Monday, December 20, 2010

Vocab budak umo 1 thn 8 bulan..

Dia tengah berlakon naik bas, tu yang gayut2 tuh

Tunggu time nak jerit masa Papa amik korner dengan tajam skali. Naik roller coaster la kunun..

Badan kecik tapi berangan macam budak besar..
Kalau naik kete memang tak nak kena ikat. Boleh lupakan la seatbelt tu. Dalam carseat, dia berdiri, kalau tertido pun, berdiri la tertidonya... Kalau kiter dudukkan masa dia tertido tuh, memang automatik suis melalak dia ON.. Biar je la dia tido berdiri.. lantak kau la. Runsing nak drive kalau dia bising2 melalak melalak tuh... Asalkan dia diam... Nak tunggang terbalik, lantak pi kat dia. tamau duduk diam2. tak buleh dipegang sikit pun. bengkeng jek marah kita.

Kalau mood dia baik, dia menyanyi dan menari masa Mama tengah drive. Mama pun join skali la..

Tapi kekadang kalau dia melalak masa mama tengah driving, Mama dia bertempik balik 2x lebih kuat dari dia. Ingat dia sorang je ke boleh melalak? Mama akan pasang radio 3x lebih kuat dari suara dia dan menyanyi ikut rentak radio dan ignore je dia. Bila penat, dia akan diam sendiri. Hahaha.. padan muka. Jangan cari pasal ngan Mama. Tapi kalau Papa ada, mama tak leh la buat gini.. nanti Papa yang tengah drive tu terkejut. :p

Setakat ni ada la a few perkataan yang E-Cha bleh sebut dan bertepatan dengan konteks ayat. Berikut disertakan dengan translationnya skali...

"Papa... tit jap, Papa. Tit!" 
(Papa, turn on the radio, please..)

"Mama! Muff! Muff!" *sambil tolak2 bahu Mama ke depan*
(Mama, please move.. I want to conquer this back seats alone)

"Papa.. camni, Papa. Aaaaaaaaa...!!" 
(Papa, masa corner sila jerit macam ni, Aaaaaaaaa...!! ) 
*sebab Papa tak participate ngan Mama and E-Cha jerit-jerit dalam kete masa papa amik korner baring*

"Kloss.. kloss.."
(Close the door / the fridge door or whatever yang buleh close)

"Koko kwanchhh!!!"
(Koko Crunch !!)

"Chiiis... chiiss.."
(I want cheese )

"Arshh... Arshh!"
(Nak naik horse) *sambil tunjuk kat kuda menan*

"Throw" *buang pampers dalam bakul sampah

"Mendi.." *sambil gosok-gosok tangan kat dada*
(Mandi)

"Affuu.. hafuu.."
(Hot ! / Tiup la.. makanan panas ni..)

"Naisss !"
(Nice! / sedapnya!)

"Air.."
(Nak minum air)

"ko-ko"
(Nak biskut / nak kalsiyum )

"Tit ! Tit !" *sambil tunjuk remote*
(Turn on / off the tv) atau (Sila tukar channel nick or PHDC, saya tak tengok afc)

"Bo-Bob"
(SpongeBob)

"Moo-moo"
(Nak towel! *ada gambar lembu*)

"Kii..."
(Nak Munkey !)

"Buuum..buumm"
(Nak baring)

"Push! Push!"
(Tolak la kete ni, saya malas nak gerakkan pakai kaki)

"Noo..!"
(Tamau !!!)

"Wash.." *sambil gosok-gosok tangan
(I want to wash my hands)

"Eee.... di-ti !"
(Eee.... Dirty nya!)

"Hiii.. yo owoh..."
(Hee... Ya Allah..) *nada orang tua*

"Wok.. wok"
(I want to walk)

"Chuu.. chuu"
(Look! It's a train!)

Selain tu ada gak perkataan yang betol bunyinya macam: "shoes", "kakak", "bas", "car", "cat", "dog", "bird", "tetek", "pepet", "mommy","mama","papa","opah","nose","eyes","ball","baby", "finish", "gone", "bubble","lampu","rice" and a few single word yang lain. 

Kat umah panggil Mama, tapi kat neseri tersasul panggil Mommy (sebab teacher sebut Mommy). Apa yang orang dewasa cakap dia (macam) paham.. So kekadang Mama terpaksa berkomunikasi dengan Papa dengan ejaan, tak nak bagi dia paham.. sebab kalau dia paham kang, laju jek dia nak benda tu. Contoh: ca.. ya.. sin (cheese). kalau dia dgr kang, dan dan tu nak cheese. B.. E.. D.. (bedd = pacifier dia) jangan sebut depan dia kalau mende kuning tu tertinggal kat umah dan baru sedar tertinggal masa dah separuh jalan.. Haru.

Ada sapa2 nak ke budak ini....????

Thursday, December 2, 2010

Aleesya Meets Santa Claws

Aleesya yang telah disepit oleh Alaskan Snow Crab

Kami makan Santa Claws Sharing Platter @ The Manhattan Fish Market Mid Valley. Promotion until 2 Jan 2011
Memang marbeles la ketam dia... memang dah lama mengidam nak makan ketam.. tambah-tambah yang saiz XXL cam nih, sampai dalam sepit dia pun ada isi. Memang terpaksa mengorbankan harga diri daripada makan dengan menggunakan sudu garpu. Takkan la nak kerkah ketam pakai sudu garpu kan? Dia ada bagi gunting besar.. Gunting kan jek, lepas tu pakai jari je la nak tarik isi ketam tu keluar. Lupakan la sudu, garpu dan harga diri. Harga set ni lepas campur tax sumer = RM98.90. Bayar dengan voucher RM100. Hahahaha.. makan free... memang puas hati, memang berbaloi-baloi !!!!

Aleesya First Movie - Megamind

Actually, lepas school concert tu kami tak terus balik umah sebaliknya memanjangkan langkah ke Berjaya Times Square untuk tengok movie Megamind - yang normal je, bukan yang 3D ye... Pengalaman pertama bawak budak kecik tengok wayang.... Kami dapat 3 seats kat line PALING DEPAN. Btol-btol bawah screen. Jadi budak kecik ni, gumbira la ada kawasan luas untuk dia berlari-lari dan bermain-main. Dia tamau duduk atas kerusi yang asik nak terlipat tuh, sebaliknya dia dok atas carpet GSC tuh.



Dia pun dengan bahagianya bermain-main di dalam gelap selepas menghabiskan sebotol susu sambil tengok movie. Tengok tang awal-awal jek, dah abih susu, dia pun nak merayap. boring agaknya terbaring jek ngadap screen besar tuh, dia pun bukannya paham sangat katun apa la Megamind nih. Memang line depan sekali tu kami bertiga sekeluarga sahaja. Maka dia ingat dalam hall tu takde makhluk lain lah. TIBA-TIBA....

ada ketika part lawak, semua orang dalam hall tu ketawa... Aleesya terkejut seraya memanjat kerusi untuk melihat dengan lebih jelas apa ada di belakang kerusi dia.... Maka tersadar lah dia, yang kerusi blakang-blakang dalam hall tu memang penuh dengan manusia lain. Terus dia duduk, menyorok dan menutup mulut sambil cakap "
O-Ooh" Agaknya baru dia sedar "Ramai rupanya manusia dalam hall ni.... Malunya saya !!!!!"

Wednesday, December 1, 2010

MEPS Family Day

27 November 2010 yang lalu MEPS buat Family Day kat dalam Sunway Lagoon. Ni first time kami bertiga pegi family day, huhuhuhuhu kompeni-kompeni sebelum ni tak de family day, sadis btol. Tapi saya menumpang jek, sebab ni kompeni Papa... Tak pe, janji kiter enjoy dan happy. Ok, kiter tgk gambar la..


meps 003
Baru sampai... Registration bukak kul 8.45am. Tgh tunggu Papa amik tags and coupons

meps 004
Tak sabar nak turun bawah..

meps 009
Pose ayu la kunun..

meps 010
On the way gi surf beach

meps 013
T-Shirt sponsor. E-Cha punya xde saiz..

meps 016
MEPS Family Day

meps 018
Breakfast bihun yang disediakan

meps 019
Stage kat tengah2 air

meps 026
Makan epal yang disertakan dalam breakfast package

meps 029
tengah tunggu En.Clown buatkan pedang

meps 032
Dapat pedang belon dari En.Clown. Mulanya E-Cha takut kat clown, lama2 ok dah..

meps 042
Semua oren... E-Cha pun konpius mana satu Papa

meps 049
Poco-poco pemanas badan

meps 058
Mencari harta karun..

meps 064
e-Cha nak buat sand art

meps 066

meps 067

meps 068
Dah siap. Cantik tak ??? Sutun...

meps 073
Dia geli pijak pasir...

meps 075
Tak nak jijak pasir...

meps 091
Last-last ok jugak...

meps 108

meps 143
Face / body painting. E-Cha nak fish (dia sebut tish)

meps 152

meps 164
Body art - fish

meps 172
Tiup pelampung kete dia...AAAFFUUUUU

meps 175
Membelek fish. Kena air akan hilang jap lagi..

meps 176
Tak sabar2 dah nak naik

meps 209

meps 230
Kids pool...

meps 235
Wave pool...

meps 240
Zambazee River

meps 243
Berani la jugak.. Tapi bawah air terjun tak nak lalu...

meps 249
Laaa... dia dah lena!!!!

meps 252
Zzzzz...

meps 257
Zzzzzz

meps 269
Disebabkan dah terlena, terpaksa la angkat kluar dari air...

meps 270
Sambung tido atas darat pulak.. penat sangat kot..

meps 276
Dah tukar uniform.. Sejam gak le dia tido... Lepas tu kami sambung mandi manda balik..

meps 284
dah tukar uniform... nak gi Wild Life park

meps 288
Kat Wild Life Park

Monday, November 29, 2010

Bento #49 - Back to basics

Ramai yang tanya kenapa dah lama tak de update pasal bento... Hahahahaha... sebab semangat semakin kureng, idea semakin susut dan masa semakin suntuk... So daily, cuma bekalan bentuk basics jek... kekadang je ada warna dan bentuk bola-bola. Kalau ada masa, saya upload yang spesel-spesel yek.. :D

Thursday, November 25, 2010

EDUCARE Concert 2010

THEME : FAMILY POWER - A Tribute to all fathers & mothers
DATE : 24 November 2010
TIME : 9AM - 11AM
VENUE: KGPA, Bukit Kiara.

Programme:
  • Welcome Address by Educare Director
  • Opening by the Pre-School Class: "BONDA" - a tribute to our lovely Mothers
  • "Warrior & Princesses" - Readiness
  • "Together Forever" - Nursery
  • "Pretty Woman" - Intermediate
  • "A Whole New World" - Readiness
  • "Joyful Family" (Maahi Ve) - Pre-School
  • "Beautiful Butterflies" - Toddlers
  • "FireFly": A beautiful song about Mother Nature - Pre-School
  • "Can You Feel The Love Tonight" - Nursery & Toddlers
  • "We Are All In This Together" - Readiness
  • "Hundreds of Stars & From A Distance" - Intermediate
  • "Rock You Body" - A tribute to Fathers (A free spirited dance conceived and choreographed by the Pre-Schoolers!)
  • "Peng Yau" by the Children of Educare
* Yang highlighted tu Aleesya punya performance.

concert 022

concert 004
Baru sampai. Tengok programme untuk tahu time bila nak bersedia nanti

concert 009
Dengan Mama

concert 018
Cikgu suruh pakai baju pink, ngan hair band pink

concert 054
Pinkish, kan?

concert 039
Opening Song by Pre-school class - "BONDA". Naik bulu roma dan bergenang air mata gak le...

concert 070
Readiness class

concert 072
Nursery class

concert 094
Intermediate class

concert 121
Readiness class - A Whole new world

concert 140
Pre-school class - Joyful Family (Maahi Ve)

concert 153
Toddler class - class Aleesya

concert 154
Yup, my brave little girl naik stage (tanpa menangis). Budak kanan sekali tu nanges, koman.

concert 155
Tengah tunggu teacher coordinate kedudukan

concert 156
Dah start nyanyi - Beautiful Butterflies

concert 157
Toddler class - Beautiful Butterflies. Aleesya tegak je di situ, tapi tak nangis

concert 158
Budak depan dia pun tegak jugak.. Hahahaha

concert 160
Tengah scan mencari Mama or Papa

concert 162
Perhatikan budak laki kat paling kiri tu..

concert 163
Namanya Bryan. Dia memang kasar dengan Aleesya. tengok dia meluru gi kat Aleesya..

concert 164
Dia pegang/ picit tangan Aleesya masa atas stage.. Melalak la Aleesya

concert 165
Dia tolak Aleesya jatuh terduduk, lepas tu dia duduk atas Aleesya pulak... babi punya Bryan.



