Kalau angkat kaki mcm ni ada 2 makna: satu nak poo poo (angkat kaki + ada bunyi + ada bau), satu lagi dia ajak play.. dia suka main ngan bantal peluk.. tapi dia pegang dengan kaki, bukan ngan tangan. Tangan stay genggam.
Sudah berani (sikit) membuka genggaman tangan untuk memegang benda2 yang menarik yang dihulurkan kepadanya sahaja. Tak menarik, dia tak nak pegang. Genggam jek jari2 tuh. Dia geli kat tapak tangan, suka geletek tapak tangan dia masa urut2 lepas mandi.
Selebihnya, pandai tunjuk perasaan.. nangis kuat kuat mcm ada orang pukul dia. Padahal tak de apa pun... lambat bagi susu jek. Suka naik kete, tapi tak nak duduk dalam car seat, nak berdiri sebelah Papa sambil mulut buat bunyi 'aaboo aaboo'. (bawak kete la kunun, siap ngan kaki skali tekan minyak).
Jadi lah. Asalkan dia bahagia sudah....
Jadi lah. Asalkan dia bahagia sudah....
betul2 asalkan bahagia sudoh....
ReplyDelete