Actually, lepas school concert tu kami tak terus balik umah sebaliknya memanjangkan langkah ke Berjaya Times Square untuk tengok movie Megamind - yang normal je, bukan yang 3D ye... Pengalaman pertama bawak budak kecik tengok wayang.... Kami dapat 3 seats kat line PALING DEPAN. Btol-btol bawah screen. Jadi budak kecik ni, gumbira la ada kawasan luas untuk dia berlari-lari dan bermain-main. Dia tamau duduk atas kerusi yang asik nak terlipat tuh, sebaliknya dia dok atas carpet GSC tuh.
Dia pun dengan bahagianya bermain-main di dalam gelap selepas menghabiskan sebotol susu sambil tengok movie. Tengok tang awal-awal jek, dah abih susu, dia pun nak merayap. boring agaknya terbaring jek ngadap screen besar tuh, dia pun bukannya paham sangat katun apa la Megamind nih. Memang line depan sekali tu kami bertiga sekeluarga sahaja. Maka dia ingat dalam hall tu takde makhluk lain lah. TIBA-TIBA....
ada ketika part lawak, semua orang dalam hall tu ketawa... Aleesya terkejut seraya memanjat kerusi untuk melihat dengan lebih jelas apa ada di belakang kerusi dia.... Maka tersadar lah dia, yang kerusi blakang-blakang dalam hall tu memang penuh dengan manusia lain. Terus dia duduk, menyorok dan menutup mulut sambil cakap "
O-Ooh" Agaknya baru dia sedar "Ramai rupanya manusia dalam hall ni.... Malunya saya !!!!!"
No comments:
Post a Comment