Friday, May 15, 2009

Bila Mama Pakai Celana...

CHOPPP !! Sebelum Mama buleh pakai celana dan kluar berfoya-foya semula... Mama kena makan nasik kunyit dulu. Nasik kaler kuning, dimasak dengan serai + halia + lada hitam + daun pandan... bunyi macam nasik lemak je kan? Hehehehe... masa makan nasik kunyit ni, kena berselawat dan niat dalam ati agar dinaikkan seri. Lepas tu Mama kena mandi dengan air buah limau purut pulak.

Misi hari ke 40:

1) Cari neseri untuk park Aleesya bila dah start keje nanti.
2) Bawak Aleesya pegi PPUM for her immunization and Mama punya check up for 6wk.

Papa dah amik no tipon neseri kat blakang opis, ada 2-3 neseri tapi satu je yang listed under Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mama dah call and dah set appointment nak melawat neseri tu untuk bincang dengan lebih lanjut.. Tapi Mama terlupa plak nak amik gambar neserinya pasal tangan penuh mengangkat Aleesya dalam car seat. Secara keseluruhannya, keadaan neseri tu ok dan teratur. Bersih, selamat dan hiruk pikuk.. hahahaha...




So, lepas sesi lawatan sambil belajar dan sesi soal jawab, Mama bawak le balik borang pendaftaran + fees yang kena Mama bayar kalau jadi nak letak Aleesya kat neseri ni...

Registration : RM100
Deposit : RM400
Monthly : RM500

Total : RM1000

WHOA !!!! hahahaha.. tapi apa nak buat, Aleesya still breastfeeding, so Mama tak bleh nak letak Aleesya kat neseri yang jauh dari opis. Nak tak nak, letak je la. Neseri lain pun, lebih kurang gini jugak harganya...

Jadi misi seterusnya, ke hospital. Appointment pukul 2pm (Papa kena la ponteng semayang Jumaat). Nampak macam tak ramai orang, tapi jumpa balik muka2 yang pernah dilihat di Wad Bersalin dulu.. hahahaha..

Aleesya kena bukak baju ngan seluar, tinggal pampers jek. Then timbang berat dia.

Berat Aleesya : 5.445kg (masa lahir 3.032kg)
Ukur lilit kepala: 36cm (masa lahir 33cm)

Masa tengah duduk menunggu tu, Aleesya yang tidak berbaju kesejukan dalam bedungan nak susu pulak.. so terpaksa la Mama bukak ponco dan BF Aleesya. Hmm.. cara ini dapat memanaskan badan rupanya. Then number kena panggil. Mula2 Mama kena check dulu. Doctor pompuan muda tu tanya itu ini dari pasal luka bersalin, nifas, breastfeed hingga lah ke perancang keluarga. Mama jawab semua sambil susukan Aleesya jek.. hahahaha...

Then tunggu number kena panggil lagi, kali ni turn Aleesya pulak. Paed yang check Aleesya doctor pompuan.. cantiknya mata dia... dia picit2 Aleesya sini sana, test Aleesya alert ke tidak, leh senyum ke tidak.. tulang blakang ok ke tidak.. heartbeat, organ dalaman, kecerdasan dan segalanya lah.. Dia bg tips mcm mana nak dapat perahan susu dengan banyak jugak..

Lepas tu Aleesya kena masuk bilik suntikan di mana kedua2 pehanya telah menjadik korban suntikan DPT dan Hep B dan mulutnya yang sedang menjerit2 sakit tu pulak dititis kan ubat polio. Kesiannnnn.... (Mama yang kena pegang kaki dan tangan Aleesya terpanik sekejap tgk anak tgh melalak kena cucuk peha).

Mama menenangkan Aleesya yang melalak tu seraya meninggalkan bilik suntikan untuk ke kaunter bayaran dan amik Paracetamol perisa cherry untuk Aleesya. Aleesya kena puasa setengah jam (supaya ubat polio tadi tak dimuntahkan balik) then kena minum ubat demam ni bila sampai rumah nanti.

Di kaunter bayaran, Papa bayar duit ubat.. then bayar duit extra masa bersalin RM13 tu sekali. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, walaupun Aleesya melalak la kejap, for 10mins camtuh. Dalam sebak2 tu, dia berbunyik la jugak... agaknya maki2 nurse yang cucuk peha dia tadi... (takpe.. Mama dah babab dah nurse tuh) dan mengadu yang peha dia sakit.

So malam ni, tak tido la mama ngan papa sebab Aleesya pun tak brapa nak lena... merengek bila terjaga. Biasa la.. nak bermanja la tu.. asik nak dipeluk jek... (Pa.. aku ngantuk ni Pa.... )

Haih.. sok nak berjalan lagik....

2 comments:

  1. jalan la puas-puas... tinggal berapa hari je lagi boleh berfoya-foya sblm start keje

    ReplyDelete
  2. sedap ke nasik tu??hehe jalan2 nnti dh start keje dh takleh sgt dah..

    mahainye neseri aleesya..takde yang murah sket ke?

    kiutnye nmpk aleesya ni..tp aku still tak nmpk lagi muka sapa hihii

    ReplyDelete