkan cream of chicken and mushroom, ganti balik nasik kerabu yang ilang tadi... huhuhuhu.. makan je la.. asalkan perut tak kosong... agaknya nasik kerabu tadi ada kobis ngan kacang panjang racik halus2 kot, psl tu prot buat hal.. Malam tu ulang beberapa trip ke toilet akibat false alarm, selagi mulut rasa tak sedap. Badan pun lembik jek...

Sahur puasa ke2 Milo cicah biskot weetameal jek. Hubby mkn nasik ayam. Tak de tenaga plak hari ni, tak de selera. Milo ngan sirap je larat minum. Dah le kena gi keje lak pagi nih tapi leh balik awal sket la.. 4.30pm dah leh balik... haih... mintak2 tahan la sampai berbuka. Insyallah..

2 comments:

  1. beh..first day kiter tak tahan weii...pedih perut ngan pening nak pengsan... teruss kantoii first day...ni 2nd day baru kul 1.13 tghari nih...woooooo help....

    ReplyDelete