Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Week 38 - Let Me Out, Mama!

Rabu, 7 Nov 2012.

Pagi tu masa siap-siap nak gi keje, dah nampak showing. Sign of labor ni. Tapi sebab tak nak hubby gelabah puyuh, saya cakap pegi hantar Echa to school macam biasa, pegi office macam biasa.

Sampai opis kemas apa2 yang patut, dalam kul 10am camtu call hubby mintak dia hantar gi spital. Kononnya nak buat assesment je. Kalau blom masanya, balik. Kalau nak kena tahan wad, beg-beg semua dah ready dalam kete.

Dah sampai spital terus pegi wad bersalin kat tingkat 3 untuk assesment. Baru bukak 2cm. Doc kata ni kes early labor. So kul 11am saya admitted ke wad kat tingkat 5 sementara nak tunggu bukaan 10cm. Tapi saya dah termiss makan tghari, so nurse suruh hubby gi belikan.
Petang tu hubby gi amik Echa kat skool, bwk dia dtg melawat. Masa tu sakit manja je, boleh senyum lg. Time derang nak balik, rasa sedih la pulak. Kat luar hujan lebat kilat guruh semua cukup. Rasa takut pulak nak beranak time tu takut ter-blackout. Dalam kepala asik teringat cerita Nang Nak. Wakakaka. Lepas guruh2 tu stop, sakit pun dah makin kuat. Dah 6cm. Saya call hubby, bgtau saya dah nak dihantar ke tingkat 3, wad bersalin. Hubby pun terus datang spital.

Kul 10pm saya disorong ke bilik no. 8 , ada sorang doc muda tgh tunggu. Kul 10.20pm air ketuban pecah sendiri. Saya sedut gas time sakit. Doc kata kalau rasa nak teran boleh teran. Dah buka 10cm. Aik? Cepatnya dah 10??

Dengan sokongan and guidance dari 5 nurse and sorang doc, kul 10.47pm baby dah kluar. Kali ni tak perlu jahit sebab tiada pengoyakan berlaku. Yey! Baby pun mau menyusu. Semuanya lancar.

Kul 11.20pm saya disorong keluar dari wad bersalin, hubby tgh tunggu kat situ. Hubby ikut hantar sampai wad posnatal kat tingkat 6. Hubby gi tgk baby tgh dimandikan kat neseri. Then hubby bawak baby gi katil saya. Hubby Qamatkan, belek belek jap then balik. Baby masih tido, saya pun layan tido. Penat beb. Phew... Dah lepas pun.











Week 38 - Belly painting

Dah lama berangan nak buat menda ni. Pakai face paint beli kat borders, rm19.90.











Week 38 - weekly checkup

5 Nov 2012

Berat: 70.6
Urine: OK
BP: 124/62

Doc checkup: semuanya ok ok sahaja. Tapi yang merisaukan saya ialah bukaan sudah 1cm! Ayoyoyo. Baru week38 sudah mau buka ke? Sabtu ni (10 Nov), nak pegi school concert Echa.

Doc kata: "i'm gonna give you another appointment next week (12 Nov), but I don't think you will last that long. You might deliver in next 3 hours, next 3 days or next week. So do not go far from hospital. Come to the hospital immidiately if there is any sign of labor. "

Doc cakap macam tu, en hubby terus jadi gelabah. Kiter cakap lapar and baby kick kuat sebab lapar, dia sibuk pikir cari jalan nak ke spital. Aduhaaai....

Week 36

Berat: 67.9kg
Urine: OK
BP: 119/71

Doc check up:
- baby engaged
- baby kick chart
- count and chart contraction timing
- shorter interval of contraction means baby is ready for labor.
- weekly checkup from now on

Week 31 - Growth scan

Berat: 63.7kg
Urine: OK
BP: 127/65

Operator: Farhan Diyana Mohd Anuar
Gestational age: 31 w + 6 d
BPD: 81.6mm
HC: 295.3mm
AC: 290.0mm
FL: 63.6mm
HC/AC: 1.02
BPD/FL: 1.28
Fetal weight: 2.076kg
Placenta: anterior high
Amniotic fluid: Normal


Peeping little sister (3D)

Sudah buat appointment dengan Jezzlyn kat Klinik Fauziah, Ampang untuk 3D 4D scan. Kepada yang masih tercari-cari tempat nak scan 3D, bleh Search dalam facebook: 3D 4D scan Malaysia. Klik je link kat dalam facebook tu untuk details and appointment/ schedule. Pilih slot yang berkenan.

