Monday, October 25, 2010

Aleesya And Lil Meow




Khamis dan Jumaat (21 & 22 Oct) lepas neseri E-Cha tutup untuk thorough cleaning, ada kes HFMD. Mama pun amik cuti 2 hari.. rilek2 kat umah sambil jaga E-Cha. 
Lepas balik dari ikut Mama gi beli barang kat kedai, ada plak anak kucing tunggu kat tangga.
E-Cha pun dok main chak! chak! ngan meow tuh.. tak nak masuk dalam umah..
Tak lama kemudian, E-Cha masuk umah.. anak kucing tu ikut masuk jugak.. Dipelawa makan naget pulak oleh Kak E-Cha kiter.. Nak bagi makan, tapi takot.. Nak main ngan kucing, tapi takot-takot.. Hahahaha

Thursday, October 14, 2010

Before Educare photo session

Sejak balik dari Penang, budak kecik ni kena canker ulcer kat bawah lidah dia. Mula-mula nampak 1 jek, besar la jugak.. Then dah buh ubat, mcm dah nak kecik.. tapi esoknya, nampak lagi satu.. Then esoknya lagi, teacher kata dah ada 3. Aik? Makin kecik ulcer tu, makin bertambah pulak bilangannya ? Mencabar btol nak menstabilkan budak kecik sakit mulut nih. Dah bawak pegi klinik, doktor kata ulser biasa je, bukan HFMD (Hand Foot and Mouth Disease). Phew! Sepanjang sakit mulut tu, susah nak bagi dia makan, minum susu. Dia cuma nak minum kalsiyum perisa grape yang sejuk, makan sup. Lembik je badannya. Nanges jek, ye la.. lapar.. tapi sakit nak makan... orang besar pun paham.. Then hari ni, ada la perubahan sikit kat mood dia. dah bleh la makan sup nasik, biskut dan yang tak memerlukan kunyahan. Ada la gelak-gelak.. cuma tido malamnya tak brapa ok sebab dia selalu ngigau tak pun mengerang sakit mulut.. Kesian.. Hari ni pakai uniform skola yang baru beli (sebelum ni tak payah pakai uniform, so tak perlu beli lagi). T-shirt saiz 26 (tu je paling kecik), ngan "skort" (skirt + short). Socks ngan shoes baru beli semalam jugak. Tu yang cam semangat je nak pakai gi skool.


Pakai baju

Pakai bedak

pakai skort

Pakai socks

Pakai shoes

Bukak balik shoes..

malu la kunun nak amik gambar


baju blakang tak masuk kemas-kemas.. Sampai skool nnt cikgu betulkan

Nak pegi skool dah..

"papa.. angkat bekal saya ni"

"Hey... angkat ni!"

Cubaan nak angkat sendiri...

Nak turun tangga sendiri..







Bila tahun la nak sampai bawah ni...??


Breakfast biskut dalam kete, on the way to skool

mamamamamam...

Maam besar kat depan...

Masuk kete je nak bukak shoes (Macam masuk umah kot dia pikir)

Royal baby shoes saiz 3 (RM24.90 jek :p)



Lari ke blakang plak sebab nak amik gambar ngan Mama

Gambar skool tu nnt saiz 5R, sekeping harga RM5. Kena beli la nampaknya.. gambar tersebut akan ditayangkan bila dah dapat nanti...


Thursday, October 7, 2010

Budak 18 bulan yang kena cucuk semalam

"E-Cha nak bawak BeBear gi cucuk"

Tiba-tiba rasa takut pulak..

Tengah tengok kenapa baby yang masuk bilik tu kluar meraung-raung..
Semalam genap la umur E-Cha 18 bulan dan imunisasi terakhir kat Klinik KIDDS PPUM. Imunisasi lepas ni, masa umur 7 tahun, kat sekolah. Kad imunisasi kena simpan elok2 sebab nak masuk darjah 1 nanti sekolah nak tengok rekod imunisasi ni dan PPUM tidak menyimpan sebarang salinan kad imunisasi.

Monday, October 4, 2010

Bento #48 - Papa.. Jangan marah ye... hemoh hemoh hemoh

Bento Papa: Nasik goreng dan sambal sardin, dalam bento box Doraemon.. :D
Tak jumpa la bekas microwave yang ada 2 partition tu.. Pakai je la Aleesya punya bento box Doraemon ni dulu yek... Janji cukup besar untuk muatkan nasi goreng untuk 2 org makan.. :D
Papa... jangan le malu-malu plak nak bukak bento masa lunch nanti kat pantry opis ye... Awak dok la jauh-jauh sket kalau tak nak sapa-sapa nampak :p

Friday, October 1, 2010