Monday, March 30, 2009

Week 38 - Last Ultrasound

30 March 2009 - Check up lagi. Kali ni dapat jugak menyelit gi buat ultrasound lepas Dr.Ezra bagi buat appointment utk chk baby growth kat bilik ultrasound.

Routine check up:
Urine dipstix test: OK - normal
Weight : 67.1 kg (last visit was 65.7 kg)
B/P : 123 / 74 ( last visit was 132 / 81 )

Ultrasound report:
Anggaran berat baby skang: 3.259 kg (patut le rasa berat je nak bgn tido)
Baby head size : 32.24 cm (muat ke nak kluar ni??)
Tali pusat OK, tak belit leher.
Placenta position : high.

Doctor kata baby leh kluar bila2 masa yang dia suka je skang. So, kalau ada tanda2 nak bersalin tu, cepat2 la gi sepital...

Jumlah duit rawatan untuk hari ni:

Rawatan susulan: RM6
Ultrasound: RM2o
Total: RM 26

Minggu depan ada appointment check up lagi (6 April 2009). Wad Bersalin baru di Tingkat 1 pun akan di buka 1 April ni, (tulis kat situ kerja2 pembaikan sehinggan 31 March je). Harapnya sempat la...

Week 38 - Beg sepital...

Check list yang diberi oleh pihak sepital UM.
Ok, check !!!
Tak kira, nak bwk henpon jugak... Ngan kamera :P

Ok, check !!! (tiada dlm gambar - baju kecik ngan sluar kecik)
Ok, check !!!
Nah 2 beg besar. Yang silver isi barang2 baby, yang biru isi barang2 mamanya.
Kenapa beg besar? Sebab saya bawak lebih dari check list. Hehehehe...

Baby bag inside:
  1. Newborn diapers
  2. Jumper
  3. Bath towel
  4. Receiving blanket
  5. Yu yee cap limau
  6. Head to toe bath regimen
  7. Powder and lotion
  8. Booties and mittens
  9. Cap
Mommy bag inside:
  1. Bath towel
  2. Socks
  3. Bath regimen - berus gigi, ubat gigi, facial, sabun, syampoo
  4. Sikat, bedak, pengikat rambut
  5. Shirt
  6. Kain batik
  7. Slippers
  8. Thermos
  9. Breast pads
  10. Maternity pads
  11. Nursing bras and panties
  12. Face towel
  13. Beg buh baju kotor
  14. Cermin kecik
  15. Lip balm
  16. Food and drinks
  17. Nintendo DS
  18. ....
Tu je setakat nih... ada apa2 yang tertinggal ke??? Hmmm.....

Week 38 - Membesar bagai johan !!!

Once upon a time... saya pakai jeans pinggang saiz 26 atau 27. Kalau tshirt tu, biasanya saiz S lah... tak pun XS. Cewah.. cewah... Tapi skang ni, saya tgk je la jeans ngan tshirt2 tu tergantung... sebab:


Hahahaha... pinggang saiz 43 inci. Pita sukat tu tak tipu.... wakakakaka...

p/s: Gambar ni diluluskan oleh hubby utk letak kat sini. Hehehe...

Wednesday, March 25, 2009

Week 37 - Kick Chart sepital

Hi, terlupa pulak nak cerita pasal check up hari Selasa lepas... hehehe...

Check up kali ni biasa-biasa je, tak de cucuk apa2 pun. Diringkaskan cerita:

Urine dipstix test : OK - normal
Weight : 65.7 kg (last visit was 64.5 kg)
B/P : 132 / 81 (last visit 128/ 78)

Pastu sepital bagi kick chart baru. Yang sebelum ni saya buat sendiri... tapi nurse tu kata tak ikut stended sepital UM, sebab itu itu stended GH. OOo, ada stended2 pulak. Saya pun blaja le cemana nak isi Kick Chart yg UM punya tuh.

Caranya camnih: Mengira Pergerakan Janin Sehingga Sepuluh

Bermula daripada pukul 9 pagi setiap hari, setiap pergerakan janin akan dikira sehingga jumlah kesemuanya menjadi 10 pergerakan. Kemudian catitkan masa yang diambil untuk mencapai 10 gerakan itu di atas graf yang disediakan.


