Tuesday, January 26, 2010

Erkk !!! E-Cha ada homework !


Start tahun 2010 ni, ada satu benda extra Teacher letak dalam skool bag E-Cha. Mama pun belek2 la buku apa ni... Rupa-rupanya Parents Book for Infant Class.. huih.. kecik-kecik pun dah kena masuk kelas? Teacher siap tuliskan nama E-Cha, siap balutkan lagi buku tuh..


Meh kiter tgk isi perutnya pulak...


Ni tempat parents kena sign tanda dah baca dan received letter, notes, reports or announcements yang Teacher lampirkan dalam buku ni.





Kata-kata aluan di mukasurat pertama. Dia inform school term for year 2010


 
Yang ni plak NEW school hours. E-Cha dalam Full Day Session: 8.00am - 8.00pm (Monday - Friday)
Tapi E-Cha gi skool kul 9am, balik 6.30pm. Tak penah la lagi Mama/ Papa tinggal dia sampai kul 8pm for 2010 ni. Tapi in future, kalau mama kena habiskan keje kat opis, E-Cha leh dok neseri sampai kul 8.00pm (sampaikah hati mamanya nak tinggalkan sampai kul 8.00pm? Jeng Jeng jeng..)


Saturday pun E-Cha tak penah dok neseri lagi, sebab Mama + Papa asik bangun lambat jek. Hmm.. ada chan la Mama/ Papa nak kuar jap gi tgk wayang while E-Cha dok neseri ye? Hehehehehe >:)





Muka surat seterusnya, citer pasal school fee. Haih.. yang ni berpeluh sket Mama bacanya.
Full Day Session: RM 700 (Includes school fees, miscellaneous, classroom materials, events, meals, books, children's P.A)
GULP !!!


Children's P.A - Premium Insurance Coverage. Baru tambah tahun ni. Tapi Mama blom isi pun borang nya.
Field Trips - Rombongan Cik Kiah. 4 kali dalam setahun - ke mana? Akan diberitahu kemudian.
Mandarin Class - Ni E-Cha blom layak masuk, untuk age 4 and above jek. Tapi kalau dia nak, buleh jek..
Gymnastics - Ni pun untuk budak 2 - 6 tahun. E-Cha ada class Baby Gym.
Speech & Drama - Ni pun bukan untuk E-Cha.
Agama Class - untuk budak besar jugak



Waterplay - mandi manda di kolam blakang neseri
Parents Book - Buku ni haa.. sebagai medium komunikasi antara Teacher-Parents. Segala soklan, message, report, announcement semua akan melalui Parents Book ni
Class Timetable - Refer jadual di bawah untuk E-Cha punya Infant Programme
School Events - Ni biasanya konsert, cosplay, Earth Day, Let's Go Green Campaign yang akan diadakan di school. Parents pun kena datang le nih.. :p


Time:
Activity:
8.00 - 9.00am
Baby Play
9.00 - 9.30am
Circle Time
9.30 - 10.00am
Snack & Hygiene
10.00 - 10.30am
Literacy & Themes
10.30 - 11.00am
Baby Gym
11.00 - 12.00pm
Nap
12.00 - 12.30pm
Lunch
12.30 - 1.00pm
Story Telling
1.00 - 1.30pm
Shower
1.30 - 2.30pm
Music
2.30 - 4.00pm
Nap
4.00 - 4.30pm
Snack
4.30 - 5.00pm
Baby Play
5.00 - 5.30pm
Sensorial
5.30 - 6.00pm
Art
6.00 - 6.30pm
Cognitive
6.30 - 7.00pm
Shared Reading
7.00 - 7.30pm
Hygiene
7.30 - 8.00pm
Supper



Senarai Public Holiday tahun 2010. Neseri tutup on these dates.




Surat dari Class Teacher E-Cha.


Nampaknya bukan homework E-Cha ni, tapi homework untuk parents ni... haih...


Monday, January 25, 2010

Mamam - Ba Ba Ba Ba

Mamam
Ba Ba Ba Ba
....


Mamam...mam..mam
Ba Ba.. Ba Ba
....


Tu je la bunyi yang selalu kluar dari mulut E-Cha.
 
Suka makan green veges yang direbus/ kukus dalam bentuk jejari



 

Alphabet soup ngan celery pun suka



 

Sebuleh-buleh nak sumbat semua dalam mulut



 

Controller PS2 ni pun sumbat jugak..



 

Pandai ke main tuh ???



 

Asyik btol main, mcm ye ye je tuh..



 

Bangun awal nak tengok Bob The Builder



 

Gedebuk terduduk, then bangun balik... Duduk.. bangun..







Monday, January 18, 2010

Vroom !! Vroom !!

 
Sewa kete Abg Aiman kat umah Tok Nek Bangsar. 



