Monday, September 6, 2010

Setem oh setem

Semua dah sedia maklum, dizaman ICT ni mana ada orang nak hantar kad raya lagi dah kan... Tu yang jadi sangat seronok nak mengepos dan menerima kad raya.. sebab RARE... jarang orang buat. 
Dulu kecik2 kat skola ada jual kad raya lambak atas meja kantin... murah-murah je... suka beli byk2 untuk bagi kat kawan-kawan... and sampai sekarang, masih lagi menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia untuk hantar kad raya kat kengkawan... traditional, kan?

Tapi lately, harga setem dah naik... Ramai yang tak amik tahu. Ye la.. orang dah kurang hantar surat melalui pos, kebanyakannya email, MMS tak pun SMS aje, lebih cepat, lebih murah. Jadi posmen-posmen yang banyak berjasa ni cam tak naik-naik la gajinya. Setelah dinaikkan harga setem 100%, baru la posmen-posmen dapat naik gaji...

Selepas Pos Malaysia mengishtiharkan tarif setem yang baru, setem untuk kad raya = 50sen (bukannya naik byk mana pon...) Setem untuk surat biasa, 60Sen (dulu 30sen).

POS MALAYSIA TAWAR SATU KADAR RATA BAGI KAD UCAPAN PERAYAAN

Para Pelanggan yang dihormati,

Mulai 1 Ogos 2010 sehingga 28 Februari 2011, Pos Malaysia menawarkan kadar istimewa 50 sen bagi pengeposan kad ucapan perayaan. Kadar promosi yangditawarkan ini adalah untuk kad ucapan pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50gm ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia. Kadar rata ini menawarkan anda penjimatan kos pengeposan. Namun, bagi kaducapan perayaan ke destinasi antarabangsa, kadar pengeposan yang dikenakan adalah mengikut caj biasa sama ada mengikut penghantaran laut atau udara.

Tapi ada jugak yang tertinggal bas.. tak tahu pasal harga baru nih, hantar kad raya dengan setem 30sen...
 Ni contohnya..

Tengok, kan dah kena chop ngan Pejabat Pos.. Sapa yang nak bayar lagi 20sen short nih? Takkan potong gaji posmen tu kot... sian kat dia..

Tapi ada jugak yang prihatin... Meletakkan setem dengan nilai yg sepatutnya.. Ada jugak yang hantar kad raya dengan 2x setem 30sen... Ok la kan, biar terlebih, jangan tak cukup.. Katanya, setem 30sen je yang banyak.. so lekat 2 lah...

Ok la... kepada sesiapa yang blom tau tu, dah tau la kan pasal tarif setem yang baru... Hehehehe...

Wednesday, August 18, 2010

Alphabet pasta uncovered.

Ramai pulak yang bertanya dimana beli alphabet pasta nih. Asalnya mula-mula dulu beli HEINZ Cook at Home punya, jumpa kat pasaraya Bintang. (Mana-mana pasaraya pun ada jual ni, kat bahagian makanan baby)
. HEINZ Pasta Alphabet Shapes ni campur2 kaler2... ada kuning, ada ijau ada merah

Ni rupa kotak HEINZ Pasta Shapes tuh.

Tapi lepas tu, jumpa yang ini pulak kat ColdStorage, murah sket dari HEINZ punya. Alphabets jugak, cuma kaler kuning je. Kat bahagian pasta ye, bukan kat baby food.

Ni rupa alphabets sebelum dimasak

Ni resepi kat belakang kotak HEINZ Pasta Shapes. Bleh beli kuah pasta yang direkomenkan, sedap!

Ni pulak tak kaitan ngan alphabet pasta shape. Saja je nak tunjuk mcm mana rupa kotak mash potato instant, just add hot water. Ni pun beli dari ColdStorage jugak.

Tuesday, August 17, 2010

Bento #44 - Patrick sakit perot

Ntah naper dia sakit prot ntah.... gastrik kot time-time posa ni... :p

Tummy-ached Patrick

kesian dia kan ???

Wednesday, August 11, 2010

Bento #43 - Anak bulan Ramadhan

Bento anak bulan + brokoli + ikan dori goreng + sup + petit miam vanilla


Okay, kepada semua yang berpuasa... diucapkan selamat berpuasa. Mohon ampun dan maaf kalau ada kata-kata atau tulisan yang menyinggung perasaan sesiapa. E-cha tak reti posa lagi, so Mama dia kena la masak bento buat bekal dia kat school. hehehehe

Hari tu dok baca ni:

Beautiful Examples of Transparent Screen Trick Photos

pehtu nak gak le try test skali...

Hahahaha.. ok la.. not bad for 1st try. Untuk yang tak paham apa saya cuba buat, saya nak buat konon-kononnya screen ni transparent, nampak apa benda kat blakang... So amik la gambar apa kat blakang screen tu, then set as desktop wallpaper, efek transparent la kunun.. cehh...

Tuesday, August 10, 2010

Bento #42 - Golden Rice and 3-eyed aliens

Semenjak dua menjak ni E-Cha suka makan nasik goreng. Dah 3 hari berturut-turut makan nasik goreng, habis licins. Mama goreng nasik ngan planta. Sedap jugak. :p (puji diri sendiri la tuh)
Bersama sup alphabets + celery + carrot

Picture 038
Kat igentis - makan nasi goreng planta

Picture 014

Picture 012

Picture 026

Picture 036
Lambai kat Papa... (dia dah penin sebenarnya, naik mende pusing2 nih.. hahahah)