Jadi, kalau start kira kul 9am, pastu bila rasa baby tu gerak2, tick 1. Tunggu sampai baby berhenti gerak (sebab kalau pergerakan panjang pun dikira as 1). Then beberapa minit nanti kalau baby gerak lagi, tick lagi 1, sehingga 10 ticks. Pastu catit time bila cecah 10 ticks tu. Senang je, baby Aleesya nih, sekejap je leh buat 10 kicks... hehehe... tambah2 waktu pagi, time Mama dia tgh sarapan.. seronot dapat sirap ais pepagi agaknya...

Pastu jumpa doktor, Doktor Ezra namanya. Baik sangat... dia check prot, rasa2 kepala baby yang dah turun ke pelvik, pastu sukat prot, check heart beat baby, pastu dia cuba dapatkan appointment ultrasound untuk saya minggu depan.

Dr. Ezra : Rasa tak baby kicking?
Saya : Ada rasa, selalu.
Dr.Ezra : Ada rasa contraction?
Saya : Err... contraction tu mcm mana rasa dia? Saya tak tahu.
Dr.Ezra : Rasa perot mengeras... tapi sekejap2. Tak menyakitkan sangat...
Saya : Ooo.. itu macam kalu, ada la rasa... (lorr.. selama ni aku ingat baby dok mengeraskan badan, rupanya contraction... ahahahaha [gelak dalam ati])

Dr. Ezra : Kalau ada tanda2 nak bersalin, cepat2 datang hospital ye. Tanda-tandanya:

1) Contraction yang tetap dan kerap. Selang 5 minit, dan lama.. sejam tak ilang2.
2) Pecah air ketuban - kluar cecair jernih yang banyak
3) Kurang pergrakan janin - kalau baby buat kurang 10 kick dari pagi till malam. Tak payah tunggu sampai besok, datang hospital malam tu jugak ye.
4) Kluar lendir/ darah (bloody show).

Saya : Ok.
Dr.Ezra : Ok, kiter jumpa lagi minggu depan.

Hmm.. tu je la doktor pesan.

Perbelanjaan sepital:

Rawatan susulan: RM 6
Vitamin : RM 10
Total : RM16

Tuesday, March 24, 2009

Iklan- Kenduri kawen ida

Khamis minggu lepas kena travel balik kampung lagi, kali ni untuk kenduri kawen adik sendiri kat Kuala Kangsar. Walaupun badan dah tak larat nak travel jejauh, tapi hubby dengan baik hatinya nak hantar jugak saya balik kampung, Hubby tak dapat cuti Jumaat tu, so.. lepas hubby hantar saya balik kampung, dia drive balik KL sorang2.. Nanti Sabtu hubby datang kenduri dan amik saya balik KL semula. 2 malam la hubby tido peluk bantal.. sian dia..

Time kenduri, sedia maklum la busy nya...


Majlis khatam Quran - Ida and Uyai buat sekali


Dah habis khatam, Marhaban pulak, then doa selamat..


Alip ngan Pah Mek. Jam tangan yg dilukis oleh abangnya Yap (pengaruh Shin Chan la nih)


Ulam-ulaman kampung..


Sambal Nyior - buat cicah ulaman


Gulai tempoyak ikan plotan..


Sambal tumis udang..


Gulai remunggai - feveret saya ni


Pie T atau Singapore pie (singa popeye)..


Gulai siput sedot...


Hiasan kat katil... padahal bukannya kenduri kat umah pon..


Majlis nikah di Masjid. (Seperti pernah ku tgk gambar ini tapi di mana ya??)


Akad nikah berlangsung


Menerima mas kawen..


Sarung cincin


Pengantin pompuannya - Edot


Tgh tunggu rombongan berbaris


Di pelaminan


Pengantin lelaki nya - Win


Pengantin tgh makan


Saya yang sibuk ke sana sini dan kepanasan..


Makan !!!






Aaauuuummmm...


Potong kek


Gambar bersama besan.. hehehe..

