Monday, September 6, 2010

Setem oh setem

Semua dah sedia maklum, dizaman ICT ni mana ada orang nak hantar kad raya lagi dah kan... Tu yang jadi sangat seronok nak mengepos dan menerima kad raya.. sebab RARE... jarang orang buat. 
Dulu kecik2 kat skola ada jual kad raya lambak atas meja kantin... murah-murah je... suka beli byk2 untuk bagi kat kawan-kawan... and sampai sekarang, masih lagi menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia untuk hantar kad raya kat kengkawan... traditional, kan?

Tapi lately, harga setem dah naik... Ramai yang tak amik tahu. Ye la.. orang dah kurang hantar surat melalui pos, kebanyakannya email, MMS tak pun SMS aje, lebih cepat, lebih murah. Jadi posmen-posmen yang banyak berjasa ni cam tak naik-naik la gajinya. Setelah dinaikkan harga setem 100%, baru la posmen-posmen dapat naik gaji...

Selepas Pos Malaysia mengishtiharkan tarif setem yang baru, setem untuk kad raya = 50sen (bukannya naik byk mana pon...) Setem untuk surat biasa, 60Sen (dulu 30sen).

POS MALAYSIA TAWAR SATU KADAR RATA BAGI KAD UCAPAN PERAYAAN

Para Pelanggan yang dihormati,

Mulai 1 Ogos 2010 sehingga 28 Februari 2011, Pos Malaysia menawarkan kadar istimewa 50 sen bagi pengeposan kad ucapan perayaan. Kadar promosi yangditawarkan ini adalah untuk kad ucapan pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50gm ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia. Kadar rata ini menawarkan anda penjimatan kos pengeposan. Namun, bagi kaducapan perayaan ke destinasi antarabangsa, kadar pengeposan yang dikenakan adalah mengikut caj biasa sama ada mengikut penghantaran laut atau udara.

Tapi ada jugak yang tertinggal bas.. tak tahu pasal harga baru nih, hantar kad raya dengan setem 30sen...
 Ni contohnya..

Tengok, kan dah kena chop ngan Pejabat Pos.. Sapa yang nak bayar lagi 20sen short nih? Takkan potong gaji posmen tu kot... sian kat dia..

Tapi ada jugak yang prihatin... Meletakkan setem dengan nilai yg sepatutnya.. Ada jugak yang hantar kad raya dengan 2x setem 30sen... Ok la kan, biar terlebih, jangan tak cukup.. Katanya, setem 30sen je yang banyak.. so lekat 2 lah...

Ok la... kepada sesiapa yang blom tau tu, dah tau la kan pasal tarif setem yang baru... Hehehehe...

1 comment:

  1. Saya peminat setem boleh la nk tukar setem atau poskad kalau sudi..

    ReplyDelete