Tuesday, December 16, 2008
week 23 - baru baik demam
Hari Sabtu lepas dinner speghetti, tetiba nampak merah-merah naik kat prot, kat area pusat sampai ke pinggang, gatal gak la sket. Tapi tak berani nak garu. Setahu saya, sebelum ni tak de alergic makan apa-apa... Hmm.. musykil.
Pagi soknya bangun tido, tengok ada lagi merah-merah kat prot, suhu badan pun dah naik. DEMAM ????!!! TIDAKK!!!!! Tak nak la demam.... Hubby pun cepat-cepat bawak gi klinik. Dapat ubat gatal, ubat tahan sakit yg paling koman, ngan panadol yg paling koman skali.. Takut ler nak mkn ubat2 nih, tapi suhu badan makin panas, terpaksa la telan jugak panadol yang doktor bagi tadi lepas mandi sejukkan badan. Baru panas kurang sket. Malam tu tido hubby kata saya meracau2, pasal badan panas balik. Dia sumbat lagi panadol, baru diam.. berpeluh, bleh lena. Sah le Isnin ni MC.
Isnin gi amik MC, doktor check lagi ruam kat perot tu. Demam still kuat, > 39 degree C. Lepas gi klinik, makan nasik pastu operasi menyejukkan badan. Balut satu badan dengan towel-towel basah, telan panadol dan tido. Rasa cam tido atas tilam air jek..
Tapi suhu turun untuk 3 jam jek.. petang tu dah panas balik. So, pesan kat hubby, bila dia balik keje nanti, belikan saya air kelapa.
Malam tu lepas makan nasik, lepas minum air kelapa.. operasi menyejukkan badan bermula lagi. Kali ni lebih extreme. Pasal hubby pakai air ais dari dalam fridge untuk rendam towel-towel tu. Lepas tu dia bilas towel-towel tu dalam air sejok setiap 10 minit. Terketar-ketar saya tido bawah kipas yang dipasang full, dengan towel-towel ais tu. Pukul 12 tgh malam pun hubby still setia membilas semua towel ais tu. Ntah brapa kali dah isi air ais, saya lost count.. saya tido je. 12.15am hubby check kata pinggang ke atas suhu badan still panas. Hubby tanya nak gi spital tak? Dia nak hantar gi emergency. Pastu biar doktor cucuk drip, masuk air. Tinggal kat ward 2-3 hari. HAH??? Tak nak. Apa option lain yang saya ada? Hubby suruh saya gi bathroom, dia siram kepala saya dengan air sejuk. Macam Mat Ganja ketagih dadah kena dimandikan pulak... memang sadis.. hubby kejam!!! Kekekeke...
Lepas dibasahkan kepala saya dengan kejamnya, hubby suh makan panadol tadi and tido dalam towel basah. Pagi soknya, saya terjaga pukul 7.15am.. badan tak panas dah.. tak de pulak terjaga2 kepanasan. Mungkin demamnya dah ilang. So, kena la memaksa diri pegi keje pagi Selasa ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment