Wednesday, September 3, 2008

Gone in 15mins

Walaupun balik kul 4.30pm, tapi manunggu hubby meeting kat Uptown sampai 5.30pm. Kalau dah kat Uptown ni, memang tak sempat la nak gi mana-mana pasar ramadan, pasal merata-rata jem sepanjang nak balik tu. Untuk mengelakkan dari stuck kat tengah-tengah jem masa waktu berbuka, hubby decide nak gi A&W kat opposite Amcorp Mall tu. Elok jugak tu, sejam tunggu hubby tadi, menahan nak terkucil.. leh jugak tumpang toilet A&W tu.. hehehe...

Menu sempena ramadan kat A&W ni nampak cam sedap jek, nasik + daging salai masak lemak cili api + salad + kurma 2 ketul. Dah lama tak makan masak lemak daging salai.. nyam nyam.. air nya takkan nak minum root beer gelas besar tu kan? Hubby tukar ngan dia punya Milo ais, sebab dia amik set ConeyDog ngan Milo.

7.21pm.. dah masuk waktu berbuka. Makan kurma dulu la.. bg hubby seketul. Kesian jugak tgk dia terliur tgk kurma yang gemuk tu. Saya makan slow2 jek, sebab kuah kuning daging tu pedas, bleh tahan la.. daging salainya lembut, bau masak lemaknya pun wangi.. pandai A&W ni masak. Kunyah perlahan-lahan, sebab nak menikmati daging salai masak lemak. selang seli ngan nasi. Tak habis pun nasi, tak pe.. yang penting, dagingnya habis :D. Saladnya tomato, bawang besar ngan lettuce. Tapi rasa tak sedap la.. masam. Rasa sket je salad dia. Lepas tu, rasa mcm dah kenyang, minum milo ais, setengah je, lagi setengah hubby abiskan sebab root beer dia dah lama abis. Dalam kul 7.32pm, dah abis makan... kami pun mengangkat pungkur untuk ke kereta, sambung perjalanan balik ke rumah.

On the way nak ke kereta tu, lagi beberapa meter nak sampai kat kete, saya lari lari lari sebab tahu something is going to come out, BWAARRFFFFFF!!! kat tembok batu depan kete. lagi.. lagi.. dan lagi.. memang rasa nasi + kuah masak lemak + daging melalui injap tekak masa kluar balik. Milo pun masih sejuk lagi... huhuhuhuhu..

15min.. takat tu jek makanan berbuka saya duduk dalam prot. Lepas tu, rasa mcm masih berpuasa.. lapar la.. nasib baik ada kismis LIGO sekotak dalam beg. Sepanjang perjalanan balik, kunyah kismis tu je. Sampai umah, cintan kari feveret ku pun tak mampu nak ditelan seurat pun. Hubby bancuhkan Nestum se-mug penuh, tak de gula. Nak gantikan balik apa yang kuar tadi, katanya. Ok la.. telan jugak la Nestum tu. Habis.

Soq pagi tadi cam biasa, hot Milo ngan biskut weetameal. Tumpang maggi hubby 2-3 urat. Susu Anlene 4X sekotak. Dah. Tido.. kiter tgk hari ni berbuka mcm mana plak.. dia nak kuar balik ke tidak.. and brapa lama dia leh duduk dalam prot. Hehehehe..

2 comments:

  1. ya allah siannya anis harap kuranglah sikit mual2 anis tuh. thank god dapat bos yg sgt memahami. do take care yea.

    mimi

    ReplyDelete
  2. Insyallah Mimi, hope Mimi pun dah tak mual2.. hehehe.. posa gak ke?

    U too take care ya...

    ReplyDelete