Tuesday, May 31, 2011

Kena clorox di ESQ

Hahahaha.... Dulu mak dah hantar masuk sekolah agama, ko lari gi SBP. Dulu2 zikir Asma Ul Husna hari-hari kat sekolah masa perhimpunan... berQiamualail rajin sekali... Hati pun masih putih... 

SEKARANG? Fuh... Sendiri pikir lah... Hati dah makin gelap.. mana tak nya, hari-hari zikir mencarut jek... Hati tak tenang... Mulut asik nak membebel bila kena buat keje rumah sorang-sorang... Hati suka berprasangka buruk, kata yang macam-macam yang tak elok... Huha sana.. Huha sini... 

KINI... Kompeni wajibkan pegi ESQ LeaderShip Training (Basic Training). Fuh.. bukan takat kena basuh, kena clorox... Baru sedar yang selama ini dah makin jauh dari Tuhan dan Rasulullah s.w.t. Pegi keje tak pernahnya ikhlas LillahiTaala... Cukup bulan tunggu gaji... Takde hala tuju... Asik lompat2 keje.. Tak tahu apa yang dicari... Nilai2 murni yang sememangnya dikurniakanNya tak diamalkan dalam kehidupan seharian... 

3 hari ikut Training ESQ kat Kompleks Tabung Haji - semua yang pegi kata: Sapa yang pegi ESQ ni mesti menangis... Menangis sebab tersedar siapa diri kita disisiNya.. di mana kita.. ke mana kiter akan pergi... Kalau dah sampai kena usung dalam keranda, dah masuk liang kubur.. Kalau tak insaf lagi masa tu, tak tahu lah... Cukup ke amalan kita kalau Allah nak tarik nikmat hidup bila-bila masa je? Aku jawap: Tak...
Sapa Tuhanmu? Allah. Wang ringgit bukan tuhanmu. Anak-anak bukan tuhanmu. Jawatan tinggi bukan tuhanmu... Siap diazankan di telinga. Bila last sekali orang azankan di telinga kita? Masa lepas lahir, je kan?
Bila last sekali kiter mengucap kalimah Syahadah dan betul-betul memaksudkannya? Aku jawap: Tak pernah.. Sebab lahir2 dah Islam. Mak Pak Islam.. Bila disuruh mengucap betul-betul... baru terasa bergetar jiwa...

Nasib baik lah kompeni hantar pegi ESQ. Kalau harap nak pegi sendiri, haih entah bila la agaknya... Sebab kos untuk Basic Training = RM1380 seorang. Ada jugak ESQ Kids (10-12thn), ESQ Teen (remaja), ESQ Graduates, ESQ Executive (untuk boss2 yang asyik main golf sampai lupa waktu Asar). Insyallah, kalau ada rezeki, nak bawak En. Hubby pulak pegi... sebab kalau saya nak berceramah kat En Hubby, tak berkesan macam Trainer tu bagi. Ada aktiviti2, ada sorakan semangat, ada nyanyi2, ada yang tersirat di sebalik yang tersurat dalam aktiviti cam melontar jumrah, sai'e, tawaf yang boleh diambil iktibar dalam kehidupan dan pekerjaan harian. Supaya setiap langkah kita, setiap kerja kita menjadi butir2 ibadah kepada Allah setiap hari. Insyallah... Cewah! :p 

Tepuk dada, tanya diri.

Pak Aminul sedang berlakon aksi orang kaya

Saya ikhlas nak pergi ESQ ni, bukan sebab Trainer2 dia ganteng-ganteng.. (Tapi memang pun!)

Semua berebut2 nak bergambar sebelah Pak Aminul. Ganteng. Gahahahaha!

Mengambil kesempatan..

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day (DIY Ferrero flowers by Aleesya)

Dear Teacher...

Aleesya tolong Mama buat ferrero flowers ni malam tadi..
(Tolong kacau dan tolong makan)

Untuk teachers for Teacher's Day

12 ferrero flowers for 12 teachers, and 1 is for Aleesya !!!
Sebagai menghargai jasa cikgu-cikgu di sekolah Aleesya, Mama buatkan ferrero rochers flowers sempena Hari Guru (16 May 2011). Mama tengok cara-cara nak buat tu dari sini. Senang je rupanya... Kalau beli hand bouquet ni kat kedai, half dozen (6 ketul ferrero) harganya RM30. Yang ni Mama beli 16 ketul ferrero, baru RM24. (12 untuk teachers, lagi 4 Aleesya makan). Kertas krep RM0.80 sewarna. Pembalut buku latihan RM1.90 - 20 sheets. Cuma Mama tak pakai lidi satay, mama pakai chopstik buluh. Modal RM30 je.