Harga: rm100
tapi kalau tak nampak muka baby, tak perlu bayar. Kalau nampak, bayar masa cd dah siap. Scan 3D cuma ambil masa 20 minit per slot. Tunggu CD siap 10 minit.

Alamat klinik tersebut:
Klinik Fauziah,
Desa Ampang 15,
Persiaran Desa Ampang,
Taman Sri Ampang,
51000 Ampang, KL.

HP / WhatApp: 017-620 2933

Pastikan korang buat appointment via online before terkah ke klinik ye.



Week 25 - Warded due to Bleeding

12 Aug 2012 - tengah malam

Hubby hantar gi Wad Kecemasan Bersalin sebab tetiba bleeding. Nak kata sakit, tak sakit langsung. Tetiba berdarah je.
Doc kata baby still ok, darah tu bukan dari kandungan. Dari luar rahim, kawasan vagina je. Phew. Walaubagaimanapun, kena tahan kat ward sebab doc nak monitor kalau pendarahan masih terjadi.

Discharge esoknya: 13 Aug 2012












Tuesday, July 31, 2012

Week23 - Echo (echo)

Sekejap je dah 2 minggu. Masa untuk ke spital. Pukul 8am appointment kat Unit Cardio, kena buat ECG ngan Echocardiogram. Pukul 9am appointment kat Unit Antenatal, follow up check up.

Ni first time kena buat ECG ngan Echocardiogram. Kebanyakan yang dok menunggu kat situ orang tua-tua yang ada masalah jantung, penah by-pass, yang penah kena heart attack, pakai pacer, etc. Saya kena bayar RM140 untuk 2 jenis ujian ni.

Ok kiter citer pasal ECG dulu. Saya kena baring, dan 10 electrodes berklip buaya dipasang. 2 di kaki kiri dan kanan, 2 di tangan kiri dan kanan, 1 di dada kanan dan selebihnya di dada kiri. macam ni la lebih kurang..


Sekejap jek.. lepas tu operator tu masukkan kertas graf kosong, yang ada tulis nama saya.. Then kluar result macam ni...


Saya pun tak paham nak baca cuma operator tu pesan suruh bagi je graf tu kat doktor. Lepas settle tu, saya kena naik tingkat 4 untuk Echocardiogram pulak. Tingkat lagi ramai orang dari tingkat 1 tadi... Ramai jugak yang tunggu nak buat echo ni.. Ok, apa itu Echocardiogram? Ultrasound / scan jantung la.. senang citer.

Saya kena baring mengiring ke sebelah kiri, sonographer tu pegang probe macam scan perut tu, cuma kecik sket, Yang scan perut tu lebar. Then dia scan and record bunyi rhythm jantung, terus masuk dalam fail spital digital yang tertera nama saya. Lebih kurang camni. Nampak la segala injap2 kat jantung tu bukak tutup masa jantung berdegup. Ni first time saya tengok macam mana jantung saya buat keje... Sian dia, tak penah cuti.


Sonographer tu tanya bila nak jumpa doctor? Saya jawab, kul 9am jap gi nak jumpa doctor. Then dia kata tunggu sekejap, dia akan printkan report untuk Echo Findings saya supaya saya boleh pass kan kat doctor kul 9am tu nanti. Report echo tu macam ni...


Masa dapat report tu lagi 5min nak kul 9am, so cepat-cepat gi bangunan Kompleks Kesihatan Wanita & Kanak-Kanak untuk Antenatal checkup appointment pulak. Kat sini pun boleh tahan jugak la ramai orang. Dah amik number, tunggu sampai number kena panggil untuk bayar RM6 duit rawatam susulan. Then kena gi Ruang Menunggu B untuk rutine check - berat, urine, BP.

