Monday, December 20, 2010

Vocab budak umo 1 thn 8 bulan..

Dia tengah berlakon naik bas, tu yang gayut2 tuh

Tunggu time nak jerit masa Papa amik korner dengan tajam skali. Naik roller coaster la kunun..

Badan kecik tapi berangan macam budak besar..
Kalau naik kete memang tak nak kena ikat. Boleh lupakan la seatbelt tu. Dalam carseat, dia berdiri, kalau tertido pun, berdiri la tertidonya... Kalau kiter dudukkan masa dia tertido tuh, memang automatik suis melalak dia ON.. Biar je la dia tido berdiri.. lantak kau la. Runsing nak drive kalau dia bising2 melalak melalak tuh... Asalkan dia diam... Nak tunggang terbalik, lantak pi kat dia. tamau duduk diam2. tak buleh dipegang sikit pun. bengkeng jek marah kita.

Kalau mood dia baik, dia menyanyi dan menari masa Mama tengah drive. Mama pun join skali la..

Tapi kekadang kalau dia melalak masa mama tengah driving, Mama dia bertempik balik 2x lebih kuat dari dia. Ingat dia sorang je ke boleh melalak? Mama akan pasang radio 3x lebih kuat dari suara dia dan menyanyi ikut rentak radio dan ignore je dia. Bila penat, dia akan diam sendiri. Hahaha.. padan muka. Jangan cari pasal ngan Mama. Tapi kalau Papa ada, mama tak leh la buat gini.. nanti Papa yang tengah drive tu terkejut. :p

Setakat ni ada la a few perkataan yang E-Cha bleh sebut dan bertepatan dengan konteks ayat. Berikut disertakan dengan translationnya skali...

"Papa... tit jap, Papa. Tit!" 
(Papa, turn on the radio, please..)

"Mama! Muff! Muff!" *sambil tolak2 bahu Mama ke depan*
(Mama, please move.. I want to conquer this back seats alone)

"Papa.. camni, Papa. Aaaaaaaaa...!!" 
(Papa, masa corner sila jerit macam ni, Aaaaaaaaa...!! ) 
*sebab Papa tak participate ngan Mama and E-Cha jerit-jerit dalam kete masa papa amik korner baring*

"Kloss.. kloss.."
(Close the door / the fridge door or whatever yang buleh close)

"Koko kwanchhh!!!"
(Koko Crunch !!)

"Chiiis... chiiss.."
(I want cheese )

"Arshh... Arshh!"
(Nak naik horse) *sambil tunjuk kat kuda menan*

"Throw" *buang pampers dalam bakul sampah

"Mendi.." *sambil gosok-gosok tangan kat dada*
(Mandi)

"Affuu.. hafuu.."
(Hot ! / Tiup la.. makanan panas ni..)

"Naisss !"
(Nice! / sedapnya!)

"Air.."
(Nak minum air)

"ko-ko"
(Nak biskut / nak kalsiyum )

"Tit ! Tit !" *sambil tunjuk remote*
(Turn on / off the tv) atau (Sila tukar channel nick or PHDC, saya tak tengok afc)

"Bo-Bob"
(SpongeBob)

"Moo-moo"
(Nak towel! *ada gambar lembu*)

"Kii..."
(Nak Munkey !)

"Buuum..buumm"
(Nak baring)

"Push! Push!"
(Tolak la kete ni, saya malas nak gerakkan pakai kaki)

"Noo..!"
(Tamau !!!)

"Wash.." *sambil gosok-gosok tangan
(I want to wash my hands)

"Eee.... di-ti !"
(Eee.... Dirty nya!)

"Hiii.. yo owoh..."
(Hee... Ya Allah..) *nada orang tua*

"Wok.. wok"
(I want to walk)

"Chuu.. chuu"
(Look! It's a train!)

Selain tu ada gak perkataan yang betol bunyinya macam: "shoes", "kakak", "bas", "car", "cat", "dog", "bird", "tetek", "pepet", "mommy","mama","papa","opah","nose","eyes","ball","baby", "finish", "gone", "bubble","lampu","rice" and a few single word yang lain. 

Kat umah panggil Mama, tapi kat neseri tersasul panggil Mommy (sebab teacher sebut Mommy). Apa yang orang dewasa cakap dia (macam) paham.. So kekadang Mama terpaksa berkomunikasi dengan Papa dengan ejaan, tak nak bagi dia paham.. sebab kalau dia paham kang, laju jek dia nak benda tu. Contoh: ca.. ya.. sin (cheese). kalau dia dgr kang, dan dan tu nak cheese. B.. E.. D.. (bedd = pacifier dia) jangan sebut depan dia kalau mende kuning tu tertinggal kat umah dan baru sedar tertinggal masa dah separuh jalan.. Haru.

Ada sapa2 nak ke budak ini....????

3 comments:

  1. nak2.......sanggup jaga clever girl comey ni......

    ReplyDelete
  2. Ahahaha... laju jek nak ye.... Nanti tak terlarat nak layan...

    ReplyDelete
  3. larat2.......rasanye echa la sopan dari ayra........hehehehe

    ReplyDelete