Monday, August 24, 2009

Mama posa nih, Aleesya.. please behave ye..

Baca apa tu Aleesya ???


Ooo.. tengah pilih menu untuk berbuka ye??? Homestyle Malay Cooking?
Air liur pun dah meleleh tengok gambar lauk...

Auuummm....

CHAK !!!
(susah btol nak snap gambar budak ni, dia tak duduk diam. Sorry le gambar blur, psl kamera tipon. Kalau bawak kuar kamera besar, dia trus moncong, tak nak senyum.. wat deeekk je)

Nak berdiri sambil hogah2 arch Monti the Lion

Hogah - hogah.. penat la mama dah pegang.. org posa ni oi..

Patutnya baring main menatang nih. Tapi budak bertuah ni takut kalau baring kat bawah arch tu pasal tangan dia tak bleh capai mainan yang gantung2 tu. Stress pulak dia. Takut pun ada.
Bila berdiri, nak geget arch tu, sambil hogah2.. mcm tu baru dia happy.. apo la..

Wednesday, August 19, 2009

What's in her bag ?

Ini la beg yang Mama (or Papa) kena usung pegi balik skool setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Mama siapkan beg dia setiap malam sebelum pukul 11pm. Jom tengok apa ada dalam beg dia...

Checklist setiap malam:
  1. Pampers - 4
  2. Wipes - make sure ada isi lagi
  3. Hanky - untuk lapik masa minum susu
  4. Wash cloth - untuk teacher wipe Aleesya kalau time tengahari and kalau she is too sweaty
  5. Baju -2. 1 utk pakai tengahari and 1 spare.
  6. Kain lampin - in case hanky/ wash cloth/ blanket/ bath towel failed. As backup.
  7. Bath towel - 1 - biasanya tak pakai pun unless blanket kena poopoo or shiishii.
  8. Blanket - 1
  9. Gripe Water - 1 botol. Aleesya minum water + gripe water a few drops. Air tawar dia tamau. Make sure ditutup ketat, sebab dah pernah tertumpah dalam beg.. manis begnya.
  10. Medicine - depends on apa penyakit last dia - last skali selsema.
  11. Syringe - untuk sumbat dia ubat kalau dia sakit
  12. Calamine lotion roll on - in case ada ruam kat badan.
  13. Nose sucker - in case dia beringus dan idong tersumbat. Make sure it's clean.
  14. Digital Termometer - if suspected fever, teacher use this to check. Then call Mommy.
  15. Vapor Balm (mcm Vicks, tapi for children bwh 2 tahun.) Perisa stoberi, selalu teacher sapu kat dada and dahi bila dia rasa uneasy coz idung dia tersumbat.
  16. Spare blue 'Bedd' (pacifier). Takde Bedd, dia bleh mengamuk 1 hari. So ni spare in case primary Bedd kaler kuning is missing.
  17. Kool fever - in case of fever or blocked nose, simply tepek ni kat dahi dia. She will calm down.
  18. Minyak yu yee cap limau - pakai everytime after diaper change.
  19. Baby powder - Mama ada botol paling halus dan yg paling besar je, So kena refill yg halus ni (amik dari yg besar) every week.
  20. J&J Baby oil perisa Aloe Vera - untuk massage after wipe/ bath. For her hair too.
  21. Hair brush - rambutnya halus, dust magnet. Selalu ada mende nak lekat.
  22. Drapolene - protecting cream against rashes. Pakai masa nak pakai pampers.
  23. Toys - Butt-fly ngan lil-Kitty. Sometimes Animal Beanie book or Tiggerific.
  24. Small bottle for water (+ Gripewater drops)
  25. Tall bottle - for milk
  26. Milk powder - 4 stacks. 5-6 scoop each stack.
Banyak jugak mende dalam beg dia, patut le berat. Tapi gambar di atas, Mama tak de la masukkan sekali tin-tin susu nih. Ni nak citer pasal susu dia pulak. Sebelum ni Mama bekalkan susu badan yang disejukbeku, tapi dia asyik sakit je kalau minum susu yg dah sejuk beku tuh. Demam la.. selsema la.. napas pun bunyik2 kadang-kadang.. dan yang paling penting, dia tak nak poo poo. Susu Mama tak boleh buat dia poo poo pasal laktos rendah, perut dia serap abis semua. Jadi dokter prescribe kan dia susu formula for constipation (haih.. kecik2 dah sembelit, ikut Mama dia jugak :p) Novalac IT1 (for continous feeding). Siang dia minum ni, malam baru minum susu mama (yg fresh from the source).