Berat: 58.6kg  (2 minggu lepas 58.0kg)
Urine: OK
BP: 104/70

Kata misi tu, hari ni saya kena suntikan ATT Booster (Anti Tetanus) yang pertama. Tapi lepas jumpa doctor. Sebelum tu saya kena dengar ceramah Penyusuan Susu Ibu dulu di Bilik Ceramah. 
Bla.. Bla.. Bla.. dekat sejam jugak la ceramah Penyusuan Susu Ibu tu. Kebanyakannya mende yang sama yang saya dengar 3 tahun yang lepas masa ngandungkan Echa. Cuma dapat la tengok sneak preview dewan bersalin dan suite bersalin, single bedded ward, four bedded ward yang baru. Cantik jugak, kaler purple, penuh dengan motif rama-rama.. (Floor Antenatal tu motif bunga). 

Lepas ceramah tunggu number dipanggil untuk jumpa doktor dalam bilik rawatan. Kali ni doctor lain pulak.. Tapi still doc pompuan. Dia la yang review result ECG and Echo saya.. Katanya, macam tak de masalah. Bunyi kebocoran tu terlalu minima, and kebanyakan orang mengalaminya. Phew.. Jantung ku masih power!
Then dia review result Pap Smear, blood test yang saya dah buat 2 minggu lepas. Resultnya:

Pap Smear: Normal
Blood Group: B+
Hemoglobin: Normal (12.9)
HIV: Negative
Thyroid: Normal
Hepatitis: Normal

Kesimpulannya, semuanya normal.... Alhamdulillah. 
Lepas tu dia suruh baring, nak check perut and check bawah. Tahan napas lagik. Ala doctor ni, penat je saya puasa.. hehehehe. Dia insist jugak nak check bawah. Ok, la. Spotting tu berpunca daripada kawasan serviks yang terlalu sensitive, kesan daripada hormon pregnancy. So tak de apa yang perlu dirisaukan, katanya. Tapi dia pesan jugak, kalau spotting/ bleeding banyak sangat, cepat-cepat la pegi sepital..

Lepas jumpa doktor, saya kena ikut misi gi Bilik Suntikan untuk cucuk ATT. Cucuk kejap je, tapi lenguhnye la alahai... terkulai tangan kiri. Misi tu memang dah pesan, balik ni letak ais katanya, sebab memang akan sengal sampai 3 hari. Lepas dah cucuk, gi buat next appointment, lepas raya pulak. Then pegi buat ultrasound appointment kat tingkat 1. Tapi tak dapat tarikh yang sama dengan appointment check up. ala.. leceh la kena apply cuti asing2. Lepas tu gi amik Time Slip dari doctor tadi, sebelum balik. doktor bagi time off kul 8am - 1pm. Then terus gi office. Tangan lenguh, tak leh nak buat keje apa pun, settlekan claim jek.



Monday, March 30, 2009

Week 38 - Last Ultrasound

30 March 2009 - Check up lagi. Kali ni dapat jugak menyelit gi buat ultrasound lepas Dr.Ezra bagi buat appointment utk chk baby growth kat bilik ultrasound.

Routine check up:
Urine dipstix test: OK - normal
Weight : 67.1 kg (last visit was 65.7 kg)
B/P : 123 / 74 ( last visit was 132 / 81 )

Ultrasound report:
Anggaran berat baby skang: 3.259 kg (patut le rasa berat je nak bgn tido)
Baby head size : 32.24 cm (muat ke nak kluar ni??)
Tali pusat OK, tak belit leher.
Placenta position : high.

Doctor kata baby leh kluar bila2 masa yang dia suka je skang. So, kalau ada tanda2 nak bersalin tu, cepat2 la gi sepital...

