Tuesday, June 30, 2009

Aleesya and The Transformers @ Queensbay

26 June
Papa begitu bersemangat nak join event Transformers Convention @ Queensbay Penang. Mama pun kasi chance la kat Papa.. Hari Khamis (25June) Mama dah siap2 pack barang2 Aleesya, termasuk barang2 Mama ngan Papa. Papa pulak pack dia punya 'precious cargo'. So that Jumaat, 26June, kiter leh bertolak ke Penang straight from office lepas abis keje.. Hehehe.. Lepas abis keje, Mama gi (jalan kaki sejauh 1.35km selaju 13min 47saat, adeh melecet jari kecik kaki kanan) amik Aleesya kat neseri, then tunggu Papa (yg bawak kete ke Uptown) datang amik. Pastu kena amik Pak Ngah pulak kat KLSentral yg nak ikut balik skali. kul 7pm camtu baru bertolak ke Penang..

Sampai Balik Pulau dah pukul 12.30am.. Nasib baik Aleesya tak meragam (tak mandi petang) sepanjang perjalanan, dah sampai.. Aleesya layan sembang ngan Tok sekejap sebelum dia masuk tido after susu kul 1am.. soknya pagi2 nak pegi Queensbay, Papa nak letak dia punya precious cargo of Transformers for display/ exhibit.

Mama ngan Papa CREW of the exhibit, Aleesya pakai tag Mama.. Bergambar ngan abang Bumblebee.

Papa kendong Aleesya yang tgh tido sambil men-transform Megatron untuk exhibit.
(Sungguh bergaya, very rare indeed)

Aleesya still asleep. Best kot ikut Papa..

Papa tengah susun bahagian Beast Wars/ Beast Machines

Aleesya dah jaga, dia tgh tengok standee MudFlap and Skids.

Aleesya dah jaga...

Stage

ROTF diorama

Tukar org pulak..

Sepanjang dok kendong keje dia tido jek. Jaga sekejap2 to look around. Bunyi bising dum dum dum dari stage pun dia tak kisah...

Terpaksa la tgk lambang otobot kat baju mama jek. otobot.. otobot..

LG Mikaela -look-a-like contest sedang berlangsung. Kelihatan Pak Ngah sibuk shoot gambo. Yg berbaju itam semuanya budak TransMY. Kalau tak, Mama pun nak masuk jugak contest nih.. whehehehe.. (berangan je la.. dok kendong anak, kejadahnya nak masuk?)

Aleesya jadi minicon Mama, powermaster Papa. Hehehe

Diorama lucu

Berehat setelah penat bertarung :P

Nak tengok gambar2 yang lain, sila ke Flickr saya.

Transformers vs Aleesya

(Backpost)
23 June - Papa and Mama dah beli tiket Premier Transformers - Revenge Of The Fallen (ROTF) sejak April, sebelum Aleesya kluar lagik. And bila Aleesya lahir, Mama and Papa masih tak ubah fikiran, tetap nak pegi tengok jugak. Opah ngan Atuk memang dah volunteer nak babysit Aleesya pada malam Mama ngan Papa nak gi tengok Premier dengan bebudak Transmy yang lain.

So petang tu Atuk ngan Opah sampai dari Ipoh naik tren. Masa Mama nak kluar, Papa dah tidokan Aleesya.. pelan-pelan je Papa letak atas tilam, jingkit2 ke pintu. Lepas Mama ngan Papa kluar, Opah tutup lampu, tutup tv, buat seolah2 waktu tido... sunyi. So that Aleesya tak nampak muka (Opah) yang tepuk2 dia bagi dia lena.. kekekeke..

Tiket Mama n Papa. (MC tu initials nickname Papa: muscular_convoy. kekeke.. prime berotot)

Rupa tiket exclusive Premier. Mcm booklet.

Bila bukak, dalamnya mcm ni.

Then bukak sekali lagi, ada seating info ngan term and condition

Tak bley bawak kamera. Tapi henpon dah buleh.

Back Cover lambang decepticons. Tiket ni dikluarkan oleh UIP.


Wayang habis kul 12.45am... Mama and Papa sampai umah dalam kul 1am camtu. Aleesya still tido. Opah kata, Aleesya bangun kul 10pm tadi untuk minum susu then terlena balik. Ada la nangis sket2 ekk.. ekk.. ekk.. tapi lepas Atuk dodoikan, Aleesya tido.. ngan Atuk2 nya skali tido bengkok kat tepi Aleesya.. Hehehehe...

Kalau ikutkan, memang mama nak pegi tgk lagi.. tapi sapa plak nak jaga Aleesya kan? ish ish ish.. nak tgk lagi.. nak tgk lagi...

Monday, June 22, 2009

Finally cought on camera - her smile on Father's Day



Haih.. akhirnya, dapat jugak snap gambo si kenit ni gelak ternganga-nganga.. bukan main susah lagi Mama nak tangkap gambo dia ketawa cenggini - sebab tak leh nak buat dia ketawa kalau dia nampak camera (Dia bukan camera-shy, tapi ada bad experience ngan flash [not from Mama's or Papa's or Pak Lang's camera of course] ketika dia baru saja menjinakkan diri dengan camera. Since then, dia tak senyum depan kamera.).