Novalac IT1 ni takde jual tin besar, ada tin kecik 400g jek. Jadi 1 tin kecik tak sampai seminggu dah abis. Beli kat klinik dokter yg prescribe tu, situ je ada jual IT1. Susah nak cari. Jadi minggu lepas Mama try test selang seli dengan Dulac pulak. Nak tgk dulu ok ke tak.. Dulac ni murah sket. Hehehe... Kalau dia poo poo ok, boleh la terus campur 2 nih, kalau tak ok, kena la bergantung sepenuhnya kat Novalac IT1 tuh... so far mcm ok, cuma dia kena rajin minum air..

Monday, August 17, 2009

Gambar kontroversi (Panas ! Panas !)

Timang tinggi-tinggi..
Sampai cucur atap...
Belom tumbuh gigi..
Sudah pandai baca kitab..

Ni la gambar yg menjadi kontroversi. Kenapa? Haa... sebaik sahaja gambar ini diambil.. tiba-tiba bahu saya terasa dicuit orang... "Eksekius me.. eksekius me.. Tadi I nampak you julang anak tinggi sangat. Tak buleh tau.. dia punya brain masih lembut.."

Saya ngan hubby pun angguk serentak berkata, "oookayyyy" Then kitaorang sambung tengok gambar2 yang hubby tangkap pakai tipon saya - Cyber-Shot BestPic untuk select 3 terbaik dari 9 burst shot masa saya tengah timang Aleesya tadi. Makcik tu terasa macam kena ignore dan berlalu, sambung jogging.

1) Saya memang NAK (nak jugak! nak jugak!) ada sekurang2nya 1 gambar masa tengah timang Aleesya. Jadi saya dah plan nak amik gambar ni kat outdoor, sebab cukup pencahayaan. Dalam umah kitaorang semedang gambar jadik gelap, tak cukup lighting. Tambah2 untuk amik gambar pakai fast shutter camnih.

2) Bukan senang nak dapat cuaca yang sesuai dimusim2 tengkujuh + berjerebu + H1N1 ni. Nak tgk matahari bersinar pun susah kat KL nih. Dengan kuasaNya, petang Ahad tu je cuaca elok untuk bersiar-siar.

3) Cuaca dah ok, lepas tu model la pulak... Model tido sebaik sahaja kereta bergerak meninggalkan perkarangan umah... Dah sampai kat lokasi shooting pun masih elok lena, siap berdengkur lagik.. Kesian pulak nak kejutkan dia.. takkan nak timang dia masa dia tgh lena pulak kan?

4) Lepas bawak dia bersiar-siar (sambil terlena atas bahu) disekeliling tasik di Taman Jaya, akhirnya model bangun dan mahu memberikan kerjasama untuk menjayakan plan saya nih..

kat bawah ni saya cut and paste dari ntah mana sumber.

Menimang anak semasa bayi sangat baik untuk membina daya imbangan, gerak-geri dan koordinasi sistem pertuturan, gerak- geri jari halus dan membina otot-otot.

Menimang harus dilakukan secara perlahan-lahan kerana ada anak yang mula-mula rasa gayat. Ianya lebih baik dimulakan dengan mendodoi anak. Kita harus berhati-hati ketika menimang anak supaya tidak melambung terlalu tinggi dan melepaskan tangan kita dari ketiak anak. Jangan mengoncang anak dan jagalah leher mereka yang masih belum tegap. Lebih elok iringi aktiviti menimang anak dengan zikir dan nasyid.

(http://rentis.blogspot.com/2007/05/tip-14timang-tinggi-tinggi.html)
-------------------------------------------------------------------------
Apa maksud timang?
Timang ni maksudnya
kita pegang ketiak anak itu kemudian kita lambung dia secara perlahan-lahan.


Kelebihan Bertimang
  • Anak yang sering ditimang akan mudah bertutur dengan baik
  • Anak juga berpeluang membina kemampuan yg dipanggil daya proprioception *
  • Mewujudkan ikatan yang lebih erat antara ibubapa dan anak
  • Anak yang ditimang turut mendapat stimulasi sentuhan,rasa gembira dan sekaligus membina otot-ototnya
* (The ability to sense the position and location and orientation and movement of the body and its parts)