Jumlah duit rawatan untuk hari ni:

Rawatan susulan: RM6
Ultrasound: RM2o
Total: RM 26

Minggu depan ada appointment check up lagi (6 April 2009). Wad Bersalin baru di Tingkat 1 pun akan di buka 1 April ni, (tulis kat situ kerja2 pembaikan sehinggan 31 March je). Harapnya sempat la...

Week 38 - Beg sepital...

Check list yang diberi oleh pihak sepital UM.
Ok, check !!!
Tak kira, nak bwk henpon jugak... Ngan kamera :P

Ok, check !!! (tiada dlm gambar - baju kecik ngan sluar kecik)
Ok, check !!!
Nah 2 beg besar. Yang silver isi barang2 baby, yang biru isi barang2 mamanya.
Kenapa beg besar? Sebab saya bawak lebih dari check list. Hehehehe...

Baby bag inside:
  1. Newborn diapers
  2. Jumper
  3. Bath towel
  4. Receiving blanket
  5. Yu yee cap limau
  6. Head to toe bath regimen
  7. Powder and lotion
  8. Booties and mittens
  9. Cap
Mommy bag inside:
  1. Bath towel
  2. Socks
  3. Bath regimen - berus gigi, ubat gigi, facial, sabun, syampoo
  4. Sikat, bedak, pengikat rambut
  5. Shirt
  6. Kain batik
  7. Slippers
  8. Thermos
  9. Breast pads
  10. Maternity pads
  11. Nursing bras and panties
  12. Face towel
  13. Beg buh baju kotor
  14. Cermin kecik
  15. Lip balm
  16. Food and drinks
  17. Nintendo DS
  18. ....
Tu je setakat nih... ada apa2 yang tertinggal ke??? Hmmm.....

Week 38 - Membesar bagai johan !!!

Once upon a time... saya pakai jeans pinggang saiz 26 atau 27. Kalau tshirt tu, biasanya saiz S lah... tak pun XS. Cewah.. cewah... Tapi skang ni, saya tgk je la jeans ngan tshirt2 tu tergantung... sebab:


Hahahaha... pinggang saiz 43 inci. Pita sukat tu tak tipu.... wakakakaka...

p/s: Gambar ni diluluskan oleh hubby utk letak kat sini. Hehehe...

Wednesday, March 25, 2009

Week 37 - Kick Chart sepital

Hi, terlupa pulak nak cerita pasal check up hari Selasa lepas... hehehe...

Check up kali ni biasa-biasa je, tak de cucuk apa2 pun. Diringkaskan cerita:

Urine dipstix test : OK - normal
Weight : 65.7 kg (last visit was 64.5 kg)
B/P : 132 / 81 (last visit 128/ 78)

Pastu sepital bagi kick chart baru. Yang sebelum ni saya buat sendiri... tapi nurse tu kata tak ikut stended sepital UM, sebab itu itu stended GH. OOo, ada stended2 pulak. Saya pun blaja le cemana nak isi Kick Chart yg UM punya tuh.

Caranya camnih: Mengira Pergerakan Janin Sehingga Sepuluh

Bermula daripada pukul 9 pagi setiap hari, setiap pergerakan janin akan dikira sehingga jumlah kesemuanya menjadi 10 pergerakan. Kemudian catitkan masa yang diambil untuk mencapai 10 gerakan itu di atas graf yang disediakan.


Jadi, kalau start kira kul 9am, pastu bila rasa baby tu gerak2, tick 1. Tunggu sampai baby berhenti gerak (sebab kalau pergerakan panjang pun dikira as 1). Then beberapa minit nanti kalau baby gerak lagi, tick lagi 1, sehingga 10 ticks. Pastu catit time bila cecah 10 ticks tu. Senang je, baby Aleesya nih, sekejap je leh buat 10 kicks... hehehe... tambah2 waktu pagi, time Mama dia tgh sarapan.. seronot dapat sirap ais pepagi agaknya...

Pastu jumpa doktor, Doktor Ezra namanya. Baik sangat... dia check prot, rasa2 kepala baby yang dah turun ke pelvik, pastu sukat prot, check heart beat baby, pastu dia cuba dapatkan appointment ultrasound untuk saya minggu depan.

