Sekejap je dah abis puasa. (Cewah, macam la puasa penuh :P ) Dah raya.
Nasib baik la masa nak dekat raya tu, kurang dah muntah2... just perot tak bleh kosong je... rasanya nak abis dah kot morning sickness ni. Lega sikit rasanya.
Isnin sebelum raya tu balik Ipoh. Sampai je Ipoh, mak masak gulai remunggai. Alamak, gulai feveret nih, tapi tak leh makan byk2 pasal remunggai ni berangin. So, makan sikit je la.. mak heran kenapa lauk feveret ni tak abis plak kali ni. So terpaksa la explain kat mak, takut angin, kang termuntah. Memang lepas makan remunggai tu, rasa nak muntah pun, ter wek wek wek je kat dapur, mak ingat pasal geli masuk toilet umah dia. Mak suh ayah cuci toilet pakai Dettol, bagi wangi. Laaa... mak, ayah... bukan nak termuntah pasal tu la... ni nak termuntah pasal lain, eh cemana nak cakap kat depa eh?
Last2 mak sendiri tanya... peknen ke? Haah. Dah brapa bulan? 3 aku jawab. Fuh.. lega pun dah bagitau. Lalalalala...
Total 17 hari la kena ganti puasa tahun ni. Banyak tu. Sempat jugak la jadi tukang merasa (dan meratah) rendang ayam yang mak masak petang tu untuk raya besoknya. hahaha.. Malam tu berbuka last dengan bihun sup. Sedap bihun sup mak, tambah berkali kali. Esok raya, sambung makan lagi. Malam raya lepas penat tolong mak memasak, tido awal, sok nak bangun awal, nak balik beraya kat K.Kangsar.
Sarung ketupat nasi (beli siap, 50sen 1) dan sarung ketupat palas yang kami anyam sendiri.
Dengan hubby di pagi raya. Masa ni dah sampai K.Kangsar.
Rantai raya tu nampak je besar, tak berat pun.. :p
Kontrol ayu di pagi raya..
Tgh makan kerepek sambil men-cover prot :D
Beraya kat umah Pak Teh, Mont Kiara. Baju kebaya yang besar (saiz M) untuk men-cover prot supaya kurang menonjol.
Pos control ayu.
Tengah makan briyani ayam ngan hubby. Sedap, 2 kali saya tambah.
Gambar di mana saya gagal men-cover prot. Kantoi suda, nampak da prot saya...
Amik gambar depan cermin yg besar...
Parents nak beraya ke Seremban - Pilah on raya ke 4 tu. So, on the way nak gi Seremban, derang singgah, hantarkan jambu bertih yang saya idam-idamkan yang dipetik fresh oleh abang saya dari kampung dia kat Grik, jauhnya gi cari jambu nih. Akhirnya, dapat jugak saya mencicah jambu bertih. Huuu ~~ seronotnya. Mekaseh mak, ayah, abang.. tolong carikan.
On the way balik dari Pilah, mak singgah Kg. Salai. Mak shopping keli salai (feveret saya ni), puyuh salai, dan paling special, kancil salai. Haaa... ni la rupanya kancil salai tuh. Comel tak??
Elok je bersimpuh atas pinggan. Masak lomak cili api, sodap nih.
Itu je la criter raya saya tahun ini. kalau nak tgk lagi banyak gambar2, pegi tgk sendiri kat Flickr saya. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment