Ini ialah billboard iklan.
Kat simpang 3 trafik lite Seksyen 17, Petaling Jaya. Tak jauh dari Jaya One. Tak jauh dah dari skool E-Cha jugak.
Setiap pagi (kecuali Khamis - sebab ada pasar tani) lalu sini. Biasanya kena berhenti dan berbaris kat trafik lite tu, sebab trafik lite tu sangatlah cepat menjadi merah. Dan di kesempatan itu la jugak, dengan lambaian comel dan mulut yang tak putus-putus sebut HUH! dan HAH! diberikan oleh Aleesya ke billboard ini.
Siapa yang dilambainya?? Siapa yang dia nampak sampai excited camtuh?
Tu... jejaka kachak dalam iklan NIVEA Men tu lah.... Kalau tengah baring pun leh bangun duduk dan lambai.
Adeh... jejaka kachak punya pasal.... E-Cha,, E-Cha...
No comments:
Post a Comment