Dr. Ezra : Rasa tak baby kicking?
Saya : Ada rasa, selalu.
Dr.Ezra : Ada rasa contraction?
Saya : Err... contraction tu mcm mana rasa dia? Saya tak tahu.
Dr.Ezra : Rasa perot mengeras... tapi sekejap2. Tak menyakitkan sangat...
Saya : Ooo.. itu macam kalu, ada la rasa... (lorr.. selama ni aku ingat baby dok mengeraskan badan, rupanya contraction... ahahahaha [gelak dalam ati])

Dr. Ezra : Kalau ada tanda2 nak bersalin, cepat2 datang hospital ye. Tanda-tandanya:

1) Contraction yang tetap dan kerap. Selang 5 minit, dan lama.. sejam tak ilang2.
2) Pecah air ketuban - kluar cecair jernih yang banyak
3) Kurang pergrakan janin - kalau baby buat kurang 10 kick dari pagi till malam. Tak payah tunggu sampai besok, datang hospital malam tu jugak ye.
4) Kluar lendir/ darah (bloody show).

Saya : Ok.
Dr.Ezra : Ok, kiter jumpa lagi minggu depan.

Hmm.. tu je la doktor pesan.

Perbelanjaan sepital:

Rawatan susulan: RM 6
Vitamin : RM 10
Total : RM16

Monday, March 23, 2009

Week 37 - Bila Mama Start Berkira-kira

Ada lagi 18 hari sebelum cecah due date 10 April. Selain dari menghitung hari... mari kiter hitung expenses yg dah kluar setakat ini...

no. Item Price Total (after discount)
1 Rubber cotsh 15.90
2 mitten & booties 7.90
3 mitten & booties 9.90
4 Plain towel 14.70
5 Face towel 3.90
6 Long sleeve Vest 3.90
7 KIKO baby 17.90
8 Blanket hood 21.90
9 Blanket 24.90
10 Long sleeve Vest 7.90
11 legging NP 7.50
12 jumper NP 12.90
13 jumper NP 17.90
14 ANAKKU napkin 21.90
15 Drypers Newborn 17.30
16 Binder Vel 5.90
17 cotton buds 2.90
18 lock pin 3.50



196.15
19 Pureen wear B/B 4.50
20 B.KIKO toiletries 12.90
21 pegion wear 12.45
22 cuddles wear 15.45
23 pegion wear 12.45
24 pegion wear 12.45
25 B.KIKO wear 14.31
26 pureen accessories 6.00
27 anakku wear 11.61



102.15
28 assorted basic wear 10.96
29 cotton balls 5.86
30 East Island Mar 21.16
31 Facial cotton pad 3.74
32 4 oz bottle 5.86
33 4 oz classic 6.71
34 nursery brush 6.20
35 JB lotion aloe vera 14.36
36 feeding 7.56
37 nose cleaner 6.71



95.60
38 Binder 5.90
39 binder 5.90



9.45
40 Mosquito net 18.90
41 powder puff 9.50
42 2pcs nano 10.90
43 Maternity pad 6.90
44 Face towel 5.50
45 face cloth 9.90
46 BEBE wet wipes 9.90



60.75
47 Tollyjoy Breat pump 99.90



99.90
48 GAP hat 3.90
49 GAP in Romp 20.00
50 GAP Assorted Rompers 16.00



39.90
51 Bumblebee Dimple pillow 10.90
52 Bumblebee Comforter 52.90



63.80
53 Playpen 216.20
54 liquid detergent 14.90



231.10
55 Johnson Baby travel kit 7.90
56 yu yee oil 5.20
57 baby love towel bib 12.51
58 bumblebee nursing pillow 53.83



79.45
59 Bumblebee playpen matress 69.00
60 Bumblebee pillow set 34.00



103.00




61 Sweet cherry Car seat 133.00



133.00



1,214.25






Itu saja setakat ini... banyak jugak dah spent. Ingatkan takkan cecah 1k.. hahahaha... huhuhuhu..

