Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

5 May - Election and Anniversary

Happy 6th Anniversary, Sayang. 
Semua orang bz ngan election, kiter celebrate ngan makan aiskrim je lah...

Tuesday, December 6, 2011

15 years ago...

15 Nov 1996
Sebenarnya saya dah jadi secret admirer dia memang dah lama... First time nampak dia masa tumpang kete Cikgu Zul (cikgu Matematik) nak outing ke Pekan Bukit Mertajam. Masa tu turn girls outing. Saya ingat dalam kete cikgu nanti saya nak dok depan, nak sembang-sembang ngan Cikgu and kawan saya Ana akan dok belakang. Masa nak naik kete cikgu tu, Alamak!! Dah ada orang dok kat depan pulak.... Budak laki.. Cute pulak tu... Terpaksa la saya ngan Ana dok belakang... Cikgu Zul pulak asik sembang ngan budak laki cute tuuuu je. Seolah-olah kami ni tak wujud pun kat belakang.. Apa yang derang sembangkan kami pun tak paham... Intel.. CPU... motherboard.. graphic card.. amende la tuh...
Saya tak nampak sangat muka budak laki cute tu masa dok belakang, tapi saya tanya la kat Ana, sapa nama budak tu... Ana kata Syamaizar - 5 Merah.
Sejak dari hari itu, saya cuba menyelinap masuk ke Pejabat dan curi buku log biru (buku maklumat pelajar) kelas 5 Merah... Selak punya selak... saya nampak nama Syamaizar, no tipon dia.. alamat umah dia... Nama bapak dia.. attendance record dia pun saya tau. Hahahaha...
Sebagai secret admirer, saya hantar 1 buah oren sempena Valentines Day delivery (budak form3 ngan form4 rajin buat delivery nih), "From: anonymous" Tak berani tulis nama sebenar. Wakakakaka!!!
Saya pun selalu kacau dia nak pegi lab kimia. Saya ngan 3 orang kawan dok melepak kat koridor tak bagi dia lalu... hehehe.. Lepas perhimpunan pagi, saya akan keja dia naik tangga (barisan Form5 jalan dulu) sampai ke kelas... Laju btol budak cute ini lari naik...
Ada satu petang, ayah saya datang melawat and kitaorang makan kat kantin sekolah. Kebetulan budak cute ini lalu belakang bengkel KH, depan kantin. "Ayah, Anis nak budak itu" sambil tangan tunjuk ke arah budak cute yang dah start lari-lari anak nak naik tangga gi kelas 5 Merah time game. "Ok, nanti ayah gi panggil dia.." Blom sempat ayah abis cakap, dia dah hilang, lari naik kelas.  

Malam Perpisahan Tingkatan 5 - Budak cute pakai vest and nyanyi lagu 2by2 ramai-ramai. Haih... bikin hati cair ajek... Masa salam-salam mintak maap ramai2, nampak kelibat budak cute berjalan meninggalkan dewan makan... Alamak, takkan dah naik dorm kot! Then cepat2 capai sorang budak laki form1, "Adik, stop abang tu, cakap akak ajak tangkap gambar, sekejap je..." Budak tu pun berlari ke arah budak cute.. Eh, ramai pulak orang kat situ, harap2 budak tu sampaikan mesej kepada orang yang betul. Fuuhhh!!! Nasib baik betul. Budak cute patah balik, saya pun tersengeh sampai ke telinga, tersepot-sepot kemaluan. "Nak amik gambar ke? Kat mana? " Adeh.. lemah lutut dengar suara Budak Cute. "Situ.." Main tunjuk ke kat baseball court. Capai sorang kawan yang ada kat situ suruh jadi photographer kejap. (Dia tak de skill ok, tali kamera halang lens)
Lepas amik gambar, "Nanti nak ye gambar ni.." Budak Cute mintak sebelum bergerak pergi. "Kalau nak, bagi la alamat.. Nanti leh saya poskan... Kalau boleh tulis biodata sekali.." hehehehe.. saja ayat sopan, padahal dah tahu dah alamat budak cute. "OK, kiter jumpa Isnin depan, kul 2PM depan library. Tukar biodata."

Lepas tu dia blah, naik dorm. Saya masih di situ.
....
....
 "AIK? Tak nak tanya nama saya ke ??????????!!!!!! "

Happy 15th Anniversary , Sayang.

Monday, May 16, 2011

Happy 4th (Wedding) Anniversary

3 purple roses for our anniversary
Hubby minat kaler purple, jadi saya pun order special delivery ke officenya 3 purple roses for our anniversary.
Eh, bunga ni dari saya untuk Hubby. Ada ke saya kata dari Hubby untuk saya ??? Ngehehehehe....

Selain itu saya juga belanja Hubby Lunch Set kat Secret Recipe... Sekali sekala je saya banjer tau... :P

Monday, November 15, 2010

Our 14th Anniversary


Surprise flower delivery to office Papa with a message: "balifeel @ 1pm. I'll be waiting"


lemongrass delight drink - refreshing!
Kenangan balifeel
Ayam Penyet balifeel
Es Teller
Kul 12pm baru call Four Season Florist & Gift kat Bangsar South, pesan 3 stalks rose for delivery ke office Papa @ Horizon, Bangsar South. Ala, kedai bunga tu kat bawah office papa jek, free delivery. RM20 je utk bunga. Message dalam tu tulih: "balifeel @ 1pm. I'll be waiting."  Pesan kat orang bunga tu, suh hantar kul 12.45pm.

Call balifeel, Bangsar South, reserve meja untuk 2 orang, indoor. Time lunch balifeel ni sentiasa penuh, so untuk memudahkan, saya buat reservation lah.

Kemudian jam 12.30pm saya memecut laju (60km/j je pun..) dari Seksyen 16 ke Bangsar South. 12.52pm saya dah sampai parking. Terus ke kedai bunga, buat bayaran. Orang kedai bunga tu cakap, dia dah deliver tadi.. Papa sendiri yang sain, terima. Then ke balifeel, penuh. Nasib baik dah reserved. Tunggu Papa datang ke balifeel sambil2 selak menu. Perut lapa nih, rasa mcm nak makan semua yang dalam nyiru tuh. hahaha..
Tapi saya order M01 - Kenangan balifeel (RM12) ngan D10 - lemongrass delight drink (Rm5.50). Papa order ayam penyet (RM8.90) + nasi putih (RM ntah) ngan Es Teller (RM6). Lagi murah dari BumbuBali dan boleh-habis-makan-sorang.

Selalunya kalau celebrate anniversary mesti dinner kat BumbuBali ke.. or tempat2 lain, tapi dinner la. Cuma kali ni.. nak ngelak dari gangguan mahkluk halus (E-cha) maka kami celebrate dengan lunch date je. Boleh makan dengan aman, sepuas-puasnya. best! best! best!

Lepas lunch, Papa bagi bunga yang dia dapat tadi, suruh saya bawak balik.. dia segan nak usung, besar. Walaupun hanya 3 kuntum ros pink jek :D

Four Season Florist & Gift,
Unit LG 13a,The Sphere,no.1,avenue 1, Bangsar South,
No.8,jalan Kerinchi,Kuala Lumpur 59200
03 - 2241 2248
012-306 3747 (Ms Jayne)

balifeel
Avenue 1, Lot G-5, GF, The Sphere,
No. 1, Avenue 1, Bangsar South, KL
03-2241 3188

image credits: kellyc and eat drink KL