Thursday, January 29, 2009

Week 29 and 5 days - GCT and ATT

29 January 2009 - appointment check up kat Antenatal Clinic, PPUM lagik. Just hari nih, berdebar sket pasal tau kena buat GCT (Glucose Challenge Test), amik darah lepas minum air glukos. So, malam tu memang tak bleh tido la... terpikir macam2.. ye ye.. saya memang penakut kalau bab-bab amik darah ni..

7.45am - Amik number untuk bayar duit Rawatan susulan = RM6.
8.15am - Ke Ruang Menunggu B untuk check up rutin. Masuk kad Biru dalam kotak and tunggu.
8.17am - Hari ni dah bwk sample urine dari umah, so nurse tu puji la sket.. "Very good... " katanya.

Urine dipstix test = OK - normal.
Timbang berat pulak, 59.0 kg.
B.P. = 123/68 - Normal.

8.40am - hubby nak gi keje dah, tinggal saya sorang2 kat spital. Hubby kata nnt dah siap semua, call. Hubby datang amik.

9am - Ingatkan nama nak kena panggil untuk GCTest. Rupanya folder saya dah masuk bilik doktor. So lepas jumpa doktor baru buat GCTest. No. 3114, bilik 2. Doktor perempuan Melayu pulak, agaknya Dr. Lee bilik no. 12 tu cuti CNY lagi kot. Doktor pun pelik, pesal tak dipanggil utk GCTest. Tapi dia kata, lepas jumpa dia nnt buleh gi Bilik No.9 untuk buat GCTest. Sekarang dia nak saya gi baring. Dia check perot, amik measurement, pastu bg dengar heartbeat baby pakai doppler. Kuat betol heartbeat tuh. Lepas tu dia kata saya dah bleh cucuk ATT (Anti Tetanus) hari nih. Dia bagi prescription vit and Folic Acid. Lepas dah amik darah nanti, jumpa dia untuk amik Time Slip. Then jumpa lagi in next 3 weeks. Saya pun catit la... GCT, ATT, time slip.
9.14am - Dengan borang GCT ditangan, slowly saya berjalan ke bilik no.9. Ada sorang staff nurse tengah bancuh air glucose. Dia senyum, amik borang then bagi saya secawan air glucose.
"Eh, susah-susah je bancuh air." Saya melawak je, sebab senyap sangat kat dalam tu. Nurse tu suh saya duduk minum kat dalam bilik. Ada lagi 2 orang tengah minum kat dalam bilik tu, sorang tu dah wek wek wek minum air glucose tu. Teruk sangat ke rasanya? Hmm.. saya tanya kat sorang lagi yang tengah minum dengan perlahan.. "Sedap tak?" "Manis..." katanya. Dengan lafaz Bismillah, saya pun cuba la teguk air glucose suam tu. Loh... SEDAP! Rasa Milo. Sekejap je saya abis kan. Tak la teruk sangat rasa dia... saya start minum tadi 9.15am, so kul 10.15am nanti saya kena datang balik ke bilik no.9 tu untuk amik darah.

9.18am - Saya lupa pulak kat mana tempat untuk cucuk ATT. Saya kluar gi kaunter tanya, kat mana tempat cucuk ATT? Bilik no.9. Oh? Bilik no.9 jugak... patut la saya nampak folder saya kat situ tadi.. hehehehe.. saya pun pegi la balik ke Bilik no.9.. kali ni untuk cucuk ATT pulak. Sebelum kena cucuk kat bahu, nurse tu terangkan pasal ATT injection nih. Saya akan dicucuk ATT ni sebanyak 2 dose. 1 hari nih, dan satu lagi sebulan dari sekarang. Lepas tu, ia tahan selama 3 tahun. Tak payah cucuk dah. Memandangkan saya right handed, dia cucuk bahu kiri lah, sebab akan lenguh katanya.
9.25am - Selepas bahu kiri dicucuk, nurse tu kata kalau nak ilangkan lenguh, nanti balik, taruk ais cepat-cepat. Tapi saya kena tunggu lagi 45min ni, untuk amik darah. so saya pegang je la dulu kapas basah tu kat bahu kiri. Lenguh. Bila dah kurang lenguhnya, saya pun duduk layan DS dulu.. sementara nak tunggu kul 10.30am.. susah jugak nak main DS sebelah tangan. Hehehe..

10.15am - Saya kembali melangkah ke Bilik no.9 untuk amik darah. Ada 2 orang tengah tunggu turn, saya duduk dulu. Tunggu. Doktor perempuan Cina yang amik darah tu peramah, sembang2 dulu sebelum dia nak cucuk. Tak de la main cucuk jek. Dah sampai turn saya, saya hulur tangan kiri yg baru kena cucuk ATT tadi. Saya sebuleh2nya tak nak pandang ke jarum tuh, saya sibuk belek gambar ultrasound baby saya Sabtu lepas dalam buku catatan. Ok, dah siap! Cekap jugak doktor ni. Lega.

Setengah tabung yang masih panas...
10.20am - Saya letakkan tabung darah dan GCT form kat dalam bakul ijau. Lepas tu masuk bilik no.2, jumpa doktor untuk amik time slip seperti yang dijanjikan. Then gi Kaunter 2 kat depan untuk buat next appointment another 3 weeks and buat bayaran untuk GCT. Next appointment 19 Feb 2009.
Results GCT pulak bleh tau besok. Call je untuk tau results.
------------------------------------------------------------------------------
Update 30 Jan 2009: Results GCT semalam : Normal - tiada kencing manis.
------------------------------------------------------------------------------

So, untuk check up kali ini:

Rawatan Susulan : RM6
GCT : RM9
Ubat : RM10
Total: RM 25

2 comments:

  1. saya rasa mcm nk pengsan baca details tu..... errrrrr. Amek2 darah ni bukan faveret saya.

    ReplyDelete
  2. details sungguh hang ni no..hehhee..takpe2 bagus2..leh jadi rujukan kat org2 nk peknen or yang tgh peknen skali..hehehe..

    ReplyDelete