Wednesday, March 18, 2009

Buku Catatan Mama

Walaupun saya pegi check up kat spital semi gomen, saya tak de kad merah (kad ko-op) macam ibu2 yang lain yang pegi sepital/ klinik kerajaan. Ini disebabkan segala butir/ data/ info pasal saya disimpan di dalam sebuah folder kuning oleh pihak sepital. Yang saya ada cuma kad biru yang mengandungi butir2 appoinment sahaja. Jadi untuk mengelakkan kena mengingat terlalu banyak benda (biasanya kalau pegi jumpa doktor GP klinik biasa, derang asik tanya soklan yang sama je), saya pun mula buat buku catatan sejak dari awal lagi. Walaupun nampak mcm tak penting, tapi saya bukannya peknen selalu, jadi apa salahnya saya catit segala sebagai kenangan.. kan??
Terminat la sangat dengan deco kat depan buku nih. Saya pun beli la... tapi ada kaler pink je, tak kisah la..

Weekly weight... ye ye... berat dah ni... tatau bleh balik ke 45kg ke dak... hahahaha...


Segala receipt and ultrasound picture and question/ answers semua saya tempek kat dalam ni..


No. giliran pun nak simpan.. kekekeke...


Bukan takat receipt spital jek, receipt beli barang baby pun simpan.. semua tempek kat dalam ni.

Baby kick chart, TODO list, TO PREPARE list, check list semua ada kat dalam ni.

Selain tu, ada jugak nota2 kuliah pendidikan ibubapa, HOW TOs, steps, tips, dan macam2 lagi la yang saya takut saya terlupa.. saya catit je kat dalam nih.... Diary? No no no... organizer lah! Hahahaha.... (apa kelas panggil diari kehamilan?? kekekeke )

Sunday, February 15, 2009

Week 32 - A Romantic Valentine's

14 Feb - Valentine's Day. Hari di mana orang selalu dapat bunga, chocolate, hadiah dan kad kad ucapan yang romantik. Tapi kali ni plan Valentine's Day saya lain sedikit, takde bunga.. tak de chocolate, tak de card... tapi masih romantik. Saya dah book semua ni sejak 30 Jan lagi.. hehehehe.


Pagi tu bangun awal, kul 7am sebab kelas ni start kul 8am... Dah sampai kat PPUM, hubby drop saya kat Bangunan Rawatan Utama dulu, dia gi park kete. Hari minggu Bangunan ni tutup, kalau hari weekdays, sinilah paling busy sebab ada bahagian Pendaftaran, Pesakit Luar dan Farmasi. Trus amik lif ke Tingkat 2, and ikut signbod untuk ke Dewan Pulasari. Ada meja pendaftaran kat luar dewan. Saya dah memang dah bagi nama awal2 dulu, so just tinggal nak bayar je. Saya serahkan Kad Biru, sebab dia nak chop "Hadir ke kelas Pedidikan Kesihatan". Hehehe.. Tunggu hubby sampai sebab nak 'paw' hubby RM50, bayaran untuk 2 org utk kelas ni.

8.01am - kami melangkah masuk ke dalam Dewan Pulasari. Couple pertama yang sampai rupanya. Orang lain blom sampai, or tak jumpa dewan kat mana la tu. Dah lama tak dok dalam dewan kuliah camni... teringat masa dok kat U dulu. Dok sebelah ngan hubby jugak masa lecturer ngajar.. hehehe. Hubby pulak tak habis2 menguap... sian hubby kena bangun awak pepagi Sabtu.
Dalam dewan kuliah tu ada projector, ada katil yang penuh ngan baby (doll), ada bakul yang penuh ngan breast, ada meja yang ada baby bath tub, changing matress, baby powder, cotton wool, dan peralatan mandian baby yang lain.
Dolls untuk prektis breastfeeding, changing diapers, mandi dan sebagainya. Yang dalam bakul tu semua breast squishy2. Sebelah bakul tu pulak, pelvic bone.. untuk demo proses pelahiran. Katil tu leh adjust baring/duduk.. untuk demo breastfeed sambil baring, and proses pelahiran nanti.
Lampu kat dalam dewan ni cam kelam2 sket.. ye la.. nak pakai projector kan.. kang tak nampak display pulak.
Sebelum kelas bermula, setiap couple yang datang di beri 'seorang' baby (doll), dan 2 breasts, satu untuk wifey pegang, satu lagi untuk husband pegang. Husband pun kena take part jugak dalam kelas ni. Mulut baby kitaorang comot kena marker dari nipple breast tu (nipple ngan areola dikalerkan dengan marker hitam/ coklat). Ye lah.. kan nak kena tickle nipple kat bibir baby sebelum baby open wide, kan?? Baby lain pun mostly mulutnya comot kena marker jugak... Lepas dibogelkan, oh! kami dapat baby girl! Hahahaha...

