Thursday, July 8, 2010

Bento #22 - Follow the White Rabbit




Hari ni ialah hari serba tak kena. Dah le bangun lambat 15minit, masak pasta - melimpah pulak dalam microwave, bakar roti (buttered toast)- roti hangus pulak sebab sebok membersihkan microwave tadi, 2 keping roti rentung gitu jek, campak lam tong sampah, rebus telur - telur crack pulak dalam periuk, bubuh telur lain - telur yang cracked tadi, elok la plak dalamnya lepas kupas.. haih. Apa lagi nak jadi lepas ni agaknya?

Nasib baik nak buat rabbit jadi jugak la. Pakai telur yg cracked masa rebus tadi. Paling susah part nak buh bijan kat mata tuh.. Fuh mencabar kesabaran sungguh! Then buttered toast tu potong je jadi bentuk2 yg agak menarik. Pasta rebus tadi, masuk dalam Cream of Chicken with pasta. Sup pulak sama cam semlm, crabstik vege soup. Dah.. tu jek...

1 comment:

  1. hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

    ReplyDelete