Obviously, dia tengah ketawa kat Papa.. sempena Father's Day. Hanya Papa je yang mampu buat dia ketawa luas-luas mcm ni. (Mama pandai buat dia nangis luas-luas sajek).

For Father's Day, Mama blanjer Papa Nando's jek. Gambo takde, psl 1 tangan suap ayam, satu tangan lagi pegang Aleesya atas riba. (Ye, masih blum ber-stroller.)

Neway, thanks to Papa yg banyak tolong jaga Aleesya.. Happy Papa's Day, from Mama and Aleesya.

Monday, June 15, 2009

Aleesya and the Aliens





Disebabkan Aleesya tido atas katil antara Mama ngan Papa, Mama pun kena la tanamkan minat untuk menukar cadar disamping mengumpul cadar2 baru. Mama suka kaler yang bright, bg bilik nampak cerah jek... Hari tu Mama dah pilih theme 'Romantic Cows" .. kali ni Papa pulak pilih theme "Aliens Space". Aleesya pun suka landing atas alien-alien nih.

p/s: Mama ngan Papa tak minatnye ngan motif bunga2.. minat cadar gambar kartun/ animal ngan yang pelik2 aje. Aleesya pun sama. Hehehehe...

Friday, June 5, 2009

Aleesya first day in skool


3 June - Mama kena gi opis pasal hari ni ada orang nak benti tu last day.. so kena hand over keje2 dia kat Mama. Nak tak nak, Aleesya kena la tinggal kat neseri kejap, until mama settlekan semua kat opis. Papa pulak ada meeting pagi tu, so kena la kluar awal sket.

Aleesya mandi awal.. kul 7.15am dah mandi. Mama tak nak orang neseri tu mandikan, biar mama yang mandikan. Bagi susu siap2, and bekalkan susu mama yang dah defrost, buh lam bekas Coleman with chiller brite ice. Mama letak susu 4 bekas, total 5oz. Hopefully cukup, kalau Aleesya minum 2oz or less sekali minum.

Kul 8am dah kluar umah, gi hantar Papa gi office dulu. Pastu alih car seat gi depan, Mama pulak drive ke neseri. Sampai depan neseri, Mama bawak turun Aleesya dalam car seat, Aleesya punya comforter set, rocker, cooler susu and diapers bag. Semuanya Mama dah siapkan dari malam sebelum tu lagi.

Dah sampai tu Aleesya tak tido, so Mama bagi lagi susu.. dengan harapan Aleesya tido masa Mama nak pegi office, tapi.. Aleesya tak nak tido.. nangis jek. Nangis nangis nangis..
Disebabkan Aleesya sorang je baby yang lain semuanya toddlers, so bila Aleesya melalak, tertarik la perhatian toddlers2 yang lain. Semua kerumun dia.. laaaaagi la dia nangis. Tak ayu la Aleesya nangis depan kawan2..

Puas Mama pujuk suruh dia tido dia tak mau. Kul 10am, Mama suruh Aunty Ita dukung bawak jalan2, Mama cepat2 lari kluar.. gi keje, sementara Aleesya tak nampak. Terpaksa la lari camni, kalau dia nampak nanti dia lagi menangis.

Kul 12pm Mama perah susu. Kul 12.30pm Mama ajak Papa gi neseri. Masa Mama sampai neseri kul 12.45pm, Aleesya tgh tido atas rocker, lepas minum 2oz susu dari botol yang Aunty Ita suapkan. Bagus, bagus. Mama simpan susu baru perah tadi dalam fridge, untuk Aleesya minum pukul 4pm nanti. Ntah cemana, dia mengeliat, bukak mata trus nampak Mama ngan Papa. Mama feed dia lagi, saja jek nak pujuk bagi dia tido balik.. 10min camtu dia dah lena, Mama angkat dia naik tingkat atas, sebab toddlers lain semua dah tido dalam sleeping room yang ada ekon. Aleesya pun tido kat bilik tu jugak. Lepas letak Aleesya, Aunty Ita balik, Aunty Shanti ganti. Aleesya terjaga, tapi Aunty Shanti tu pandai sembang2 ngan Aleesya. Sementara Aunty Shanti tgh layan Aleesya, Mama ngan Papa pelan2 nyorok disebalik pintu, pastu trus cabut. Hahahaha..

Pukul 4.30pm Mama gi amik Aleesya. Aunty Shanti tgh burpkan Aleesya yang baru habis minum susu yang mama perah tadi lepas je dia bangun tido. Walaupun tengah lalok, Aleesya senyum nampak Mama. Aunty Shanti kata Aleesya tido sekejap jek. Ada sorang toddler kat situ nama Isaac. Isaac kata tadi kat sleeping room, Aleesya asik nangis, nak balik. Eh, paham lagi ke bahasa baby si Isaac ni? kekekeke. Kesimpulannya, Aleesya tak cukup tido la ni. Tak pe, Mama bawak Aleesya balik lepas amik papa kul 5.45pm nanti, kiter sambung tido kat umah.