Abish... nak tgk semua gambar, cam biasa la.. pegi sini

Monday, March 23, 2009

Week 37 - Bila Mama Start Berkira-kira

Ada lagi 18 hari sebelum cecah due date 10 April. Selain dari menghitung hari... mari kiter hitung expenses yg dah kluar setakat ini...

no. Item Price Total (after discount)
1 Rubber cotsh 15.90
2 mitten & booties 7.90
3 mitten & booties 9.90
4 Plain towel 14.70
5 Face towel 3.90
6 Long sleeve Vest 3.90
7 KIKO baby 17.90
8 Blanket hood 21.90
9 Blanket 24.90
10 Long sleeve Vest 7.90
11 legging NP 7.50
12 jumper NP 12.90
13 jumper NP 17.90
14 ANAKKU napkin 21.90
15 Drypers Newborn 17.30
16 Binder Vel 5.90
17 cotton buds 2.90
18 lock pin 3.50



196.15
19 Pureen wear B/B 4.50
20 B.KIKO toiletries 12.90
21 pegion wear 12.45
22 cuddles wear 15.45
23 pegion wear 12.45
24 pegion wear 12.45
25 B.KIKO wear 14.31
26 pureen accessories 6.00
27 anakku wear 11.61



102.15
28 assorted basic wear 10.96
29 cotton balls 5.86
30 East Island Mar 21.16
31 Facial cotton pad 3.74
32 4 oz bottle 5.86
33 4 oz classic 6.71
34 nursery brush 6.20
35 JB lotion aloe vera 14.36
36 feeding 7.56
37 nose cleaner 6.71



95.60
38 Binder 5.90
39 binder 5.90



9.45
40 Mosquito net 18.90
41 powder puff 9.50
42 2pcs nano 10.90
43 Maternity pad 6.90
44 Face towel 5.50
45 face cloth 9.90
46 BEBE wet wipes 9.90



60.75
47 Tollyjoy Breat pump 99.90



99.90
48 GAP hat 3.90
49 GAP in Romp 20.00
50 GAP Assorted Rompers 16.00



39.90
51 Bumblebee Dimple pillow 10.90
52 Bumblebee Comforter 52.90



63.80
53 Playpen 216.20
54 liquid detergent 14.90



231.10
55 Johnson Baby travel kit 7.90
56 yu yee oil 5.20
57 baby love towel bib 12.51
58 bumblebee nursing pillow 53.83



79.45
59 Bumblebee playpen matress 69.00
60 Bumblebee pillow set 34.00



103.00




61 Sweet cherry Car seat 133.00



133.00



1,214.25






Itu saja setakat ini... banyak jugak dah spent. Ingatkan takkan cecah 1k.. hahahaha... huhuhuhu..

Wednesday, March 18, 2009

Buku Catatan Mama

Walaupun saya pegi check up kat spital semi gomen, saya tak de kad merah (kad ko-op) macam ibu2 yang lain yang pegi sepital/ klinik kerajaan. Ini disebabkan segala butir/ data/ info pasal saya disimpan di dalam sebuah folder kuning oleh pihak sepital. Yang saya ada cuma kad biru yang mengandungi butir2 appoinment sahaja. Jadi untuk mengelakkan kena mengingat terlalu banyak benda (biasanya kalau pegi jumpa doktor GP klinik biasa, derang asik tanya soklan yang sama je), saya pun mula buat buku catatan sejak dari awal lagi. Walaupun nampak mcm tak penting, tapi saya bukannya peknen selalu, jadi apa salahnya saya catit segala sebagai kenangan.. kan??
Terminat la sangat dengan deco kat depan buku nih. Saya pun beli la... tapi ada kaler pink je, tak kisah la..

Weekly weight... ye ye... berat dah ni... tatau bleh balik ke 45kg ke dak... hahahaha...


Segala receipt and ultrasound picture and question/ answers semua saya tempek kat dalam ni..


No. giliran pun nak simpan.. kekekeke...


Bukan takat receipt spital jek, receipt beli barang baby pun simpan.. semua tempek kat dalam ni.

Baby kick chart, TODO list, TO PREPARE list, check list semua ada kat dalam ni.

