Monday, September 13, 2010

AidilFitri 2010


Family, originally uploaded by anis5702.

Salam AidilFitri
Maaf Zahir & Batin

Daripada:

Anis + dash + Aleesya Nur Sabrina

Thursday, September 9, 2010

Bento #45 - Selamat Hari Raya AidilFitri


Ok, hari ni Aleesya sorang je toddler kat skool. Yang lain (termasuk BFF dia, Karishma) semua cuti. Mesti dia bosan kena main sorang-sorang, makan sorang-sorang. Takde kawan nak jalan pegang-pegang tangan, hari ni.

Karishma bagi kad raya kat Aleesya (macam la Aleesya tau baca :p ).


Ok, tulisan selamat hari raya kat bento tu ialah cheese yang ditekap menggunakan ABC cutter. Kemudian disusun atas roti. then letak atas nasi, then tabur Honey Stars.



Dikesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon ampun maaf sekiranya ada salah silap di mana-mana.

Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Batin


Monday, September 6, 2010

Balik kampung.. wo wo wo balik kampung


Ok, tahun ni saya raya kat kampung husband.. jauh... nuuu kat Bangsar. Dan akan bergerak ke kampung saya di Kuala Kangsar pada petang raya pertama... 

Kepada yang nak memulakan perjalanan pulang ke kampung, rancanglah perjalanan anda sebaik-baiknya...
Kot mana pun akan jem jugak... Biasa la musim raya. Berhati-hati di jalanraya, jadilah pemandu yang berhemah... Have a safe journey home...

Keputat


DSC03034, originally uploaded by anis5702.

Dah nak setahun dah gambar ni... Gambar masa raya tahun lepas, Aleesya umur 5 bulan, pertama kali berkenalan dengan ketupat..

Raya tahun ni, dia setahun 5 bulan..

Tiap2 kali tengok gambar ni memang gelak sensorang... lawak.

Setem oh setem

Semua dah sedia maklum, dizaman ICT ni mana ada orang nak hantar kad raya lagi dah kan... Tu yang jadi sangat seronok nak mengepos dan menerima kad raya.. sebab RARE... jarang orang buat. 
Dulu kecik2 kat skola ada jual kad raya lambak atas meja kantin... murah-murah je... suka beli byk2 untuk bagi kat kawan-kawan... and sampai sekarang, masih lagi menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia untuk hantar kad raya kat kengkawan... traditional, kan?

Tapi lately, harga setem dah naik... Ramai yang tak amik tahu. Ye la.. orang dah kurang hantar surat melalui pos, kebanyakannya email, MMS tak pun SMS aje, lebih cepat, lebih murah. Jadi posmen-posmen yang banyak berjasa ni cam tak naik-naik la gajinya. Setelah dinaikkan harga setem 100%, baru la posmen-posmen dapat naik gaji...

Selepas Pos Malaysia mengishtiharkan tarif setem yang baru, setem untuk kad raya = 50sen (bukannya naik byk mana pon...) Setem untuk surat biasa, 60Sen (dulu 30sen).

POS MALAYSIA TAWAR SATU KADAR RATA BAGI KAD UCAPAN PERAYAAN

Para Pelanggan yang dihormati,

Mulai 1 Ogos 2010 sehingga 28 Februari 2011, Pos Malaysia menawarkan kadar istimewa 50 sen bagi pengeposan kad ucapan perayaan. Kadar promosi yangditawarkan ini adalah untuk kad ucapan pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50gm ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia. Kadar rata ini menawarkan anda penjimatan kos pengeposan. Namun, bagi kaducapan perayaan ke destinasi antarabangsa, kadar pengeposan yang dikenakan adalah mengikut caj biasa sama ada mengikut penghantaran laut atau udara.

Tapi ada jugak yang tertinggal bas.. tak tahu pasal harga baru nih, hantar kad raya dengan setem 30sen...
 Ni contohnya..

Tengok, kan dah kena chop ngan Pejabat Pos.. Sapa yang nak bayar lagi 20sen short nih? Takkan potong gaji posmen tu kot... sian kat dia..

Tapi ada jugak yang prihatin... Meletakkan setem dengan nilai yg sepatutnya.. Ada jugak yang hantar kad raya dengan 2x setem 30sen... Ok la kan, biar terlebih, jangan tak cukup.. Katanya, setem 30sen je yang banyak.. so lekat 2 lah...

Ok la... kepada sesiapa yang blom tau tu, dah tau la kan pasal tarif setem yang baru... Hehehehe...