Tuesday, June 30, 2009

Aleesya and The Transformers @ Queensbay

26 June
Papa begitu bersemangat nak join event Transformers Convention @ Queensbay Penang. Mama pun kasi chance la kat Papa.. Hari Khamis (25June) Mama dah siap2 pack barang2 Aleesya, termasuk barang2 Mama ngan Papa. Papa pulak pack dia punya 'precious cargo'. So that Jumaat, 26June, kiter leh bertolak ke Penang straight from office lepas abis keje.. Hehehe.. Lepas abis keje, Mama gi (jalan kaki sejauh 1.35km selaju 13min 47saat, adeh melecet jari kecik kaki kanan) amik Aleesya kat neseri, then tunggu Papa (yg bawak kete ke Uptown) datang amik. Pastu kena amik Pak Ngah pulak kat KLSentral yg nak ikut balik skali. kul 7pm camtu baru bertolak ke Penang..

Sampai Balik Pulau dah pukul 12.30am.. Nasib baik Aleesya tak meragam (tak mandi petang) sepanjang perjalanan, dah sampai.. Aleesya layan sembang ngan Tok sekejap sebelum dia masuk tido after susu kul 1am.. soknya pagi2 nak pegi Queensbay, Papa nak letak dia punya precious cargo of Transformers for display/ exhibit.

Mama ngan Papa CREW of the exhibit, Aleesya pakai tag Mama.. Bergambar ngan abang Bumblebee.

Papa kendong Aleesya yang tgh tido sambil men-transform Megatron untuk exhibit.
(Sungguh bergaya, very rare indeed)

Aleesya still asleep. Best kot ikut Papa..

Papa tengah susun bahagian Beast Wars/ Beast Machines

Aleesya dah jaga, dia tgh tengok standee MudFlap and Skids.

Aleesya dah jaga...

Stage

ROTF diorama

Tukar org pulak..

Sepanjang dok kendong keje dia tido jek. Jaga sekejap2 to look around. Bunyi bising dum dum dum dari stage pun dia tak kisah...

Terpaksa la tgk lambang otobot kat baju mama jek. otobot.. otobot..

LG Mikaela -look-a-like contest sedang berlangsung. Kelihatan Pak Ngah sibuk shoot gambo. Yg berbaju itam semuanya budak TransMY. Kalau tak, Mama pun nak masuk jugak contest nih.. whehehehe.. (berangan je la.. dok kendong anak, kejadahnya nak masuk?)

Aleesya jadi minicon Mama, powermaster Papa. Hehehe

Diorama lucu

Berehat setelah penat bertarung :P

Nak tengok gambar2 yang lain, sila ke Flickr saya.

Transformers vs Aleesya

(Backpost)
23 June - Papa and Mama dah beli tiket Premier Transformers - Revenge Of The Fallen (ROTF) sejak April, sebelum Aleesya kluar lagik. And bila Aleesya lahir, Mama and Papa masih tak ubah fikiran, tetap nak pegi tengok jugak. Opah ngan Atuk memang dah volunteer nak babysit Aleesya pada malam Mama ngan Papa nak gi tengok Premier dengan bebudak Transmy yang lain.

So petang tu Atuk ngan Opah sampai dari Ipoh naik tren. Masa Mama nak kluar, Papa dah tidokan Aleesya.. pelan-pelan je Papa letak atas tilam, jingkit2 ke pintu. Lepas Mama ngan Papa kluar, Opah tutup lampu, tutup tv, buat seolah2 waktu tido... sunyi. So that Aleesya tak nampak muka (Opah) yang tepuk2 dia bagi dia lena.. kekekeke..

Tiket Mama n Papa. (MC tu initials nickname Papa: muscular_convoy. kekeke.. prime berotot)

Rupa tiket exclusive Premier. Mcm booklet.

Bila bukak, dalamnya mcm ni.

Then bukak sekali lagi, ada seating info ngan term and condition

Tak bley bawak kamera. Tapi henpon dah buleh.

Back Cover lambang decepticons. Tiket ni dikluarkan oleh UIP.


Wayang habis kul 12.45am... Mama and Papa sampai umah dalam kul 1am camtu. Aleesya still tido. Opah kata, Aleesya bangun kul 10pm tadi untuk minum susu then terlena balik. Ada la nangis sket2 ekk.. ekk.. ekk.. tapi lepas Atuk dodoikan, Aleesya tido.. ngan Atuk2 nya skali tido bengkok kat tepi Aleesya.. Hehehehe...

Kalau ikutkan, memang mama nak pegi tgk lagi.. tapi sapa plak nak jaga Aleesya kan? ish ish ish.. nak tgk lagi.. nak tgk lagi...

Monday, June 22, 2009

Finally cought on camera - her smile on Father's Day



Haih.. akhirnya, dapat jugak snap gambo si kenit ni gelak ternganga-nganga.. bukan main susah lagi Mama nak tangkap gambo dia ketawa cenggini - sebab tak leh nak buat dia ketawa kalau dia nampak camera (Dia bukan camera-shy, tapi ada bad experience ngan flash [not from Mama's or Papa's or Pak Lang's camera of course] ketika dia baru saja menjinakkan diri dengan camera. Since then, dia tak senyum depan kamera.).

Obviously, dia tengah ketawa kat Papa.. sempena Father's Day. Hanya Papa je yang mampu buat dia ketawa luas-luas mcm ni. (Mama pandai buat dia nangis luas-luas sajek).

For Father's Day, Mama blanjer Papa Nando's jek. Gambo takde, psl 1 tangan suap ayam, satu tangan lagi pegang Aleesya atas riba. (Ye, masih blum ber-stroller.)

Neway, thanks to Papa yg banyak tolong jaga Aleesya.. Happy Papa's Day, from Mama and Aleesya.

Monday, June 15, 2009

Aleesya and the Aliens





Disebabkan Aleesya tido atas katil antara Mama ngan Papa, Mama pun kena la tanamkan minat untuk menukar cadar disamping mengumpul cadar2 baru. Mama suka kaler yang bright, bg bilik nampak cerah jek... Hari tu Mama dah pilih theme 'Romantic Cows" .. kali ni Papa pulak pilih theme "Aliens Space". Aleesya pun suka landing atas alien-alien nih.

p/s: Mama ngan Papa tak minatnye ngan motif bunga2.. minat cadar gambar kartun/ animal ngan yang pelik2 aje. Aleesya pun sama. Hehehehe...