Aleesya yang masih lalok, Mama dodoi dalam kete sementara tunggu Papa abis keje

Sampai umah, Aleesya terus tersungkur tido.. Hahahahaha.. penat ye melalak kat neseri???

Thursday, June 4, 2009

Aleesya balik kampung


Minggu lepas balik ke 2-2 kampung. First time Aleesya travel jauh ni. Mujur le dalam kereta dia tak meragam sangat. Mama dok blakang ngan Aleesya, jadi Maam. Sian Papa drive sensorang (bila mama ngan aleesya tido jek kat blakang, wakakakaka)

Day 1:

Bangun kul 9am, mcm biasa. Then siap2kan Aleesya, banyak giler barang Aleesya.
1) Rocker
2) Comforter set (with bolsters)
3) 1 beg baju
4) 1 beg alat mekap


Sebelum start berjalan, kena gi beli pampers ngan baby wipes Aleesya dulu. Ntah mcm mana, Drypers S32 habis pulak kat pasaraya checkers ngan MyMydin. Papa beli je dulu S4, travel pack 2 bungkus ngan wipes. Nanti sampai kampung cari yang pek besar (kalau tak cukup). Then kena singgah Bangsar dulu, bgtau nak balik kampung dah. Pastu 12pm baru start jalan heading to Ipoh dulu.


Sampai Ipoh dalam kul 3pm camtuh. Opah ngan Atok dah tunggu kat umah. Aleesya gelak ternganga bila nampak Opah. Rindu btol kat Opah lepas lama tak jumpa, sejak Opah balik lepas jaga Mama masa pantang.

Day 2:

Hari ni breakfast kat Kuala Kangsar. Sampai kat KK, singgah Arena sebab nak jumpa Onyang. Onyang siap sound pesal Aleesya jalan jauh tak pakai socks ni?? Hehehe.. pastu pegi umah Tok Yeop. Jumpa Acik Alin skali. Aleesya nak je ngan Opah Cik. Dia memang suka orang dukung2 dia nih. Pastu baru balik umah Atuk, jumpa Cik Mat. Opah beli keli nak bakar untuk makan tengahari. Pah Ma pun datang umah gak. Tak lama lepas tu Aleesya tido tengahari. Kul 1.45pm, Mama nak pegi gunting rambut kat pekan ngan papa, tinggal Aleesya yg tgh tido ngan opah, pah ma ngan cik mat.

Tengah2 mama gunting rambut tu, tetiba nampak opah bawak Aleesya masuk kedai. Terkejut mama, papa cepat2 amik Aleesya yang tengah melalak, bawak jalan2 amik angin kat luar kedai..
Hahahaha... berlari opahnya mencari mama sebab Aleesya terjaga terus melalak, tak dapat nak pujuk dah. Macam2 opah buat nak tenangkan Aleesya. Semuanya gagal. Bila papa dukung, terus Aleesya senyap, just teresak-esak jek. Aduhai.. Aleesya, nasib baik la Mama dah nak habis dah gunting rambut, kalau tak.. separuh panjang, separuh pendek la rambut mama.. kekeke.

Dah gunting rambut, tunggu Tok ngan Pak Ngah sampai dari Bangsar sebab nak gerak ke Penang sama2. Kul 4pm baru derang sampai, kami pun bergerak ke Penang. Sampai Penang, Aleesya singgah kat Queensbay jap, baru gi Balik Pulau.


papa memilih menannya kat Toy R Us Queensbay.
Ajar la Aleesya tu tgk menan.. besok dia reti mintak, baru tahu...

Day 3:

Hari ni jadual padat untuk gi melawat sedara mara kat kampung Pulau Betung, Balik Pulau. Dari satu rumah ke satu rumah... pegi mana yang sempat je. Panas betul cuaca kat Penang.. Penat pulak berjalan rasanya..

Day 4:

Hari ni bangun awal sebab nak sampai KL awal, dalam tengahari kalau boleh. Papa ngan Mama mandi dah pagi2 tu, Aleesya sorang je tak mandi, pasal air kat Balik pulau tersangatlah sejuk dikala pagi. So, kul 10am camtu cecah Ipoh, singgah umah Opah ngan Atok dulu, Aleesya nak tumpang mandi. Lepas mandikan Aleesya and breakfast kat Ipoh, sambung balik perjalanan balik ke KL. Mama ada appointment ngan Aunty Renu, boss neseri Aleesya kul 2pm.

Dah sampai neseri, jumpa Aunty Renu. Mama settlekan pasal bayaran and registration Aleesya. Esok Mama ada hal penting kena gi opis kejap, so Aleesya kena tinggal kat neseri sekejap. Lepas tu gi shopping jap, cari keperluan untuk Aleesya nak tinggal kat neseri. Dah sampai umah, Aleesya tak nak tido pulak... pening naik kete lama2 agaknya. Mama pun siapkan beg Aleesya untuk neseri besoknya.