Friday, October 31, 2008

Panjangnya Q !

Yang sebenarnya konpius. Kat Pusat Perubatan UM (UMMC) ada 2 klinik asing. Yang tahu, kalau bab2 peknen ni, klinik ginekologi (gynae-clinic). Sebab masa miscarriage dulu, direfer ke clinic nih. Masa bulan puasa lepas, datang buat appointment kat gynae-clinic ni, dia kata kalau nak check-up monthly/ weekly pregnancy yang tak de masalah, gi klinik Ibu Mengandung, kat bangunan Wad Bersalin. Oh! Ada tempat lain untuk urusan peknen ni rupanya....

Jadi, appointment ngan gynae ni untuk org yang dulu pernah miscarriage or ada masalah dalam peknensi. Ok la, buat je la satu appointment ngan gynae. Sementara itu, kena jugak register kat Klinik Ibu Mengandung ni untuk check up. Jadi setelah disahkan oleh gynae yang peknensi saya kali ni tak de masalah, saya pun bercadang nak register la untuk check up di klinik ibu mengandung...

Masuk2 je... tempat menunggu kat situ penuh.. penuh ngan ibu-ibu mengandung. Mak aih, sungguh ramai.. nasib baik la saya datang hari ni nak isi borang je dulu. Trus number saya dipanggil di kaunter mengisi borang. Soklan pertama nurse kat kaunter tu: "Nak bersalin di mana?" Alamak... sebelum ni blom decide lagi nak bersalin kat mana.. ingatkan nak register check up je kat UM ni. "Rasanya bersalin di sini la kot (kot je)" "Kenapa kot?? Tak kompom lagi?" Saya sengeh je la.. hangguk je la kata nak bersalin kat situ...

Jadi nurse tu pun bagila borang yang nak diisi. Sikit je mende yang nak kena isi. Dia suruh isi kat umah lagi. Dia check2 hari apa yang ada kosong untuk selitkan saya untuk screening. 26 November 2008 baru ada kosong, itu yang paling awal. 26 November? Sebulan lagi tu.. hahaha.. ingatkan kalau gi register masa 16wk, dapat la buat screening terus. Rupa-rupanya kena masuk barisan jugak.. adeh... 26 pun 26 lah. Tu la.. hegeh2 lagi.

Borang registration yg dah diisi perlulah disubmit pada 26 Nov nanti bersama:

1) Surat jaminan daripada majikan atau suami : Untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, kakitangan swasta (yang berdaftar dengan PPUM sahaja)

2) Wang pendaftaran- Pakar : RM41 (Warga negara), RM82 (bukan warganegara)
- Bukan pakar : RM31 (warganegara), RM62 (bukan warganegara)

3) Wang pendahuluan: RM500 (Warganegara), RM1000 (bukan warganegara), kakitangan kerajaan (Percuma)

4) Kad pengenalan pesakit (Asal) dan kad pengenalan suami (Asal atau salinan)

5) Kad kedatangan hospital (sekiranya ada)

6) Spesimen air kencing terbaru (fresh) untuk pemeriksaan

7) Surat rujukan doktor dan laporan ultra sound (jika ada)

Semua dokumen dan spesimen ni hendaklah diserahkan ke Kaunter 1 pada hari temujanji. Tak payah amik nombor, just letak je kat kaunter 1 dan tunggu sehingga dipanggil.

Nama akan dipanggil untuk:
a. Ujian air kencing
b. Timbang berat badan
c. Mengambil ukuran tinggi
d. Tekanan darah tinggi

Lepas tu dikehendaki hadir ceramah dan Penyusuan Susu Ibu dan lain-lain di bilik 8

Darah akan diambil untuk:
a. Kumpulan darah
b. kepekatan darah merah (haemoglobin)
c. VDRL
d. HEPATITIS
e. HIV
f. Glucose Challenge Test (CGT)

Seterusnya akan diperiksa oleh doktor. Pemeriksaan yang akan dibuat ialah:
a. Mengambil sejarah kandungan - doktor akan menemubual untuk mengambil catatan sejarah kandungan
b. Ujian "Pap Smear"
c. Pemeriksaan fizikal
d. Pemeriksaan kandungan

YIKES !!!! Banyaknya dia nak buat masa screening nih... macam nak pitam je rasanya.. takpe.. ada sebulan lagi nak prepare diri :P

Wednesday, October 29, 2008

hahahaha.. it tickles !!!

