Tuesday, July 13, 2010

Bento #25 - Panda? Rakoon? Tanuki?

Semalam ibu jari tangan kiri terluka masa tengah potong-potong capsicum untuk tabur atas pita pizza. 1/10 ibu jari jugak la.. Adeh... Ternganga plak tuh... Adeh... Sebbaik hubby tolong sambung masak pita pizza tuh, nyam nyam.. 

Tanpa bantuan ibu jari tangan kiri, dapat buat bento yang simple-simple je la untuk E-Cha hari nih

Panda? Rakoon? Tanuki? Apa-apa je la...

Carrot mashed potato ngan edamame

Sup suhun and potato bentuk star, music notes and bear

Monday, July 12, 2010

Aleesya Shopping for Raya

Ye, saya tahu.... puasa pun dak lagi.. tapi dah shopping untuk Raya. Hahaha.. yang penting, tahun ni tak nak beli last minute dah. Beli la awal-awal... lepas ni jangan toleh/ masuk pun mana2 yang ada sales untuk Raya (cewah). 

Dah pandai turun naik tangga

Mama bawak henbeg, dia pun nak henbeg jugak..


Excited nak gi shopping

Bento #25 - Paul, Mr. And Mrs. Crab, Hot Chicks

Obviously, bahan-bahannya ialah sosej black pepper ayamas, telur puyuh, carrot dan seaweed.
Crab tu pakai acuan memang untuk buat crab ye. Saya sebenarnya baru meng-online shopping kat Bento Craft (http://bentocraft.com)

Antara yang saya baru beli:
Jumaat order online, hari Sabtu dah sampai. Memang bertambah bersemangat nak mem-bento! hehehehe... Selamat menyopping !!!

Bento #24 - Gossip Girls

Saya memang menyampah ngan citer XOXO.. Gossip Girl tuh.. memang tak bleh blah... geli geleman. Tapi bento hari nih, ialah 3 orang budak pompuan dan sorang budak lelaki (tatau la psl apa tersesat sorang laki nyah kat situ) tengah bergossip.


Nampak cam seronok je ngumpat kan???

Bento: Rice ball perisa ikan bilis, rambut merah crabstik style ala Madonna, seaweed yang ditebuk guna puncher, pasal tu elok ja.

Friday, July 9, 2010

Bento #23 - Geroro Socho yang garang (tapi kaler pink)

Ok, ini ialah Geroro. Dia ni serius jek... Muka bengkeng jek. Tapi dia suka kat Natsumi-chan. :D
Ye, dia sedang berdiri di atas bento di bawah:
Alahai... Muka ganazzzz tapi kaler pink la plak !! :p
parut kat mata tu pasal dia jatuh pokok jambu eh.. parut peperangan. Dia kan ashkar yg gagah berani.
Ni telur puyuh. Bukan gula-gula..
Sosej black pepper berbajukan roti putih, bertali pinggang seaweed, sebab takut baju terbukak, telur puyuh yang dah direbus dan di touch-up, soohoon goreng lebihan dari sup soohoon dan kentang perisa ayam.

Ni pulak muka budak mengantuk ketika naik kete Doraemon. Dah nak terlena dah walaupun tengah pegang steering. Best kot berbuai-buai kat dalam tuh... Bila mesin tu berhenti, nanges kuat pulak.. sebab terkejut, mesin berhenti tiba-tiba, terus terjaga dari lena... Hahahahaha.. E-cah.. E-cha...