Kaedah-kaedah yang perlu diamalkan

  • Timang anak bila-bila masa yang boleh
  • Lakukannya secara perlahan (ada anak yang mula2 gayat )
  • Mula dengan membuai anak ketika tidur (ini juga sejenis timangan)
  • Jangan lambung tinggi sangat dan jangan lepaskan ketiaknya
  • Jangan goncang anak dan juga lehernya (Kesan goncang anak)
  • Semasa menimang anak, berzikirlah atau dengarkan anak suara yg merdu dan mesra.
http://babyibu.blogspot.com/2008/12/timang-tinggi-tinggi-sampai-cucur-atap.html
--------------------------------------------------------------------------

Sementara Aleesya dok ringan (6kg -tapi tulang kuat) dan saya masih berkudrat untuk melambung dan menyambut dia dengan selamat, saya nak abadikan ini dalam memori. Bayangkan kalau model seberat 8kg-10kg, adakah saya masih nak amik risiko lambung dia?? Atau model seberat 50kg mcm saya ni, ada ke orang waras nak timang saya ? Hubby pun tamau timang... Saya takde gambar ditimang, dari kecik sampai la ke besar (langsung xde. Ingat masa photo shoot lepas bersanding, ada.. hampesss )

Lambung kot mana pun, saya cuma nak amik gambar jek... Tentulah saya sayang anak saya.. (dan saya tahu apa yang saya buat)

Landing-landing sambil humming zikir untuk tidokan aleesya. Dia pun humming sama.
Teka sapa yang terlena dulu ??

Aleesya o' Aleesya..

E-cha tanak nak duduk dalam car seat dia.. boring. Duduk atas 'car seat' Mama nih lagi selesa... leh landing2..


Kempen kibarkan Jalur Gemilang.. E-cha tolong kibar yek??

Lena sambil minum susu + cium montot rimau + gentel tinga Mr.G (zirafah)

Posisi kegemaran menikmati susu dipagi hari...

.. ialah di atas perot Papa .. !!

Burp !!!

(Duduk atas prot Papa) Mula-mula masuk 1... 2...

.. lepas tu masukkan semua !!!

Kiter nak pegi mana ni Mama ??


Oo... gi brekfes kat mamak...
Aik? Takkan e-cha minum air kosong je Mama?? Tak aci la macam ni..

Bosannya tunggu Mama ngan Papa abis makan roti canai ni...

Balik dari brekfes kat mamak... dia dah lena...

Thursday, August 6, 2009

Kasut yang 'sedap'

Aih... puasa pun belom... Mama dah sibuk cari baju dan kasut raya untuk budak kecit nih. Takpe la.. beli sket2, nanti tak payah kalut2 last minute baru nak gi cari.. lagipun kasut ni, limited stok.

Buat Mama Sarah... sorry ye... benda ni terlalu kiut untuk dilepaskan....

Aleesya ikut Mama amik kasut yang Mama order kat Kelana Jaya. Malam-malam pun Mama sanggup gi meet up COD, kasut punya pasal. Lepas beli, dia pegang je kotak kasut tuh... (erk.. ni bukan Nike Prime la E-Cha)

Ni masa dah balik umah, Aleesya dah tukar uniform tido.. Tapi Mamanya tak sabar2 nak test kasut baru.. Adehh.. sapa yg terlebey excited nih??
Pakai je kasut, E-Cha trus angkat kaki masuk mulut. Oit! Nak rasa kasut baru ke?? OOhh... kan org kata kalau pakai kasut baru, gigit dulu.. kalau tak nnt melecet, kan? Eh.. gigi pun tak de, nak geget kasut kunun...



Lepas puas amik gambar, Aleesya pun dah tido... Mama simpan balik kasut ni dalam kotak.. pastu simpan dalam lemari.. Nanti raya baru kluar balik. E-Cha suka kasut baru nih, 'sedap' katanya. Agak besar sket untuk budak 4 bulan, tapi ngam-ngam utk budak 6 bulan. Sempat la kaki E-Cha nak membesar sementara nak raya nih... hehehe

Heelarious - her first high heels (for baby). Limited stok only.
Thanks to TwendyTots. Heelarious.com
Jaga-jaga, Mama sudah berkenan dengan Heelarious boots pulak dah..

Oh no.. Mama sudah terjebak! Bulan ni Mama dah tershopping untuk E-Cha SAHAJA. Baju raya Mama ngan Papa blom beli lagiks... adeh.....

Beroda tapi tak bergerak... apa dia??



Ni budak kecit yg nak ikut Papa dia masak nasi goreng kat dapur.

Ni la kegunaan stroller sekunder, untuk tolak2 dia kat dalam rumah. Nak letak dalam walker dia asik nak tertunggeng ke depan jek.. yelah.. dia mana reti duduk lagi.. hehehehe