28 Oct - Ada appointment kat gynae-clinic UM. Gynae pompuan tu baik, lemah lembut je.. jawab semua soalan. Saya dah tulis 5 soalan atas kertas, tunjuk je kertas tu kat dia, dia bwk gi bilik scan trus. :D Sekali lagi... dengan bangganya... imej KEPALA je. Sekian, terima kasih.



1) baby movement - Memang nampak la dia nguit-nguit... lambai2 kat screen... (heh ye la tu!)

2) baby size - BPD: 34.3mm (16w 4d) btol la.. ikut minggu..

3) baby heartbeat - nampak le something glowing yang ada 4 chambers.. kecik besar kecik besar.. laju.. tapi dokter tak guna doppler, so tatau heartbeat ratenya brapa..

4) baby gender - Ni memang dokter tak kompom leh nampak.. memang tak nampak pun.. so still unknown lah.

5) placenta location - still low. But not to worry, nanti, InsyaAllah.. placenta tu akan naik sendiri.

Itu saja le, lepas ni tak de appointment ngan gynae clinic dah.. sebab dah nak register kat antenatal-clinic pulak.. huhuhuhu... next month baru screening. Mak buyung yang terhegeh-hegeh. :D

Tuesday, October 21, 2008

Gathering of Mak Buyungs

18 Oct, geng bebudak soksek KL ajak gi 2D1N BBQ gathering kat The Regency, Tanjung Tuan, Port Dickson. Walaupun 2 of them tengah sarat peknen, tapi semangat nak berBBQ tu tetap ada.
So, petang tu kami pun bergerak la ke PD dalam kul 3.30pm, lepas balik dari open house b12 kat Sentul, kemas2 beg sket, then off we go. Sampai sana kul 4.45pm, not bad la.. dah le tersalah kluar Exit Port Dickson (sepatutnya Teluk Kemang, lagi dekat). Jalan pun clear je, tak de masalah. Cuaca pun baik. Sampai sana, Ina dah amik kunci apartment, so mintak kunci kat Ina, naik atas jap.. rilek2 dulu sebelum jenjalan kat swimming pool and pantai.

pic 049
Lepas balik dari bermain pasir kat pantai, menikmati pemandangan sunset dari balcony bilik kat apartment yang kita orang duduk tu.

pic 059
Dah malam, bersiap sedia untuk BBQ. Baju merah tu Ash, kelabu Yani, Alya - anak Yani and saya.

pic 093
BBQ dah start, hubby tolong tengok2 kan ayam ngan potatoes.

pic 105
Keesokan paginya... hubby masih bergulung tido.. Orang nak ajak turun mandi swimming pool kat bawah ni...

pic 113
Tidur dan bangun tidur diiringi oleh deruan ombak. Sungguh best suasana kat situ.

pic 116
Hubby dah bangun. Dengan rambut terpacak2 menikmati keindahan pantai dan bayu laut yang nyaman..

pic 121
Saya yang masih serabai, baru bangun tido.. menikmati angin pagi kat balcony.

pic 192
Pemandangan pantai yang cantik dan relaxing...

pic 160
Dari kiri, Yani (due Dec 2008), Ash (due Apr 2009) and Ina (due Jan 2009)

pic 266
Mak buyung line up - Yani (due Dec 2008), Anis (due Apr 2009), Ash (due Apr 2009), Ina (due Jan 2009)

pic 273
Geng soksek KL: Anis, Yani, Erna, Ash , Ina
Kids: Alya (Yani's), Nisreen (Erna's), baby Hakim (Erna's), tiada dlm gambar Afiq (Ina's)

Hopefully, gathering tahun depan.. akan ada 4 more kids kat depan tuh. And tahun depan punya planning, 3D2N kat Damai Laut pulak. Hahahaha...

Macam biasa, gambar2 di sini.