Monday, January 18, 2010

4 bulat-bulat, 2 panjang panjang. Apa dia?


 
Haa ni la dia jawapan teka teki tu... Gigi E-Cha

4 yang atas: bulat bulat
2 yang bawah: panjang-panjang


Susah btol nak amik gambar gigi. Ish...



Hello vacuum cleaner !


Ni menatang apa ni Mama? Memekak je pagi ?







Oo... ni ke nama dia vacuum... *Sambil tekan switch ON*



Ni hape angin panas kuar kat sini ni Mama??


 
Mende vacuum ni sedut semua benda ke Mama? Tak dapat la E-Cha nak kutip dah...




15 Jan 2010 - Mama, cepat la balik !!!!

Jumaat lepas (15 Jan) Mama ada banyak keje yang nak kena siapkan. Jadi lepas meeting abis kul 5.45pm Papa terus gi neseri amik E-Cha dulu... Then bawak E-Cha gi opis.



E-Cha tengah tunggu Mama abiskan keje sket je lagi..



Mama cepat la... E-Cha dah boring nih...



Jom la kiter balik.. Mama... Senin depan la sambung keje tu..


Entry terlambat 13 Jan 2010 - Attack Kenny Roger's - BANZAI !!

 
Ni la rupanya barisan di hadapan Kenny Roger's Tropicana Mall. Sempena 13 Jan 2010 (one day only), kalau pakai baju merah/ hair band merah/ apa-apa eksesori merah - buy 1/4 meal dapat 1/4 meal free.



 

Mama Merah + E-Cha merah + Papa pun merah

 

Papa sibuk makan... (sian Papa penat jalan kaki dari Uptown ke Tropicana Mall)



 

Pertama kali jumpa muffin.



 

try la muffin tuh, syedaaappp..



 

Opismet Mama + Papa yang join kat meja sebelah.. Yang tak pakai baju merah tu, menumpang order orang yang berbaju merah. :p



 

Derang lagik..



Sudah kenyang? Tepuk tangan....





Monday, January 11, 2010

Aleesya 9 month - potong!



Hobi dia suka makan kertas. Tisu paling sedap.. duit pun dia geget sampai koyak + hancur, sebbaik sengget.. kalau 50 hengget.. kena cepuk dah..
 
Kagum kena flash. Wakakakaka padan muka.


Lagi satu hobi dia: main henpon Mama. Skang dah pandai bukak kamera amik gambar pulak. (Mama ajar sekali jek, cepat btol dia ingat/ belajar)



Ni Mama ajar amik gambar. 
Seterusnya, dia amik sendiri.. ntah apa2 dah gambar dalam tipon mama. Ikut dan jek.
 



 
Byk gambar tingkap bilik, siku Papa pun ada.


1 Januari hari tu, bawak Aleesya gi kinik lagi, pasal selsema dia tak baik-baik. Amik Antibiotik plak. Alang-alang dah dapat doctor Izatul tuh, suh doktor Izatul "potong" kan skali. Yaa... macam lagu P1 wimax.


"Potong"
"Potong.. potong.. potong"
"Potong saje la.."
"Potong! Potong! Potong!"


Maka selamat dah la.. dah potong. Alhamdulillah dia tak nanges (mcm tak ingat je apa yang berlaku dalam bilik doktor tu). Ada la timbang berat dia.. 6.8kg. Alahai.. ringan je.. bila dukung tak dok diam,tu yang rasa cam berat jek.


Aleesya suka iklan "potong potong" tuh, siap tepuk tangan berkompang. Iklan Petronas, dia tengok yang cakap Tamil jek (dia paham yang Tamil je kot). Iklan Fair and Lovely suka.. Filler NTV7 yang bubbles purple banyak2 tu suka.. Filler TV3 Na Na Na Na tu pun suka.. Filler TV1 ngan TV2 pun dia suka. Asal filler je dia berpusing mencari TV nak tengok, tak kelip mata. Iklan Apollo! pun suka. Berita Edisi Tamil pun dia layan... 


Skang kejenya... bangun duduk.. bangun.. duduk.. bangun duduk.. kat depan TV wat camtu, kat sofa wat camtu, kat coffee table wat camtu.. dalam playpen pun wat camtu. Penat la nak menjaga tak nak bagi dia terhantuk (mesti terhantuk jugak, at least sehari sekali, kat mana-mana tempat di atas).