Wednesday, July 29, 2009

Kamera Papa ... ada.. eeeeeee... takutnya !!!!

Hobi menangkap gambar ni kekadang terbawak2 sampai termimpi-mimpi. Specially bila kiter kena tangkap gambar hantu yang mukanya memang menakutkan. Bukan buleh main tangkap jek, timing kena betul.. baru hantu tu mati. Contohnya, kena fokus kat muka hantu masa dia nak menerkam ke arah kiter. Tak buleh pakai kamera biasa, sebaliknya kena pakai kamera obskura. Ini la namanya Fatal Frame III, The tormented.

Hantu ni asalnya tunduk, tapi masa nak tokak dia akan angkat muka. Masa fokus dah kaler merah (masa tu hantu dah dekat sgt dah) baru bleh tekan shutter. SNAP!!! Hantu tu pun menjerit kesakitan dan tertolak ke belakang sket dan memberi peluang untuk kiter lari atau charge kamera.

Ni la keadaannya bila kiter tgh tunggu fokus tu merah. Sementara hantu tu datang semakin dekat. Siap bawak parang lagik.
Ni rupa pakcik hantu tu dalam kamera, masa ni blom fokus merah.. tak bleh snap lagi, kena tunggu dia mai dekat sket. Tangan dah ketar2 dah masa ni...

Ni hantu berdiri kat belakang, dia hulur tangan letak atas bahu.. Seramnyaaa!!


Ni tengah menyorok masa Boss Hantu lalu. Pesal nyorok? Pesal Boss ni power, elakkan dari bertembung ngan dia.. kena tokak kang, sia2 je life ilang.

Dalam Manor of Sleep... Tengah2 menyuluh2 meraba2 di dalam kegelapan.. Hantu pun terjongos pulak kat bilik sebelah... Jatuh jap jantung..

Hantu pompuan terbang turun dari tangga... Apa tunggu lagi.. LARI !!!

Papa main game Fatal Frame III ni time siang jek. Time malam dia tak berani main (Mama pun tak bagi, co-pilot pun takot gak). Papa pegang kamera, Mama guide and Aleesya tengok jek.

Mama: E-Cha... takut ke?
E-Cha : pfffft..!!! (berbuih mulut)

Mama: E-Cha, Papa tangkap gambar apa ? Gambar Hantuuuuu.... Heee Heee Heee... (sambil buat muka huduh dan tangan cakar2 angin [macam hantu Jgn Pandang Blakang tuh] ).
E-Cha : (Senyum pas tu ketawa... mata tengok aksi Mama)

Mama: Heee... Heee.. Hee... (buat muka huduh dan tangan cakar2 lagik)
E-Cha : (Mata tak tengok Mama, sebalik nya terus ke BELAKANG Mama..)
Mama: E-Cha tengok apa tuh ??? Ada sekor kat belakang Mama ke ???
E-Cha : (Senyum dan ketawa.. mata still pandang kat belakang Mama)
Mama : Oh Sh*t... mata dia mata obskura.. dia kan still bleh nampak.....

Monday, July 27, 2009

Taufan dah abis, hujan masih blom reda..

Baca magazine Mami & Baby

Main rubber duckies + rubber chick + rubber dolphins


Dah meniarap ke? Oh jawapannya BELUM. Aleesya blom pandai mengiring pun lagi. Yang ni Mama yang tirapkan.. sebab Aleesya suka menirap.. hari-hari nak menirap..cuma tak reti mcm mana nak menirap..
"Buat apa belajar cemana nak menirap kalau ada orang lain buleh tirapkan kiter secara automatik, kan???"

Dalam kete tengah tunggu Papa beli makanan kat pasar malam

Saya selsema.. saya suka tempek kool fever nih.. supaya idong tak tersumbat..

Muka chommm pasal selsema...

Kiter minum dulu !!!

Sebenarnya saya baru je habiskan sebotol susu... tapi tengok Mama teguk susu kotak ni mcm lazat jek, saya pun nak jugak..
-Kotak dah kosong, Mama dah teguk habis da.....