Kelas ni tak formal sangat.. ada lawak.. tak buleh segan/ malu-malu.. kalau ada apa yang tak tahu, angkat tangan trus tanya jek.. tak payah tunggu sampai akhir kelas. Ada lebih kurang 13 couples yang hadir. Semuanya sporting, suka volunteer bila kena demo kat depan stage. Semua sempoi2.. ada malays ada chinese and ada 1 couple foreigner. Memandangkan ada foreigner, kena la dwi bahasa.. but mostly, cakap melayu jek. kekeke.. senang nak explain.

Masa kat meja pendaftaran tadi, ada dapat goody bag ada corak2 tenun, file, freebies, discount vouchers and beberapa brochers..
Secara ringkasnya, apa yg saya blaja kat kelas tu:

  1. 8:35am - Penyusuan susu ibu
    • Kepentingan susu ibu terhadap Ibu dan Anak.
    • Tenangkan fikiran, sokongan dari suami dan keluarga. Mind setting, semangat jitu..
    • Cara memegang baby - cradle hold, cross cradle hold, football hold..
    • Cara breastfeed yang betul - Pegangan C, baby tummy-to-tummy, tickle, open wide..
    • Cara perahan dan penyimpanan susu yang betul. - untuk working mommies, daddy pun kena..
    • Cara urutan yang menenangkan - daddy kena urut blakang mommy.

  2. 10:30am - Break. Bihun goreng, karipap, buah betik, air milo. Makan sambil tonton video about breastcrawl.

  3. 11:00 am - Labour and Birth - A Unique Experience. (Proses Pelahiran)

    • Kemasukan ke hospital - Bawa apa? Bila? Ke mana? Kepastian dalam proses pelahiran, enema...
    • Peringkat pertama - Ngiring kiri, breathing technics (tarik nafas dalam dan panjang)
    • Peringkat kedua - Teknik meneran semasa kontraksi, rehat antara kontraksi..
    • Peralatan dan lain2 - Demo: Epidural, Entronox, forcep, vacuum.

  4. 12:30 pm - Take 10 (break)
  5. 12:45 pm - Penjagaan Selepas Bersalin
    • Penjagaan Ibu - pemakanan, kebersihan luka bersalin, senaman...
    • Penjagan Bayi - pemakanan (susu ibu), kebersihan - cuci muka, cuci kepala, mandikan baby, cuci tali pusat, membedung, menukar lampin...
    • Tanda2 kecemasan dan rawatan segera..
Kelas habis dekat2 kul 2pm... sarapan je disediakan, so tak de la makan tengahari. Dengan ilmu penuh di dada, kami pun mengucapkan terima kasih kepada kaunselor-kaunselor yang banyak membantu, termasuk la Timbalan Pengarah Unit yg kebetulan datang melawat jugak hari tu, dia pun dari Gynae and Ob jugak. Semua persoalan dah terjawab, siap ada demo cemana nak push semua.

Tahap confidence saya pun semakin stabil la.. ye la.. kan tinggal lagi 8 minggu je nih.. perasaan takut tu memang ada la kan...? Tambah2 mak saya tak ajar pun mende2 ni semua... sebbaik la ada kelas.. kurang2nya tak de la saya ngan hubby terbangak-bangak nanti.