Tuesday, December 6, 2011

15 years ago...

15 Nov 1996
Sebenarnya saya dah jadi secret admirer dia memang dah lama... First time nampak dia masa tumpang kete Cikgu Zul (cikgu Matematik) nak outing ke Pekan Bukit Mertajam. Masa tu turn girls outing. Saya ingat dalam kete cikgu nanti saya nak dok depan, nak sembang-sembang ngan Cikgu and kawan saya Ana akan dok belakang. Masa nak naik kete cikgu tu, Alamak!! Dah ada orang dok kat depan pulak.... Budak laki.. Cute pulak tu... Terpaksa la saya ngan Ana dok belakang... Cikgu Zul pulak asik sembang ngan budak laki cute tuuuu je. Seolah-olah kami ni tak wujud pun kat belakang.. Apa yang derang sembangkan kami pun tak paham... Intel.. CPU... motherboard.. graphic card.. amende la tuh...
Saya tak nampak sangat muka budak laki cute tu masa dok belakang, tapi saya tanya la kat Ana, sapa nama budak tu... Ana kata Syamaizar - 5 Merah.
Sejak dari hari itu, saya cuba menyelinap masuk ke Pejabat dan curi buku log biru (buku maklumat pelajar) kelas 5 Merah... Selak punya selak... saya nampak nama Syamaizar, no tipon dia.. alamat umah dia... Nama bapak dia.. attendance record dia pun saya tau. Hahahaha...
Sebagai secret admirer, saya hantar 1 buah oren sempena Valentines Day delivery (budak form3 ngan form4 rajin buat delivery nih), "From: anonymous" Tak berani tulis nama sebenar. Wakakakaka!!!
Saya pun selalu kacau dia nak pegi lab kimia. Saya ngan 3 orang kawan dok melepak kat koridor tak bagi dia lalu... hehehe.. Lepas perhimpunan pagi, saya akan keja dia naik tangga (barisan Form5 jalan dulu) sampai ke kelas... Laju btol budak cute ini lari naik...
Ada satu petang, ayah saya datang melawat and kitaorang makan kat kantin sekolah. Kebetulan budak cute ini lalu belakang bengkel KH, depan kantin. "Ayah, Anis nak budak itu" sambil tangan tunjuk ke arah budak cute yang dah start lari-lari anak nak naik tangga gi kelas 5 Merah time game. "Ok, nanti ayah gi panggil dia.." Blom sempat ayah abis cakap, dia dah hilang, lari naik kelas.  

Malam Perpisahan Tingkatan 5 - Budak cute pakai vest and nyanyi lagu 2by2 ramai-ramai. Haih... bikin hati cair ajek... Masa salam-salam mintak maap ramai2, nampak kelibat budak cute berjalan meninggalkan dewan makan... Alamak, takkan dah naik dorm kot! Then cepat2 capai sorang budak laki form1, "Adik, stop abang tu, cakap akak ajak tangkap gambar, sekejap je..." Budak tu pun berlari ke arah budak cute.. Eh, ramai pulak orang kat situ, harap2 budak tu sampaikan mesej kepada orang yang betul. Fuuhhh!!! Nasib baik betul. Budak cute patah balik, saya pun tersengeh sampai ke telinga, tersepot-sepot kemaluan. "Nak amik gambar ke? Kat mana? " Adeh.. lemah lutut dengar suara Budak Cute. "Situ.." Main tunjuk ke kat baseball court. Capai sorang kawan yang ada kat situ suruh jadi photographer kejap. (Dia tak de skill ok, tali kamera halang lens)
Lepas amik gambar, "Nanti nak ye gambar ni.." Budak Cute mintak sebelum bergerak pergi. "Kalau nak, bagi la alamat.. Nanti leh saya poskan... Kalau boleh tulis biodata sekali.." hehehehe.. saja ayat sopan, padahal dah tahu dah alamat budak cute. "OK, kiter jumpa Isnin depan, kul 2PM depan library. Tukar biodata."

Lepas tu dia blah, naik dorm. Saya masih di situ.
....
....
 "AIK? Tak nak tanya nama saya ke ??????????!!!!!! "

Happy 15th Anniversary , Sayang.

1 comment: