Monday, August 17, 2009

Gambar kontroversi (Panas ! Panas !)

Timang tinggi-tinggi..
Sampai cucur atap...
Belom tumbuh gigi..
Sudah pandai baca kitab..

Ni la gambar yg menjadi kontroversi. Kenapa? Haa... sebaik sahaja gambar ini diambil.. tiba-tiba bahu saya terasa dicuit orang... "Eksekius me.. eksekius me.. Tadi I nampak you julang anak tinggi sangat. Tak buleh tau.. dia punya brain masih lembut.."

Saya ngan hubby pun angguk serentak berkata, "oookayyyy" Then kitaorang sambung tengok gambar2 yang hubby tangkap pakai tipon saya - Cyber-Shot BestPic untuk select 3 terbaik dari 9 burst shot masa saya tengah timang Aleesya tadi. Makcik tu terasa macam kena ignore dan berlalu, sambung jogging.

1) Saya memang NAK (nak jugak! nak jugak!) ada sekurang2nya 1 gambar masa tengah timang Aleesya. Jadi saya dah plan nak amik gambar ni kat outdoor, sebab cukup pencahayaan. Dalam umah kitaorang semedang gambar jadik gelap, tak cukup lighting. Tambah2 untuk amik gambar pakai fast shutter camnih.

2) Bukan senang nak dapat cuaca yang sesuai dimusim2 tengkujuh + berjerebu + H1N1 ni. Nak tgk matahari bersinar pun susah kat KL nih. Dengan kuasaNya, petang Ahad tu je cuaca elok untuk bersiar-siar.

3) Cuaca dah ok, lepas tu model la pulak... Model tido sebaik sahaja kereta bergerak meninggalkan perkarangan umah... Dah sampai kat lokasi shooting pun masih elok lena, siap berdengkur lagik.. Kesian pulak nak kejutkan dia.. takkan nak timang dia masa dia tgh lena pulak kan?

4) Lepas bawak dia bersiar-siar (sambil terlena atas bahu) disekeliling tasik di Taman Jaya, akhirnya model bangun dan mahu memberikan kerjasama untuk menjayakan plan saya nih..

kat bawah ni saya cut and paste dari ntah mana sumber.

Menimang anak semasa bayi sangat baik untuk membina daya imbangan, gerak-geri dan koordinasi sistem pertuturan, gerak- geri jari halus dan membina otot-otot.

Menimang harus dilakukan secara perlahan-lahan kerana ada anak yang mula-mula rasa gayat. Ianya lebih baik dimulakan dengan mendodoi anak. Kita harus berhati-hati ketika menimang anak supaya tidak melambung terlalu tinggi dan melepaskan tangan kita dari ketiak anak. Jangan mengoncang anak dan jagalah leher mereka yang masih belum tegap. Lebih elok iringi aktiviti menimang anak dengan zikir dan nasyid.

(http://rentis.blogspot.com/2007/05/tip-14timang-tinggi-tinggi.html)
-------------------------------------------------------------------------
Apa maksud timang?
Timang ni maksudnya
kita pegang ketiak anak itu kemudian kita lambung dia secara perlahan-lahan.


Kelebihan Bertimang
  • Anak yang sering ditimang akan mudah bertutur dengan baik
  • Anak juga berpeluang membina kemampuan yg dipanggil daya proprioception *
  • Mewujudkan ikatan yang lebih erat antara ibubapa dan anak
  • Anak yang ditimang turut mendapat stimulasi sentuhan,rasa gembira dan sekaligus membina otot-ototnya
* (The ability to sense the position and location and orientation and movement of the body and its parts)

Kaedah-kaedah yang perlu diamalkan

  • Timang anak bila-bila masa yang boleh
  • Lakukannya secara perlahan (ada anak yang mula2 gayat )
  • Mula dengan membuai anak ketika tidur (ini juga sejenis timangan)
  • Jangan lambung tinggi sangat dan jangan lepaskan ketiaknya
  • Jangan goncang anak dan juga lehernya (Kesan goncang anak)
  • Semasa menimang anak, berzikirlah atau dengarkan anak suara yg merdu dan mesra.
http://babyibu.blogspot.com/2008/12/timang-tinggi-tinggi-sampai-cucur-atap.html
--------------------------------------------------------------------------

Sementara Aleesya dok ringan (6kg -tapi tulang kuat) dan saya masih berkudrat untuk melambung dan menyambut dia dengan selamat, saya nak abadikan ini dalam memori. Bayangkan kalau model seberat 8kg-10kg, adakah saya masih nak amik risiko lambung dia?? Atau model seberat 50kg mcm saya ni, ada ke orang waras nak timang saya ? Hubby pun tamau timang... Saya takde gambar ditimang, dari kecik sampai la ke besar (langsung xde. Ingat masa photo shoot lepas bersanding, ada.. hampesss )

Lambung kot mana pun, saya cuma nak amik gambar jek... Tentulah saya sayang anak saya.. (dan saya tahu apa yang saya buat)

Landing-landing sambil humming zikir untuk tidokan aleesya. Dia pun humming sama.
Teka sapa yang terlena dulu ??

1 comment:

  1. eh laki kiter pon slalu timang2 sarah...tapi dia gayat sket...heheheh

    ReplyDelete