 

Yah yah! Naper kete ni tak bergerak pun, Mama?
(Mama nya pura2 kata kete tu rosak.. tak leh jalan. supaya dia kluar dari situ. nak balik dah ni E-Cha oi..)



E-Cha punya cubicle

Mendapat ilham daripada: babycenter/lets play inside the box , inilah hasilnya..






 
  
  
  

Tapi dia nak main sekejap jek. Ada ke patut suruh Mama pulak yang masuk dalam tuh.. haih.




4 bulat-bulat, 2 panjang panjang. Apa dia?


 
Haa ni la dia jawapan teka teki tu... Gigi E-Cha

4 yang atas: bulat bulat
2 yang bawah: panjang-panjang


Susah btol nak amik gambar gigi. Ish...



Hello vacuum cleaner !


Ni menatang apa ni Mama? Memekak je pagi ?







Oo... ni ke nama dia vacuum... *Sambil tekan switch ON*



Ni hape angin panas kuar kat sini ni Mama??


 
Mende vacuum ni sedut semua benda ke Mama? Tak dapat la E-Cha nak kutip dah...




15 Jan 2010 - Mama, cepat la balik !!!!

Jumaat lepas (15 Jan) Mama ada banyak keje yang nak kena siapkan. Jadi lepas meeting abis kul 5.45pm Papa terus gi neseri amik E-Cha dulu... Then bawak E-Cha gi opis.



E-Cha tengah tunggu Mama abiskan keje sket je lagi..



Mama cepat la... E-Cha dah boring nih...



Jom la kiter balik.. Mama... Senin depan la sambung keje tu..


Entry terlambat 13 Jan 2010 - Attack Kenny Roger's - BANZAI !!

 
Ni la rupanya barisan di hadapan Kenny Roger's Tropicana Mall. Sempena 13 Jan 2010 (one day only), kalau pakai baju merah/ hair band merah/ apa-apa eksesori merah - buy 1/4 meal dapat 1/4 meal free.



 

Mama Merah + E-Cha merah + Papa pun merah

 

Papa sibuk makan... (sian Papa penat jalan kaki dari Uptown ke Tropicana Mall)



 

Pertama kali jumpa muffin.



 

try la muffin tuh, syedaaappp..



 

Opismet Mama + Papa yang join kat meja sebelah.. Yang tak pakai baju merah tu, menumpang order orang yang berbaju merah. :p



 

Derang lagik..



Sudah kenyang? Tepuk tangan....





Monday, January 11, 2010

Aleesya 9 month - potong!



Hobi dia suka makan kertas. Tisu paling sedap.. duit pun dia geget sampai koyak + hancur, sebbaik sengget.. kalau 50 hengget.. kena cepuk dah..
 
Kagum kena flash. Wakakakaka padan muka.


Lagi satu hobi dia: main henpon Mama. Skang dah pandai bukak kamera amik gambar pulak. (Mama ajar sekali jek, cepat btol dia ingat/ belajar)



Ni Mama ajar amik gambar. 
Seterusnya, dia amik sendiri.. ntah apa2 dah gambar dalam tipon mama. Ikut dan jek.
 



 
Byk gambar tingkap bilik, siku Papa pun ada.


1 Januari hari tu, bawak Aleesya gi kinik lagi, pasal selsema dia tak baik-baik. Amik Antibiotik plak. Alang-alang dah dapat doctor Izatul tuh, suh doktor Izatul "potong" kan skali. Yaa... macam lagu P1 wimax.


"Potong"
"Potong.. potong.. potong"
"Potong saje la.."
"Potong! Potong! Potong!"


Maka selamat dah la.. dah potong. Alhamdulillah dia tak nanges (mcm tak ingat je apa yang berlaku dalam bilik doktor tu). Ada la timbang berat dia.. 6.8kg. Alahai.. ringan je.. bila dukung tak dok diam,tu yang rasa cam berat jek.


Aleesya suka iklan "potong potong" tuh, siap tepuk tangan berkompang. Iklan Petronas, dia tengok yang cakap Tamil jek (dia paham yang Tamil je kot). Iklan Fair and Lovely suka.. Filler NTV7 yang bubbles purple banyak2 tu suka.. Filler TV3 Na Na Na Na tu pun suka.. Filler TV1 ngan TV2 pun dia suka. Asal filler je dia berpusing mencari TV nak tengok, tak kelip mata. Iklan Apollo! pun suka. Berita Edisi Tamil pun dia layan... 


Skang kejenya... bangun duduk.. bangun.. duduk.. bangun duduk.. kat depan TV wat camtu, kat sofa wat camtu, kat coffee table wat camtu.. dalam playpen pun wat camtu. Penat la nak menjaga tak nak bagi dia terhantuk (mesti terhantuk jugak, at least sehari sekali, kat mana-mana tempat di atas).