Sunday, February 15, 2009

Week 32 - A Romantic Valentine's

14 Feb - Valentine's Day. Hari di mana orang selalu dapat bunga, chocolate, hadiah dan kad kad ucapan yang romantik. Tapi kali ni plan Valentine's Day saya lain sedikit, takde bunga.. tak de chocolate, tak de card... tapi masih romantik. Saya dah book semua ni sejak 30 Jan lagi.. hehehehe.


Pagi tu bangun awal, kul 7am sebab kelas ni start kul 8am... Dah sampai kat PPUM, hubby drop saya kat Bangunan Rawatan Utama dulu, dia gi park kete. Hari minggu Bangunan ni tutup, kalau hari weekdays, sinilah paling busy sebab ada bahagian Pendaftaran, Pesakit Luar dan Farmasi. Trus amik lif ke Tingkat 2, and ikut signbod untuk ke Dewan Pulasari. Ada meja pendaftaran kat luar dewan. Saya dah memang dah bagi nama awal2 dulu, so just tinggal nak bayar je. Saya serahkan Kad Biru, sebab dia nak chop "Hadir ke kelas Pedidikan Kesihatan". Hehehe.. Tunggu hubby sampai sebab nak 'paw' hubby RM50, bayaran untuk 2 org utk kelas ni.

8.01am - kami melangkah masuk ke dalam Dewan Pulasari. Couple pertama yang sampai rupanya. Orang lain blom sampai, or tak jumpa dewan kat mana la tu. Dah lama tak dok dalam dewan kuliah camni... teringat masa dok kat U dulu. Dok sebelah ngan hubby jugak masa lecturer ngajar.. hehehe. Hubby pulak tak habis2 menguap... sian hubby kena bangun awak pepagi Sabtu.
Dalam dewan kuliah tu ada projector, ada katil yang penuh ngan baby (doll), ada bakul yang penuh ngan breast, ada meja yang ada baby bath tub, changing matress, baby powder, cotton wool, dan peralatan mandian baby yang lain.
Dolls untuk prektis breastfeeding, changing diapers, mandi dan sebagainya. Yang dalam bakul tu semua breast squishy2. Sebelah bakul tu pulak, pelvic bone.. untuk demo proses pelahiran. Katil tu leh adjust baring/duduk.. untuk demo breastfeed sambil baring, and proses pelahiran nanti.
Lampu kat dalam dewan ni cam kelam2 sket.. ye la.. nak pakai projector kan.. kang tak nampak display pulak.
Sebelum kelas bermula, setiap couple yang datang di beri 'seorang' baby (doll), dan 2 breasts, satu untuk wifey pegang, satu lagi untuk husband pegang. Husband pun kena take part jugak dalam kelas ni. Mulut baby kitaorang comot kena marker dari nipple breast tu (nipple ngan areola dikalerkan dengan marker hitam/ coklat). Ye lah.. kan nak kena tickle nipple kat bibir baby sebelum baby open wide, kan?? Baby lain pun mostly mulutnya comot kena marker jugak... Lepas dibogelkan, oh! kami dapat baby girl! Hahahaha...

Kelas ni tak formal sangat.. ada lawak.. tak buleh segan/ malu-malu.. kalau ada apa yang tak tahu, angkat tangan trus tanya jek.. tak payah tunggu sampai akhir kelas. Ada lebih kurang 13 couples yang hadir. Semuanya sporting, suka volunteer bila kena demo kat depan stage. Semua sempoi2.. ada malays ada chinese and ada 1 couple foreigner. Memandangkan ada foreigner, kena la dwi bahasa.. but mostly, cakap melayu jek. kekeke.. senang nak explain.

Masa kat meja pendaftaran tadi, ada dapat goody bag ada corak2 tenun, file, freebies, discount vouchers and beberapa brochers..
Secara ringkasnya, apa yg saya blaja kat kelas tu:

  1. 8:35am - Penyusuan susu ibu
    • Kepentingan susu ibu terhadap Ibu dan Anak.
    • Tenangkan fikiran, sokongan dari suami dan keluarga. Mind setting, semangat jitu..
    • Cara memegang baby - cradle hold, cross cradle hold, football hold..
    • Cara breastfeed yang betul - Pegangan C, baby tummy-to-tummy, tickle, open wide..
    • Cara perahan dan penyimpanan susu yang betul. - untuk working mommies, daddy pun kena..
    • Cara urutan yang menenangkan - daddy kena urut blakang mommy.

  2. 10:30am - Break. Bihun goreng, karipap, buah betik, air milo. Makan sambil tonton video about breastcrawl.

  3. 11:00 am - Labour and Birth - A Unique Experience. (Proses Pelahiran)

    • Kemasukan ke hospital - Bawa apa? Bila? Ke mana? Kepastian dalam proses pelahiran, enema...
    • Peringkat pertama - Ngiring kiri, breathing technics (tarik nafas dalam dan panjang)
    • Peringkat kedua - Teknik meneran semasa kontraksi, rehat antara kontraksi..
    • Peralatan dan lain2 - Demo: Epidural, Entronox, forcep, vacuum.

  4. 12:30 pm - Take 10 (break)
  5. 12:45 pm - Penjagaan Selepas Bersalin
    • Penjagaan Ibu - pemakanan, kebersihan luka bersalin, senaman...
    • Penjagan Bayi - pemakanan (susu ibu), kebersihan - cuci muka, cuci kepala, mandikan baby, cuci tali pusat, membedung, menukar lampin...
    • Tanda2 kecemasan dan rawatan segera..
Kelas habis dekat2 kul 2pm... sarapan je disediakan, so tak de la makan tengahari. Dengan ilmu penuh di dada, kami pun mengucapkan terima kasih kepada kaunselor-kaunselor yang banyak membantu, termasuk la Timbalan Pengarah Unit yg kebetulan datang melawat jugak hari tu, dia pun dari Gynae and Ob jugak. Semua persoalan dah terjawab, siap ada demo cemana nak push semua.

Tahap confidence saya pun semakin stabil la.. ye la.. kan tinggal lagi 8 minggu je nih.. perasaan takut tu memang ada la kan...? Tambah2 mak saya tak ajar pun mende2 ni semua... sebbaik la ada kelas.. kurang2nya tak de la saya ngan hubby terbangak-bangak nanti.

4 comments:

  1. push anis pushhh!!!yea kuar baby girl hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha... nanti dah belajar pun bila praktikal kekadang pun lupa gak. to breastfeed, once u do it, you'll find the best position for u and your baby...

    ReplyDelete
  3. hahaha... kena beli la doll sebijik, prektis kat umah.. takut terlupa plak nnt kan???

    Hehehehe...

    ReplyDelete
  4. insya allah bila tiba masanya dia akan naturally boleh je...masa eusoff dulu tak de siapa pun ajar mimi sendiri je. :) alhamdulillah sempatlah setahun dia menyusu badan itu pun sebab mimi dah pregnant 3 bulan.

    ReplyDelete