Mama masih banyak keje, tapi dia dah tak bad mood sangat dah.. Kesian Mama, saya selalu kacau dia kalau dia nak buat keje kat rumah... hehehehe..

Monday, July 20, 2009

Eh.. eh.. kena tag plak..


Mekaseh la kat Ina Bebeh sebab susah2 je bg award (and tag pulak lepas tuh).. 2-in-1 nih.

Saya copy & Paste je nih yek? Hehehehe.. (angin malas sudah datang)

Rules:
1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

15 ???!!! Uih banyak tuh. Mana la saya ada sebanyak 15 link. kekekeke..

Ok, skang tagnya pulak...

Apakah perasaan anda?
Penat + sakit kepala + fed up + marah + benci + sakit hati + tak puas hati + maki hamun dalam hati + rasa nak menangis tapi cam terbuku dalam hati.

Saya
nak makan....
1) Laksa
2) Gulai keladi
3) Gulai rebung
4) Gulai remunggai
Tapi kesemua di atas saya tak leh makan lagi, sehingga lah Aleesya umur setahun.. Apakah ???!!

Saya tak suka...
Bau asap rokok + perokok, petai + jering dan yg sewaktu dengannya.

Impian saya...
Saya nak hidup senang, aman dan damai.

Haiwan yang saya tak suka...
Haiwan liar lah.. kalau jinak saya suka..

Harapan saya...
Saya harap apa yang saya buat sekarang membuahkan hasil di masa akan datang. Saya harap saya boleh menjadi Mama yang baik, isteri yang rajin memasak.. akakakakaka.

Jika masa boleh berputar...
Saya nak balik ke zaman saya berdua je ngan hubby.. huhuhuhuhu.. bleh kuar dating hari2, gi tengok wayang (midnite terutamanya), bleh gi bercuti kat pulau-pulau yang cantik, bleh gi snorkeling, bleh kuar lepak ngan kengkawan sampai pukul 3am, bleh gi spa urut2 badan dan kaki. Oh rindunya ....

Hp saya adalah...
k800i cyber-shot yang hubby (masa tu boifren lagik) hadiahkan masa anniversary tahun 2006. Sampai skang ok lagik, tak tau nak tukar pakai tipon apa.

Saya pernah bercinta sebanyak...
3 eh 4 eh 5.. cinta monyet kira ke? Hehehe.. bercintanya banyak, tapi saya tetap setia pada yang satu.. dari 1996 sampai skang dok bercinta lagik. Kekekeke..

Saya suka pada...
Kedamaian.. Laut yang airnya jernih menghijau.. pantai yang putih bersih.. hotel 5star yang mengadap laut. Kekekeke...

Kawan2 saya ada...
Ramai gak la.. tu pun jumpa balik dalam Facebook. Kekekeke.. Saya ni pesen suka cari kawan baru.. kawan lama2 yang tak brapa best tu, saya cepat je lupa. Hehehehe..

Pernah dikhianati?
Pernah.. dikhianati bos, rakan sekerja yang resign tiba2 dan meninggalkanku dengan kerja tak siap yang bertimbun2.. Dikhianati oleh bangsat-bangsat di NST yang tahu komplen jek..

Apa yang anda mahu lakukan kepada orang yang khianati anda?
Saya nak sepak telor dia kuat2 sambil tarik sideburn dan pulas nipple dia. Saya doakan semoga dia mati eksiden dan dimakan anjing. Doa orang yang teraniaya ni, biasanya makbul. Kejamkah saya??

8 orang yg kena tag: saya terlalu EMO dengan post kali ini. Lenkali la saya tag, tak de mood la skang. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Majulah tag untuk negara.


Tuesday, July 14, 2009

100 !!!!

Ye, hari ini umur budak kecit ni dah 100 hari...




Ni gambar2 kat Taman Burung (KL Bird Park) masa pegi BirthDay Party Aiman & Arif, hari Ahad (12 July) lepas..

