Monday, May 16, 2011

Misteri Kehilangan Munkey

Pada 21 Sept 2007, Munkey hadir bersama sebakul bunga dan Ferrero Rocher sebagai hadiah hari jadi Papa 

21 Sept 2007 - Papa tayang Munkey dia

Munkey telah berpindah milik pada June 2009.
Sejak dari detik itu, ekor Munkey berbau sangat busuk akibat digeget dan digentel Aleesya ketika tidur..

Munkey jugak turut dibawa ke majlis2 rasmi sebagai penghilang boring

Munkey juga menjadi teman rapat ketika Hari Raya (2011)

Munkey jugalah yang menjadi penghibur di rumah, selain teman tidur.

Aleesya & Munkey - tak dapat dipisahkan...

Namun, pada 28 April 2011, Munkey telah HILANG. Turun naik turun naik Papa mencari dalam rumah.. dalam kete.. dalam rumah... dalam kete.. Tapi tak jumpa jugak.. Aleesya dah nanges nak tido, nak Munkey dia... Nanges teresak-esak sampai la terlena... 2 malam sebut "Munkey.. Munkey.." dalam tido.. Di mana pulak nak mencari si Munkey ni... Tak ada yang sama sewaktu dengannya dipasaran pulak tu... Yang seakan2 je ada...

Pada 30 April 2011 - Mama dan Papa telah membuat Operasi Mencari Munkey Baru di One Utama. Yang paling dekat rupa dengan Munkey yang lama ialah NICI...




Happy la dapat Munkey baru.. Terkam terus dari atas rak dalam kedai..
Namun, kalau dah jodoh, takkan ke mana kan... Pada 11 May 2011, setelah genap 2 minggu kehilangan Munkey... Ketika balik dari kerja, Papa ternampak objek seakan-akan Munkey tersidai di ampaian rumah bawah, tak jauh dari kami letak kereta. Papa kata itu memang Munkey... Jadi Papa pun meminta jasa baik tuan rumah bawah tu untuk memulangkan Munkey...

Munkey yang baru dijumpai, setelah disamak, direbus, dibasuh, di-spin dan menunggu kering sebelum kembali ke pangkuan Aleesya.
Maka sekarang, Aleesya sayang kedua-dua Munkeynya... Yang lama dipanggil Munkey, yang baru dipanggil Munkey Uu Aa Uu Aa.
(Munkey ada ekor = kera)
(Munkey Uu Aa Uu Aa tak de ekor = chimpanzi yang berbunyi Uu Aa Uu Aa)

Maka, selesailah Misteri Kehilangan Munkey...

Thursday, April 14, 2011

Aleesya 2nd Birthday 2nd Birthday cake (brapa banyak kek daa...)




Birthday Party Aleesya kami buat kecil-kecilan aje, kat Pizza Hut Kuchai Lama.. Adik beradik, Atok Opah, (Tok ngan Tok Wan tak dapat datang) ngan kawan-kawan rapat yang available je...


Ni la rupa kek yang di'sembelih' pada 09 April 2011... Comel jek SpongeBob Squarepants. Kenapa SpongeBob? Sebab Aleesya suka SpongeBob la...


Kek ni sangat sedap... jadi ramai yang bertanya, "Order dari mana?" Maka Anis paste lah di sini... 
Tempah dari Zai, http://mypu3cakehouse.blogspot.com . 


Sebenarnya, akibat kekalutan, kami tak sempat nak amik gambar kek yang belom disembelih.. jadi saya rampok dari blog Zai. Hehehehe.. ok la... Gambar masa party, sila tunggu ye... Dalam kamera cameraman...

Thursday, April 7, 2011

H A P P Y : : B I R T H D A Y : : A L E E S Y A ! ! !

Baju Bhubu yang Mama kena simpan untuk Birthday Girl. Ingatkan 2 tahun dah buleh pakai XL, besar rupanya.
Simpan untuk birthday tahun depan lah.


99 balloons ??

Jelly balloon cake for Aleesya. Cake ni untuk potong kat skool, makan ngan kawan2 and teachers.

Jelly balloons

Comel, kan?
 Happy Birthday, sweetie... 
Sorry la tak dapat potong kek on 6April.. sebab malam tu Papa balik keje lambat, tak sempat nak gi beli kek... 
Kek ni dibeli kat King's pada 6April jadi acara potong kek disekolah berlangsung pada 7April.
On 6th April tu teachers semua dah tunggu Aleesya sampai kat gate, nyanyi lagu Happy Birthday kat Aleesya, jemput dia turun dari kereta. Tapi kek tak de la cikgu .. :p


Sabtu ni kiter potong kek lagi ye....

Friday, March 11, 2011

Al-Fatihah Buat Tokwan

Gambar awal 80an. Yang kecik tu bukan Aleesya ye, tu Papa Aleesya, jalan-jalan tepi laut dengan Tokwan dia dan moyang kepada Aleesya.

Al-Fatihah buat arwah Tokwan, 1913 - 3 March 2011.

Friday, February 18, 2011

Kingdom Name family Shirt

Baru bukak packaging

Posing ngan Mama dulu

Posing ngan Princess pulak

Princess

King

Princess ngan Queen

Kingdom family

Kingdom Name from Mars & Venus = RM80


Pose untuk V-Day :p

Naik buai


King pun nak naik buai jugak


King ngan istananya Hahahahaha