Selain tu, ada jugak nota2 kuliah pendidikan ibubapa, HOW TOs, steps, tips, dan macam2 lagi la yang saya takut saya terlupa.. saya catit je kat dalam nih.... Diary? No no no... organizer lah! Hahahaha.... (apa kelas panggil diari kehamilan?? kekekeke )

Tuesday, March 17, 2009

Week 36 - Melon between my legs





Cepatnya masa berlalu.... cuti maternity pun tak apply lagi. Tatau nak apply start from bila sebenarnya.. badan ni dah tak larat nak pegi keje.. duduk lama2... tapi kalau amik cuti awal, kena dok sensorang pulak kat umah... lagi bosan, kan?

Baby progress ok... aktif time siang, just kekadang je aktif time malam. Dah tak byk space dalam prot ni utk dia bergerak banyak, just same kick and punch kat same place.. dah bleh agak dia nak gerak cemana.. Kick chart still buat. Semuannya 10 kicks within 10minutes.. ok la tuh.

Ujung minggu ni kena travel balik kampung lagi... 3hours journey.. adeh.. dah terasa lenguh belakangnya... masalahnya, saya dah mintak cuti Jumaat ni, tapi hubby tak mintak lagi.. sebab dia ada project nak kena siapkan.. sian hubby, banyak keje. Kalau hubby tak dapat cuti, terpaksa la saya cari alternatif lain nak balik kampung, naik bas ke... naik bas? Buleh ke??? Hahahaha...

Tuesday, March 10, 2009

Week 35 and 4 days - Antenatal check up

10 March 2009 - Saya dijadualkan untuk suntikan Anti Tetanus (ATT) kedua hari nih. So dah ready nak lenguh lengan kiri selama 2 hari. Seperti biasa, sampai di Antenatal Klinik, Ground floor Wad Bersalin PPUM kul 8am, amik number untuk urusan pembayaran. Tunggu tak sampai 10 min, number dah dipanggil.. hubby tak muncul2 pulak, tadi dia drop saya and pastu gi parking kete.. mesti tgh cari parking agaknya. Tak pe lah, saya proceed je la dulu.. Dah bayar bayaran rawatan susulan sebanyak RM6. Lepas tu kena ke ruangan menunggu B untuk check up routine.

Urine dipstix: OK - Normal
Weight: 64.5 kg (last visit was 61.2 kg)
B/P : 128/ 78 - Normal

Lepas check up routine, saya SMS hubby cakap saya dah nak gi cucuk ATT kat bilik no.9. Kot2 la hubby datang cari saya kat ruangan B pulak nnt. Cucuk ATT tu sekejap je, saya pun tak perasan bila nurse tu start cucuk.. sibuk bersembang ngan nurse tu.. hehehe.. Lepas cucuk, saya tunggu depan bilik doktor pulak. Saya SMS hubby lagi, bgtau saya kat depan bilik doktor. Tak lama lepas tu baru nampak hubby masuk situ... ingatkan hubby dah gi keje trus tadi... sebab dia tak reply pun SMS2 saya. Hubby kata dia dah SMS manager dia, kata sampai opis lambat sket pagi nih... ooohh.. so bleh la hubby temankan saya masuk jumpa doktor jap gi. Bleh la tulis nama hubby kat dalam Time Slip.

1072 - bilik 5. Hmm.. doktor mana agaknya kali nih? Doktor perempuan muda, Dr. Zahrah namanya. Dia tanya: "Rasa tak baby kicking?" "Rasa, selalu." jawab saya. Dia suh baring, nak check prot. Dia bagi dengar heartbeat baby. 140. Dia sukat prot, pastu dia tekan2 rasa2. "Apa position baby nih doktor?" saya pulak tanya doktor soalan. "Kepala baby dah ke bawah dah... dah masuk sikit." "Tak payah buat appointment ultrasound ke doktor?" "Biasanya kiter ultrasound masa baby kecik lagi je.. skang dah besar, susah nak nampak apa pun..." "Oooo... "saya angguk je. "Ok, kiter jumpa lagi 2 minggu, masa tu dah cukup bulan.. then kiter jumpa tiap2 minggu ye.. vitamin ada lagi?" "Ye, vitamin saya cukup lagi, doktor. Mintak Time Slip ye doktor, ngan husband saya skali... ni no. IC husband. Terima kasih ye."