Friday, July 10, 2009

Ichi Michi Mijels got Mi...




Hi,
Mi E-cha.
Mi shai..












Mi got round fes..
round ais...












en mi got mijels ol over mi bodi..
mandey onli on mai cin
den kam tu mai bodi en mai bek..
dats wai mi shai..










Dokte gev mi medisin..
kaler laik sirap.. bat ai dun laik it..
got kalamain losyen tuu..
dis wan ai laik bikos it kuls.. hihi







Si mai tami..
ol red red
mama put de losyen.
karenly mi rikavering..
les red spots..

mi hope me get wel sun..
koz mi wane go beday parti..
hihihi...

Wednesday, July 8, 2009

Cilok dari neseri


Ada satu hari tu, teacher Aleesya tunjukkan gambar2 toddlers kat Photo Gallery yang berupa softboard yang mengandungi gambar semua children yang ada kat neseri tu, termasuk la Aleesya. Ewah ewah... bukan main dia senyum. Teacher kata masa gambar ni diambil (17 June, Aleesya baru 8 hari [5 + 3] kat neseri), teacher tengah read her a story. Tu yang dia bleh tersengih camtuh.


Aik?? Berbedung pun bleh senyum lagi?? Kalau kat umah, baru nak bedungkan, dah melalak cam ngan hapa... Then teacher pun bagi la Mama satu gambar dia (yg diatas), buat simpanan/ tatapan Mama. Ngeeehehehehe....

ps: Mamanya tangkap gambo rajin, nak print maleh... hu~~~~

Monday, July 6, 2009

3 bulan sudah budak ini..

Selalu jelir lidah..

Pandai la senyum, kat perkara2 yang dia rasa menggembirakan sahaja

Pandai buat buih banyak-banyak...

Pandai hisap puting NUK... lega la saya sekejap..

Kalau angkat kaki mcm ni ada 2 makna: satu nak poo poo (angkat kaki + ada bunyi + ada bau), satu lagi dia ajak play.. dia suka main ngan bantal peluk.. tapi dia pegang dengan kaki, bukan ngan tangan. Tangan stay genggam.

Sudah berani (sikit) membuka genggaman tangan untuk memegang benda2 yang menarik yang dihulurkan kepadanya sahaja. Tak menarik, dia tak nak pegang. Genggam jek jari2 tuh. Dia geli kat tapak tangan, suka geletek tapak tangan dia masa urut2 lepas mandi.

Selebihnya, pandai tunjuk perasaan.. nangis kuat kuat mcm ada orang pukul dia. Padahal tak de apa pun... lambat bagi susu jek. Suka naik kete, tapi tak nak duduk dalam car seat, nak berdiri sebelah Papa sambil mulut buat bunyi 'aaboo aaboo'. (bawak kete la kunun, siap ngan kaki skali tekan minyak).

Jadi lah. Asalkan dia bahagia sudah....

Friday, July 3, 2009

Demam pulok budak ini....

Masa ni suhu badan dia 37.5. Tempek Kool Fever kat dahi nak turunkan suhu. Kesian dia.. lembik je... tido jek. Minum susu pun tak nak..

Masa ni dah ok sket dah, suhu dah turun, tapi dia still resting...

Suhu dah normal... 36.0. Phew....

Dah ok, dia dah senyum kat Mama... kalau tak masam jek, merengek je dia.. Cian dia kan???

Hari Khamis dia tak gi skool, Mama pun tak gi opis. Hehehe.. Jumaat patutnya gi cucuk tapi pospon lagi pasal dia demam. Walaupun demam dah ilang tapi badan dia still lemah. Hari Jumaat dia gi skool, tapi teacher kata.. dia tido jek, minum susu pun tak nak. Minum air kosong jek.. Sakit tekak kot...

Uhuk.. uhuk... uhuk... alahai.. Mama pun batuk2 jugak sebenarnya. Agak2 jangkit dari saya kah? Hmmm rasa bersalah sungguh.. :(