Video yang sempat diambil ketika kejadian..

concert 171
Mama terus bawak dia kluar dewan untuk mencari ketenangan setelah melalak akibat ditolak oleh Bryan giler.

concert 174
Terus terbantut nak dancing

concert 175
Pengalaman atas pentas pertama yang menakutkan.. hopefully dia tak phobia lepas ni

concert 178
Abang Issac tengah comforting Aleesya

Si Bryan ni memang obses ngan Aleesya. Sejak Aleesya sampai pagi tu, dia sibuk nak cium Aleesya... Ni bukti ke-pervert-an budak Bryan giler nih.

concert 001
Flashback pagi itu: Terus datang nak cium Aleesya. Mak dia tarik pun macam tak jadi apa..

concert 002
Flashback pagi itu: Tengok tu!

concert 003
Flashback pagi itu:  Nak cium molot lak tuh! Giler! Bryan giler! kecik2 dah pervert!

concert 190
Abih dah flashback. Bila dah ok sket baru masuk dewan balik. Tapi Aleesya menari kat bawah pentas jek.

concert 207
Educare Children - Peng Yau

concert 213
Ending baru Aleesya naik stage balik dan menari puas-puas. Bryan is no where to be found.

concert 216
Enjoying the moment

concert 227
Happy semula

concert 240
bestnya bila Bryan dah takde

concert 242
Sukaaaa...

concert 246
Seronoknya!

concert 247
Happy!!

concert 248
Happy!

concert 251
Dancing

concert 253
Pentas ini aku yang punya! Hahahaha!!! (Kesian, baru dapat menari atas pentas)

concert 256
Jom la kiter balik, nak.... (Dia tak nak balik la plak..)

concert 259
Makan bihun..

concert 257
nyam nyam.. pedas tapi sedaps..

concert 262
Tunggu Papa amik kereta. Nak balik dah..
Perasaan saya? Saya sanggup amik cuti semata-mata nak tengok anak saya naik pentas dan menari dengan selamat... TAPI.. disebabkan kegilaan seorang budak bernama Bryan telah menguburkan impian saya. Saya sangat MARAH dengan Bryan yang giler itu, terasa seperti cuti saya sia-sia saja sebab tak dapat tengok anak saya menari. Memang mak si Bryan tu ada kata SORRY, tapi saya tak marah mak dia... saya marah kat anak dia, Bryan tu. Tak de manner. Ikutkan hati memang nak bunuh-bunuh, cincang jek Bryan tu, tapi saya masih control.. saya senyum jek masa mak dia mintak maap. Dalam hati.. Tuhan je yang tahu. Teacher-teacher pun try comfortkan saya. Bukan senang Aleesya nak lepaskan saya dan naik ke pentas tanpa setitis pun air mata. Bryan memang geram ngan Aleesya, tapi dekat skool teacher-teacher kawal Aleesya dengan ketat, tak penah Bryan dapat sentuh Aleesya. Tapi kali ini, masa atas stage teacher-teacher tak jangka yang Bryan akan bertindak liar. Tak sempat nak tepis si Bryan meluru ke arah Aleesya. Masa saya amik video tu, saya rasa macam nak je BERLARI ke ATAS PENTAS dan SEPAK Bryan masa dia picit tangan Aleesya tuh, tapi karang apa pulak kata dek parents2 lain. "Overnya mak budak ni." Saya tak nak la jadi gitu. Biar lah teacher yang handle. Saya kena jaga nama saya jugak. Bukannya anak saya yang buat kesalahan. Anak saya jadi mangsa jek. Dengan ini saya mengisytiharkan perang ke atas Bryan. Kalau saya jumpa dia lagi... Saya akan pastikan dia tak bernapas!!!! Ramai lagi budak lelaki lain kat skolah tu, tapi takde sorang pun yang berani sentuh Aleesya tak pasal-pasal. Bryan sorang jek giler meroyan! Benci bryan!

Saya tak pasti nak simpan video ini buat kenangan ke tidak, sebab menyedihkan. Tapi kalau tak simpan, ini la concert pertama Aleesya. Serba salah. Mungkin tahun depan Aleesya dapat dancing atas pentas tanpa gangguan mana2 budak lelaki giler (seks) yang lain. Takpe sayang, concert tahun depan cuba lagi ye! Mama tahu anak Mama memang berani. Good girl Mama.
p/s: saya memang sengaja maki-maki Bryan dan panggil dia macam-macam yang tak elok kat dalam blog ni. mak dia tak baca blog ni pun. Dengan cara itu saja saya dapat luahkan perasaan saya. Blog saya, suka hati la saya nak maki sapa.

MORAL: Kalau tak nak anak kena maki-maki dan dipanggil dengan panggilan buruk2 dalam blog, sila tarbiah anak anda dengan baik. Jangan biar anak cari pasal dengan anak orang lain. Walaupun mak dia senyum, tapi dalam hati, ibu mana yang tak marah kalau anaknya kena cenggini. Tapi saya tahu, anak-anak orang yang saya kenal semuanya keturunan baik-baik. Takde pun yang perangai macam si Bryan bunguks ni.