Lepas selesai jumpa doktor, saya ke Kaunter 3 kat depan untuk set next appointment lagi 2 minggu. So, my mext appointment will be 24 March 2009. (lepas kenduri kawen Ida kat KK). Time slip doktor bagi sampai kul 10am, masa tu baru kul 9.05am hehehe.. rayau2 jap ngan hubby sebelum amik kete kat parking and balik opis...

Jadi jumlah check up kali ini ialah: RM 6 sahaja. Hehehe...

week 35 - Alamak! Alamak! Alamak!

Jumaat, 06 March 2009 kena balik Kuala Kangsar pasal ada kenduri kawen kazen. Sebelum balik tu timbang: 62kg... ok la tuh... Sebelum balik tu jugak ada beli sehelai baju besar kat pasar malam, kononnya nak pakai masa kenduri tu nnt la.. besar baju tuh, saiz 42.. sebab beli kat pasar, malam so lepas beli balik la baru nak test.. masuk2 je dalam baju tu.. alamak! sendatnya.... ngam ngam aje... ala.. segan pulak nak pakai masa kenduri tu nnt... So bawak jugak la baju2 yang biasa pakai gi opis tu, just in case kan. Buat spare. Memang pakai tu je la pun sepanjang time kenduri, tak jadi le pakai baju baru beli tu.. :P

Masa kenduri tu, as usual, saya menyelit jugak la nak amik gambar pengantin. Amik gambar pelamin ngan bilik pengantin.. 5 minit je, tak tahan panas + ramai orang kat dalam umah. Time nak kluar, cari2 sandal Bata Comfit coklat bertali itam saiz 8 dah tak ada pulak! Alamak!! Sandal dah ilang... Hubby pun try le jenguk2 kot2 ada orang tersarung sandal saya... Siap suruh DJ buat announcement cari kot2 ada orang tersalah sarung sandal... tapi apakan daya.. yang tinggal hanya la sandal Bata Comfit coklat bertali maroon saiz 6! Mesti org ni sedap2 je pakai sandal saya yg luas dan nyaman itu. sakit kaki saya sebab terpaksa menyelitkan kaki yang besar ini ke dalam sandal saiz 6! Lepas kenduri, hubby ajak gi beli sandal lain, kat kedai Bata. Kesian sangat dia tengok saya jalan terhencut2 dengan sandal tak cukup panjang dan melukakan kaki tuh.
pic 026
Mak buyung yang kehilangan sandal (the best I ever had plak tuh).. pinjam slipar hubby, hubby pakai trompah.. wakakaka..

pic 029
Masa DJ tgh announce pasal sandal ilang...

pic 107
Berpeluh-peluh mak buyung ni... lencun dah...

Lepas habis kenduri saya balik semula ke KL awal, sebab nak elak jem dan dapat rehat 1 hari sebelum appointment check up kat ante-natal clinic 10 march. Memang tidur je 1 haru nak ilangkan penat... nak masak pun malas, mkn kat luar jek. Saya makan McChiken sebijik, double cheese burger sebijik... malam mkn nasik lauk sardin. Lepas tu timbang... 64 kg ! Alamak! Esok nak check up pulak nih..

Week 34 - Moving again

Minggu ni kelam kabut sket..
Hari tu pindah menumpang ke opis orang kat Tropicana... skang kena pindah balik phileo... dah le keadaannya sangat tunggang langgang..
Penuh dengan kerusi meja, sampai tak de tempat nak duduk. Berhabuk dan berdebu, sampai susah nak bernapas...

Dah le dengan network blom configure lagi... dah le dengan gaji lambat nya lagi... macam mana nak gi shopping nih?



Baby pun dah berat (ntah brapa la berat dia agaknya...) makin kurang ruangan untuk bergerak di mana kalau dia bergerak, akan kelihatan lah ombak2 diperut dan saya terpaksa menahan kesakitan sebab kulit meregang. Kaki ke tuh? Siku ke? lutut ke? pungkur ke? apakah yg terjojol itu? Itu lah persoalan yang selalu ditanya bila baby buat pergerakan. Tulangnya keras, kalau nak bangun dari duduk/ baring... kena perlahan-lahan... kalau laju2 nnt lutut/ siku itu akan tercucuk organ dalaman (hati? limpa? buah pinggang? peparu?) saya.. sakit deh... Slowly lah... tinggal beberapa minggu je lagi, kan? kan? kan?