Masa hantar Aleesya tadi, teachers semua senyum je tengok Aleesya bawak bunga... 
Bunga untuk Cikgu.

Happy Birthday To Me...

Tahun lepas celebrate my birthday kat Langkawi, tahun ni.... jeng jeng jeng... kat umah jek :p

A Birthday Card from my company


Signed by CEO


Happy Mother's Day !!!

Handmade Card from Aleesya (with a lil help from teacher of course)

Aleesya showing her Mother's Day card
Muka kelat pasal kena paksa posing masa tengah sibuk layan Dora kat tv.

Inside the card.. (Mata still kat tv, tengok Dora)

Thank you my dear... =)
Saya juga telah mencari Mak saya untuk menghadiahkan dengan ucapan Happy Mother's Day, set gelas dan sudu dari IKEA. Hehehehe... 

Aleesya with Upin & Ipin













Di manakah ini??

Kami lunch di Geng Corner, cafe bersebelahan dengan Les Coupaque Production, tempat pembikinan Upin & Ipin. Menunya kampung styled, ulam-ulaman, sambal tempoyak.. Memang menjilat jari.

Aleesya memang suka Upin & Ipin, maka terpaksa la belikan tumbler Upin & Ipin sebagai umpan untuk balik. Kalau korang nak pegi shopping baju Upin & Ipin, leh pegi Butik dia, sederet ngan production house tu jugak... Banyak lagi merchandise yang lain.. sediakan pulusnya aje..

Les' Coupaque Production,
No.1, Jalan Boling Padang G13/G,
Section 13, Shah Alam.

Untuk yang tak tahu, cari TESCO Stadium Shah Alam, kat shop area tak jauh dari belakang tesco tu jek... Pusing2 la 1 round ye...

Happy 4th (Wedding) Anniversary

3 purple roses for our anniversary
Hubby minat kaler purple, jadi saya pun order special delivery ke officenya 3 purple roses for our anniversary.
Eh, bunga ni dari saya untuk Hubby. Ada ke saya kata dari Hubby untuk saya ??? Ngehehehehe....

Selain itu saya juga belanja Hubby Lunch Set kat Secret Recipe... Sekali sekala je saya banjer tau... :P

Misteri Kehilangan Munkey

Pada 21 Sept 2007, Munkey hadir bersama sebakul bunga dan Ferrero Rocher sebagai hadiah hari jadi Papa 

21 Sept 2007 - Papa tayang Munkey dia

Munkey telah berpindah milik pada June 2009.
Sejak dari detik itu, ekor Munkey berbau sangat busuk akibat digeget dan digentel Aleesya ketika tidur..

Munkey jugak turut dibawa ke majlis2 rasmi sebagai penghilang boring

Munkey juga menjadi teman rapat ketika Hari Raya (2011)

Munkey jugalah yang menjadi penghibur di rumah, selain teman tidur.

Aleesya & Munkey - tak dapat dipisahkan...

Namun, pada 28 April 2011, Munkey telah HILANG. Turun naik turun naik Papa mencari dalam rumah.. dalam kete.. dalam rumah... dalam kete.. Tapi tak jumpa jugak.. Aleesya dah nanges nak tido, nak Munkey dia... Nanges teresak-esak sampai la terlena... 2 malam sebut "Munkey.. Munkey.." dalam tido.. Di mana pulak nak mencari si Munkey ni... Tak ada yang sama sewaktu dengannya dipasaran pulak tu... Yang seakan2 je ada...

Pada 30 April 2011 - Mama dan Papa telah membuat Operasi Mencari Munkey Baru di One Utama. Yang paling dekat rupa dengan Munkey yang lama ialah NICI...




Happy la dapat Munkey baru.. Terkam terus dari atas rak dalam kedai..
Namun, kalau dah jodoh, takkan ke mana kan... Pada 11 May 2011, setelah genap 2 minggu kehilangan Munkey... Ketika balik dari kerja, Papa ternampak objek seakan-akan Munkey tersidai di ampaian rumah bawah, tak jauh dari kami letak kereta. Papa kata itu memang Munkey... Jadi Papa pun meminta jasa baik tuan rumah bawah tu untuk memulangkan Munkey...

Munkey yang baru dijumpai, setelah disamak, direbus, dibasuh, di-spin dan menunggu kering sebelum kembali ke pangkuan Aleesya.
Maka sekarang, Aleesya sayang kedua-dua Munkeynya... Yang lama dipanggil Munkey, yang baru dipanggil Munkey Uu Aa Uu Aa.
(Munkey ada ekor = kera)
(Munkey Uu Aa Uu Aa tak de ekor = chimpanzi yang berbunyi Uu Aa Uu Aa)

Maka, selesailah Misteri Kehilangan Munkey...